Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 2, 2014

Minyak naik 20 sen dan puding roti

 
 
Saya dan belon
 
Semalam ketika saya sibuk mencari resipi cara nak buat puding roti paling senang di internat, kawan saya wasap beritahu petrol naik 20 sen. Saya tidak terkejut. Saya biasa-biasa sahaja.
 
Saya tidak terkejut, bukannya kerana saya ada banyak duit tetapi dasar rasionalisasi subsidi memang mahu memperhaluskan pemberian subsidi. Ini sebagai salah satu langkah untuk menwujudkan negara maju. Di negara maju mana ada galak mereka memberi subsidi. Awak kena belajar rajin-rajin dan kerja kuat kalau tidak merempatlah awak.
 
Di tempat kita, rumah bagai hotel. Jadi tempat makan dan tidor anak belia yang tidak ada kerja. Ya, mereka boleh hidup. Ala...bila nak kawin nanti baru cari kerja. Haaa...
 
Pun begitu di negara kita subsidi dalam bentuk dan kaedah lain tidaklah dihapuskan terus. masih ramai lagi warganegara yang berpendapatan rendah.
 
Sebenarnya saya mahu buat pudding roti supaya kawan-kawan saya gemuk. Saya akan bubuh tepung kastad banyak-banyak. He he he. Bila kawan saya gemuk, saya akan kelihatan kurus bila berjalan dengan mereka.... Ha ha ha. (gurau jea, saja saya cuba nak buat, nak belajar).
 
Abang Jan: Ha ha ha...
 
 
Resepi Puding Roti
6 keping roti gardenia ( apa2 roti pun boleh, yang murah pun ok juga )
2 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1 sudu makan butter
3 sudu makan gula
sedikit kismis
1/2 makan essen vanilla
Cara penyediaan….
Koyakan roti segeram geramnya bak mengoyak-ngoyak surat-surat cinta kekasih yang tak tahu diuntung!. Kemudian kacau sebati telur, esen vanilla, gula dan susu cair. Campur sedikit tepung kastad.

Roti yang terkoyak rabak kemudiannya disusun dalam acuan pembakar. Kemudian tuang adunan susu tadi ke dalam roti yang telah disusun. Tabur la kismis dan butter ke dalam adunan roti tadi. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 30 minit…

SELAMAT MENCUBA TAMBAH BERAT BADAN ANDA, HA HA HA

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home