"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, March 21, 2017

Bini orang...

Image result for sofa L


Saya tidak ada bini dan tidak pernah ada bini. Dalam umur 47 tahun, `lelaki biasa' biasanya akan ada bini (atau bini-bini) dan anak-anak, tetapi bukan saya. Tapi bukanlah pula bermakna saya lelaki luarbiasa. Tidak. Tidak sesekali.

Walaupun tiada bini, pasa setiap hari saya lebih terdedah kepada bini-bini orang. Hanya beberapa jam sahaja, apabila saya berkuliah saya akan terdedah kepada anak dara orang. Namun dalam suasana kelas tidaklah dapat saya tentukan yang masih berdara atau sebaliknya. Itu bukan kerja hakiki saya.

(Pada perenggang ketiga ini barulah saya berhasrat nyatakan tujuan posting saya ini). Saya nak beritahu bahawasanya kata-kata orang yang `bini orang kelihatan lebih mengancam berbanding dengan anak dara' ada juga benarnya.

Ini hanya satu pandangan di mana saya dapati cara mereka berpakaian lebih manis, make up manis, senyuman manis dan tunduk mereka manis. Semuanya manis-manis. Mungkin apabila sudah bekerja dan bergaji mereka boleh beli gincu dan baju yang menarik.

Percakapan mereka juga nampak halus, teratur dan lembut...

Namun tidaklah boleh kita menjalinkan hubungan dengan bini orang. Walaupun seseason mana bini kita di rumah, tidaklah boleh dibenarkan kita ada hubungan dengan isteri orang walaupun kita sukakan mereka. Suka giler.

Namun suka-menyuka ini soal hati. sebab itulah agaknya selalu saya terdengar cerita bini orang dan laki orang ada skandal. Ianya sudah tidak `hairan' di telinga saya. namun ianya adalah isu besar pada yang terlibat. Walaupun ianya tidaklah sebesar scandal BMF pada tahun-tahun 80an.

Saya sedap cakap sebab saya tidak diuji sebegitu rupa. Namun setakat ini kalau bekas kekasih saya yang sudah berkeluarga nak jumpa pun saya tidak mahu. Saya masih sayang tetapi apalah gunanya berjumpa sebab dia sudah berkeluarga dan membiak.

Kalau jumpa pun tentu saya tidak dapat kawal diri (sebab masih ada perasaan). Saya bukannya baik sangat. Mungkin saya akan mintak sesuatu yang dia tidak boleh beri dan saya sendiri tahu dia tidak dapat beri...

Dan hari-hari berlalu saya akan sentiasa jumpa bini-bini orang. Saya harap saya tidak akan terjebak atau dijebak.

Laki orang macam mana pula?

Abang Jan: Perempuan yang cantik dan cute tu biasanya bini orang...he he he.

No comments:

.