Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, October 30, 2014

Mengubah konsep hidup dan gaya hidup

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep? Konsep berbeza dengan korset, jangan tersilap. Korset merupakan seakan pakaian dalam yang berbentuk seperti pembalut. Kita balut perut pinggul dan dada. Buah dada yang kendur dan kecut akan terbentuk elok, dan akan timbul aura menyapa. Perut pulak akan kelihatan kempis. Korset ini bukan sahaja perempuan yang pakai, lelaki juga boleh pakai. Haaa...

Nanti berbezalah kita berbanding dengan tong drum. Sebab kita terbentuk elok badannya walhal kita dah selebar pintu, kecut berut atas bawah.
 



Kita kembali kepada tajuk posting, maaf saya tidak berniat untuk menulis mengenai buah dada...
 
Dan apakah yang dimaksudkan dengan konsep hidup? Haaa...? Namun jangan bimbang walaupun konsep dan konsep hidup tidak dapat kita ertikan dengan kata-kata sebenar, sebenarnya kita sendiri telah membentuk satu konsep hidup tersendiri bagi setiap diri kita. Maknanya dalam sedar atau tidak sedar, setiap individu mempunyai konsep hidupnya tersendiri.
 
Dalam erti kata yang ringkas konsep adalah idea, cara dan kefahaman untuk membentuk dan menerangkan. Dalam erti kata yang agak mendalam konsep merupakan pemikiran yang spesifik mengenai sesuatu cara yang difikir secara menyeluruh. Huh! sukar nak faham kan? Sebab tu la saya sertakan pemahaman konsep dalam erti kata yang ringkas dahulu. Haa...

Lain orang lain konsep hidupnya. Percayalah dalam sedar tak sedar kita hidup atas konsep hidup yang kita pegang. Kita letak taraf hidup dan kemahuan kita pada keinginan kita yang terkadang bukan pula pada kemanpuan kita. Haaa...

Malaysia sudah berbelanja melebihi pendapatan (begitu jugalah rakyatnya...). Belanja melebihi pendapatan ini adalah kerana negara mempunyai konsep tersendiri terhadap apa yang MESTI ada pada sesebuah negara yang maju.


 

Bagi rakyat pula (kita la tu), kita mendapat keperitan akibat dari kemelesetan ekonomi akibat sifat kita yang sedia ada berbelanja melebihi pendapatan. Ini kerana konsep hidup kita adalah mesti ada tu, mesti ada ni, mesti bla, mesti bli. Kereta yang mahal (bagi pendapatan kita), pakej Astro yang mahal, itu ini. Melancong dan kena ada rumah besar, pagar batu. Dan serba maknika lagi kehendak kita yang mengalahkan slip gaji, kecerdikan otak dan kerajinan fizikal kita.

Kita akan kata kalau dapat benda-benda tersebut barulah ia satu kehidupan!. Ini konsep hidup kita. Kita rasa sedih dan tak `hidup' kalau kita tak dapat beli pasu besar...(contohnya...hehehe).

Jadi perubahan nilai dan gaya (membentuk konsep kehidupan) kita haruslah kita ubah. Selalu ikut fesyen terkini (sedangkan gaji terciput), dan gaya hidup mewah (sedangkan kita kedana papanya), menjadi hamba kepada tektik pemasaran (yang tau saja nak ambil duit kita dari poket). Dan bermacam-macam lagi...

Kalau hendak senang dan tenang mudah sahaja. Sangat mudah. Memadailah jika kita bersyukur dengan keperluan kebendaan yang asas sahaja (yang asas bagi keperluan setiap individu).

Abang Jan: Itulah yang payahnya...kan? He he.
 
 
 
 

No comments:

   

.

.

.