"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, March 30, 2017

Dayus yang kita anggap dan dayus yang sebenar...?

Kalau kita membaca berita media cetak terutamannya suratkhabar, biasanya isu dayus dirujukan kepada berita suami pukul isteri atau lelaki yang takut bini. Itu sahaja yang kita fikirkan.

Kalau orang kata jangan jadi lelaki dayus, kepala otak kita terus fikir `aku kena tak takut bini', nanti dayus. Kita lupa bahawasanya dayus adalah isu yang besar dan penting... Ianya lebih daripada pukul isteri atau takut bini.

Minggu ini saya berulang alik ke tempat kerja dengan menumpang seorang sahabat. Di samping mendengar lagu-lagu pop yang lama, saya juga didengarkan/dihidangkan dengan ceramah agama. Ada yang paling menarik saya dengar ialah mengenai status suami dayus.

Saya berpendapat suami dayus sudah menjadi satu gaya hidup yang meluas. Bukanlah saya sedap cakap sebab saya ni tidak ada isteri, namun saya rasa adalah lebih baik kita sama-sama renung serba sedikit. Mungkin bagi setiap individu ia adalah berlaianan. Seperti saya pernah beritahu setiap orang ada scorenya sendiri dengan tuhan.

Selepas mendengarnya (ceramah itu), saya cari bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan dayus, jadi saya kongsikannya di blog ini agar kita dapat sama-sama memetik mananfaatnya. Sedikit sebanyak.


Image result for husband afraid of his wife



BILA LELAKI MENJADI DAYUS? *

Secara mudahnya, kita dapat lihat lelaki akan menjadi DAYUS apabila:

  • Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

  • Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah.

  • Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.

  • Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

  • Membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' dan memahami.
  • Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

  • Membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

  • Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

  • Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

  • Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Banyak lagi situasi yang boleh digambarkan tentang permasalahan dayus ini. Yang penting, ‘Dayus’ ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Namun jika ia berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'Dayus' ke atas dirinya.

* http://jakimsabah.islam.gov.my

Besarnya tanggungjawab lelaki jika mahu menjadi lelaki yang baik. Semua perkara mereka kena tengok kerana ia merupakan tanggungjawab yang wajib. Yang sangat wajib.




2 comments:

Citratus said...

Saya suka penulisan yg kemas dan bahasa yg tepat.

Juga menulis di blog tp tak aktif sgt.

Sukiman Ishak said...

Terima kasih Citratus,

Semoga terus menulis...
Saya juga tak berapa aktif sebab sibuk, kalau boleh banyak nak ditulis...
Apa yang berlaku disekeliling boleh ditulis, diberi pandangan...

Terima kasih sekali lagi...

Kad hari lahir dari Z

Kad `baju' Terima kasih atas kiriman kad unik tersebut, tidak ada kata yang bisa saya tulis untuk gambarkan perasaan suka saya.  ...