Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, October 27, 2014

Harga gunting rambut dah naik...

Semalam saya telah membayar sebanyak RM8 untuk perkhidmatan menggunting rambut. Rupanya harga perkhidmatan mengunting rambut sudah naik walaupun pengunting rambut saya bukanlah seksi sangat.

Namun saya tidaklah pula terkejut atau marah sebab bila pandang rupa saya di cermin, dengan rambut baru saya kelihatan masih handsum. Saya percaya masih ada pasaran.



Kalau tak disikat jadi macam ni

Kalau nak jumpa ketua jabatan, jadi macam ni (disikat)
 
 
Semua orang sama ada kaya atau miskin akan mengeluh apabila harga naik sebab ia membuatkan kuasa beli kita semakin mengecil. Kuasa beli bermakna berapa banyak barang atau perkhidmatan yang boleh kita beli dengan sejumlah wang. Cuma bagi golongan miskin bebanan ini semakin terasa.
 
Saya juga dapati nugget ayam yang saya suka sudah naik harga. Apabila saya beritahu kawan-kawan saya, mereka beritahu memang banyak barang sudah naik harga sebelum GST dilaksanakan.
 
Saya tahu dalam beberapa tahun lagi harga gunting rambut akan jadi RM10.
 
 
Bila uban dah mulai banyak, saya nak buat rambut macam ni...
 
 
 
 

No comments:

   

.

.

.