Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, October 1, 2014

Adakah biawak itu yang bersalah?

Saya terkejut beruk apabila seorang kawan saya beritahu satu kejadian yang menimpanya semasa melintas satu kawasan tadika. Cerita ini baru berlaku.
 
Kawan saya memberitahu sedang dia memandu tiba-tiba seorang budak tadika melintas laju ke seberang jalan. Nasib baiklah kawan saya ini sempat break kecemasan. Kalau tidak memang terlanggar...
 
Persoalannya mengapa budak sekecil itu berani melintas jalan? Mengapa dan mengapa?
 
Rupanya mak bapak budak tu ada di seberang jalan menunggu anak mereka! Ya allah anak sekecil tu dibiarkan melintas jalan sendirian. Tergamak betul. Senang ke nak dapat anak?
 
Saya rasa ibubapa jenis ini ambil mudah sahaja pasal keselamatan anak-anak. Mungkin dari kecil sudah dibiasakan tanpa pengawasan mereka.
 
"Kita ni anak-anak kecil jangan `lepas dari mata'. Kita kena perhati selalu" Kata saya seolah ada ramai anak dan seolah berkahwin dan menjadi bapa yang bertanggungjawab.
 
"Nama lagi budak-budak, sebab itu kita kena pantau...". Saya menambah.
 
Pada masa tersebutlah saya teringat pasal seorang bayi yang dilarikan oleh biawak. Dalam kes ini pastilah ada pihak yang bersalah. Bohonglah kalau tidak ada pihak yang bersalah sebab perkara boleh dielak.
 
Adakah biawak yang bersalah? Adakah bayi itu yang bersalah? dan adakah ibubapanya yang bersalah?
 
Dan bagi saya pihak yang bersalah patutlah dihukum supaya ia membawa pengajaran kepada orang lain supaya jangan tahu beranak jea. Saya tidak fikir tiada pihak yang bersalah. Mesti ada. Memelihara anak ini memanglah memerlukan tenaga dan fikiran. Kalau tak jangan kawin!
 
Abang Jan: Saya hanya mewakili anak-anak terbiar dan tidak cukup pengawasan...
 
 
 

No comments:

   

.

.

.