"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, March 15, 2017

Saya memang tidak pernah menjaga aurat...

Petang semalam semasa di bandar, saya ternampak beberapa orang lelaki remaja berseluar pendek. Kependekan seluar tersebut sehingga ke separuh betis. Maknanya mereka tetap menutup aurat.


Image result for aurat lelaki

SEBELUM ini saya tidak pernah merasakan menjaga aurat itu penting semata-mata saya lelaki. Selamba badak saya (ketika zaman remaja) berseluar pendek. Menayang paha sesama lelaki dan perempuan. Saya selesa begitu. Saya tidak rasa lelaki berseluar pendek itu seksi dan membahayakan rukun negara.

Jika nak berjalan jauh dan beria-ia, barulah saya pakai seluar panjang. He he he.

SEKARANG ini saya lebih suka berseluar pendek yang menutup lutut saya. Entah mengapa saya ke arah itu. Saya sudah kurang selesa berseluar pendek di atas lutut terutama apabila ada orang lain. Walaupun orang lain itu lelaki...

Mengapa yea? Adakah kerana faktor umur? atau faktor agama? Haaa...

Isu saya memakai seluar pendek yang sangat pendek itu pertama kalinya muncul dalam hidup saya apabila saya tinggal di asrama UM, Seksyen 17. Di mana saya adakalanya berseluar pendek. Dan ia menjadi isu apabila rakan `tabligh' datang ke bilik. Asrama ini sebenarnya rumah flat yang ada 3 bilik, ruang tamu dan dapur.

Saya masih ingat lagi mamat sorang ni (saya panggil mamat janggut) suka datang bilik ke bilik untuk memberi `ceramah' tentang agama. Rimas sungguh.

Pernah suatu hari semasa saya sedang basuh pinggang sambil dengar walkman dia datang nak berceramah. Malas betul saya pada masa tersebut. Bagi saya dia tak ada kerja lain ke? Mungkin jurusan dia tak sesukar jurusan saya sebab itu dia ada masa. Ada banyak masa nak berceramah. Sedangkan saya nak buat matematik lagi, graf lagi dan sebagainya. Tutorial bagai...

Kalau saya nampak dia terlebih awal di aras 2 tu, tentu saya tutup pintu. He he he.

Dia berceramah bahawa orang lelaki pun ada aurat-aurat tertentu. Macamlah saya ni tak tahu hukum hakam. Lagi pun setiap orang ada scorenya sendiri dengan tuhan. Itulah pemikiran saya pada masa tersebut.

Dia berceramah panjang lebar sehingga saya rasa sangat berdosa macam buat seks tanpa kawin dengan tujuh orang perempuan tak cantik sekaligus. Dia buat saya rasa sangat berdosa.  Namun kesannya tidak pula saya insaf. He he he.

Tetapi itu dulu. Masa berlalu, saya tidak lagi handsum dan tegang seperti dahulu... tahun berganti membawa kekejaman pada fizikal saya. Sekarang saya rasa budak janggut itu telah buat apa yang sepatutnya dia buat. Yang saya tak terdaya fikir nak buat. Dia sampaikan dan ingatkan saya (walaupun pada masa itu tak berkesan tetapi setidaknya melekat cerita itu di minda saya sehingga ke hari ini. he he he).

Masa memang banyak merubah fizikal kita dan `bijaksana' kita. Masa muda pakai apa sahaja nampak elok tergantung, melekap di badan. nampak selamba dan menarik. Nampak serba kena. Bila umur memanjat kita dapati kita mula kena memilih dalam berpakaian sesuai dengan umur dan status kita... Dapat saya simpulkan saya sudah agak berhati-hati dalam isu berseluar pendek ini. He he he.

Namun saya tidak berapa pasti perubahan ini sebab saya semakin tua ke atau sebab agama?

Emmm...

No comments:

Kad hari lahir dari Z

Kad `baju' Terima kasih atas kiriman kad unik tersebut, tidak ada kata yang bisa saya tulis untuk gambarkan perasaan suka saya.  ...