"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, March 20, 2017

Bagaimana orang tua sepatutnya memilih baju?

Serius...

Serius giler


Sebentar tadi seorang sahabat menghantar dua keping gambar saya sedang bekerja. Saya terkejut melihat gambar itu kerana dalam gambar tersebut saya kelihatan terlalu tua. Dengan tidak senyum dan tidak diedit, saya kelihatan seperti mempunyai anak yang berada di sekolah tinggi!.

Saya akui saya akan kelihatan sangat tua apabila saya berada dalam keadaan kerja. Serius giler! Baju saya juga tidak menarik! Tidak ada warna atau corak yang menonjol... 

Kita tidak nampak kedatangannya secara jelas. Sebabnya kita jalani kehidupan seperti biasa. Rutin kita tidak banyak berubah dalam banyak cara dan bentuk...tetapi dia tetap datang... secara perlahan tapi sangat pasti. Ketuaan...datang dengan sangat perlahan sehinggalah:

Ahad lalu, pada satu kejadian, saya terpaksa mengaku saya sudah tua. Saya tidak pedulilah berapa had umur yang PBB (Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu) berikan definasi tua. (The United Nations has agreed that 60+ yaers may be usualy denoted as old age... ) tetapi buat seketika itu saya berasa amat tua... Saya terasa satu tamparan samar bayanganb hinggap ke pipi saya.

Di Pakson, ECM tersebut, saya jatuh hati pada sehelai baju yang saya rasa sangat menarik, Saya amat minat dan sangat cantik, dan morden. Melihat kepada harganya, saya mampu bayar! Ketika mahu mengangkat baju tersebut barulah saya sedar ramai remaja di sekeliling saya. Dan barulah saya bertambah sedar baju-baju tersebut adalah baju-baju yang berfesen `remaja'. He he he. Saya tersalah departement...he he he.

Saya sudah berumur 47 tahun, beruban rambut (tak ketara) dan janggut (separa ketara), juga misai (ketara). Kehandsuman saya jatuh merudun ke tahap sisa 25%. Melihat kepada remaja yang belek saja tapi tak beli (mungkin sebab tak ada duit) tadi, saya terus sedar jika saya pakai pakaian itu memang tidak bersesuaian. Saya akan kelihatan seperti lelaki pertengahan umur yang yang tidak mahu melepaskan status remajanya. 

Saya bukan remaja lagi. Sebab itulah memilih pakaian sudah menjadi so complicated...

Semasa kita muda remaja kita boleh pakai hampir semua jenis baju yang bersesuaian di pasaran. Segala-galanya nampak stail dan berfesyen (tetapi masa tu kita tak ada duit). 

Kita pakai apa saja orang kata itu trend dan tidak dikutuk. Sebenarnya saya pun pernah mengutuk (selalu kot) apabila melihat orang dewasa masih tidak mahu melepaskan fesen remajanya (kalau kita pergi ke pusat beli belah atau pesta, kita boleh jumpa ramai kelompok ini).

Saya keluar dari Pakson tersebut dengan satu azam yang baru. Saya tersenyum puas. Bukanlah saya nak ubah cara berpakaian tetapi perlukah saya berpakaian lebih konservatif, kurang warna yang menonjol, kurang corak yang menarik perhatian, less edge, kurang menampakan pembrontakan dalam jiwa. He he he. Kurang segala-galanya... perlukah?

Kalau ada orang tanya "Bagaimana orang tua memilih baju?"

Saya akan jawab, `Ia sangat kompikated, tapi apa aku peduli?"...

Pulak...





No comments: