Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, October 13, 2014

Kisah saya dengan 6 helai tuala...

Saya terus melenggang membawa enam helai tuala tersebut ke kaunter. Gembira sangat sebab tuala-tuala mahal ini diberi diskaun yang sangat bagus. 70%!.

Sebenarnya telah sejam lebih saya belek-belek tuala tersebut satu persatu. Tuala yang mahal memang lain mutu kainnya. Begitu juga warnanya. Lain sangat.
 
"Saya tinggalkan dulu tuala ni di sini yea, saya nak cari baju pula..." Beritahu saya kepada penguanter tersebut sambil tersenyum. Dia kelihatan pelik. Tetapi tidaklah pelik bagi saya sebab tak kan laaa saya nak mengusung enam helai tuala tu ke hulu-hilir. Saya nak cari baju pula.


Antara tuala yang saya telah guna...
 
 
Saya suka tuala. Sebenarnya di rumah saya sudah ada banyak tuala,  Dan tentulah ada tuala yang saya masih tidak guna, saya simpan dalam bekas plastik Toyogo. Saya susun rapi. Tiga minggu lepas saya berikan dua helai tuala kepada emak saya dan menyuruh emak berikan satu pada ayah.
 
"Tuala tu mahal mak...RM50 lebih satu..." Kata saya kepada emak tanpa ada niat tersembunyi. Memang tuala itu mahal....
 
Selepas meletakan enam tuala tersebut di kaunter saya terus ke bahagian baju. Agak sukar untuk saya cari baju saiz XL. Tidak semua saiz XL adalah besar. Ada yang masih kecil untuk saya, Huh!
 
Saya mencuba satu baju yang sangat saya suka di bilik persalinan cuba baju. Tetapi baju yang cantik tersebut terlalu kecil melekap, menampakan payudara saya. Malah nampak juga putting saya. Saya kecewa.
 
Kalau muda dan perut tak boroi bolehlah... tentu Nampak seksi dan mengundang. Tetapi sebab saya tua dan badan pun dah melebar, ia nampak hodoh sangat.  Saya rasa sangat sedih sebab dunia ini begitu menjengkelkan. Dunia ini tidak menyokong saya.
 
Masa saya muda ada badan cantik, bila tengok baju lawa tak dapat beli sebab duit pulak tak ada. Kini bila duit ada, badan pulak melabuh. Kerana putus asa, saya hanya sambar sehelai baju yang kedua saya suka dan menunju kaunter.
 
Saya letak la baju tersebut bersama dengan tuala-tuala saya tadi. Budak perempuan itu pun mula mengira barangan itu dengan menggunakan mesen penyeka harga.
 
"Sekian bla-bla-bla harganya" Kata gadis kaunter tersebut.
 
Apabila saya mendengar jumlah harga tersebut, saya terperanjat. Mak oi mahalnya!. Bagaimana boleh sebegitu mahal sedangkan ianya telah didiskaunkan. Mesti ada yang tak kena ni...
 
"Eh saya beli tuala tu semuanya  ada potongan, yang tertulis di rak tuala..." Kata saya dengan perlahan sebab ramai pelangan berdekatan. Saya lihat muka penguanter tersebut diam serius saja. Saya jadi gelabah.
 
"Saya ada tanya pekerja di bahagian tuala tersebut yang tuala tu memang semuanya berdiskaun." Kata saya lagi sambil tangan saya menunjukan arah bahagian tuala. Kali ini saya memang berdebar. Tetapi saya kaver.
 
"Mungkin awak tak tahu tuala ni berdiskaun. Atau tak masuk lagi harga baru di komputer" Kata saya, seolah tahu sangat dengan pengurusan harga di kedai tersebut. He he he.
 
Gadis di kaunter tersebut memanggil pekerja di bahagian tuala dan datang ke kuantar. Gadis tersebut memeriksa tuala saya...
 
"Semua tuala ni tak ada diskaun" katanya. Dan gadis tersebut beritahu mungkin saya telah tersalah rak.
 
"Maafkan saya, boleh tak padamkan pembelian saya di komputer tu. Saya tak nak belilah. Mahal" Beritahu saya jujur. Saya buat-buat muka sedih dan bersalah...Tapi tuhan sajalah tahu sebab ada pelanggan lain yang melihat drama sebabak saya.
 
"Tak apalah encik, no hal" Kata pekerja wanita itu tersebut ketawa kecil tidak seperti pekerja kaunter yang serius giler.  Kalau saya taukeh memang saya pecat dah dia...

Sebenarnya pekerja di bahagian tuala tersebut memang kenal saya sebab minggu sebelumnya saya juga datang ke kedai tersebut. Berjam-jam saya memilih tuala. Memang minggu lepas saya juga telah membeli enam helai tuala...he he he. Cuma masa tu diskaun 50% jea.

Rupa-rupanya diskaun 70% tu untuk jenis kain tuala yang saya telah beli minggu lepas! Saya rugi 20% la kan...
 
 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home