Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 28, 2014

Subsidi petrol, alhamdulilah...

Minggu lepas semasa balik kampung, saya diberitahu oleh ayah bahawasanya saya tidak akan dapat subsidi penuh apabila harga petrol akan dinaik nanti. Semalam ternyata di berita TV3, kata-kata ayah adalah benar.
 
Bukan semua orang akan dapat menikmati skim tersebut. Skim rasionalisasi petrol tersebut akan dibahagi kepada tiga puak berdasarkan pendapatan bulanan.
 
Ia berbeza pulak dengan pemberian Bantuan  Rakyat 1 Malaysia (BRIM) yang berdasarkan kepada pendapatan isirumah. Dan hak ke atas setiap kereta untuk diisi dengan minyak petrol bersubsidi berasaskan kepada pemilik berdaftar kereta tersebutlah.
 
Saya mendapat elaun pengangkutan tetap sebanyak RM300 sebulan. Dan ianya memang mencukupi kerana saya tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Namun untuk urusan lain jumlah itu tidak mencukupi, contohnya setiap minggu saya ke Kuantan. Ianya melebihi 200KM pergi balik... Tapi pastilah saya harus menggunakan duit gaji untuk tujuan peribadi.
 
Semenjak saya gunting rambut dan beli nugget yang semakin meningkat harganya, saya berpendapat semakin sukar untuk saya mengumpul duit, apatah lagi harta. Walaupun begitu alhamdulilah saya masih lagi jauh dari susah. Cuma kadang-kadang saya rasa golongan pertengahan ini juga terhimpit hidup mereka kerana mereka mempunyai keluarga anak bini/laki.
 
Namun pastilah pada suatu hari nanti, subsidi minyak tidak akan diperolehi oleh sesiapa pun...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home