Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, March 5, 2014

Orang luar semuanya salah, semuanya tak betul..kita jea yang betul, huh!

Saya naik menyampah tahap gajah dengan sesetengah media massa arus perdana yang tidak mahu membuat tindakan untuk membentuk minda masyarakat kita. Bila terjadi sesuatu kes, pihak media tidak mengambil kesempatan untuk mengubah atau membentuk minda masyarakat terhadap melihat sesuatu isu tetapi turut menjumudkan masyarakat dengan mengikut sahaja pendapat majoriti yang mungkin tidak betul.

KECENDERUNGAN NEGATIF ADALAH SIKAP KITA
 
Maksud saya jenis media massa yang sengaja mengumpul pendapat majoriti dan apa yang masyarakat mahukan. Sepatutnya media memberi apa yang masyarakat perlukan bukannya apa yang masyarakat mahu. Dalam kes ini pihak media massa harus berikan otak untuk berfikir. Haaa...
 
Kecenderungan masyarakat kita ialah, sikap orang luar semuanya salah, semuannya tak betul..kita jea yang betul, huh! Adakah kita benar kerana kita islam dan orang Malaysia? Dalam islam dan orang Malaysia itu sendiri ada penganut dan warganegaranya yang tidak betul. Maka jika tidak betul dan bersalah ia tidak menjuruskan kepada sesuatu agama, bangsa dan negara.
 
 
 
Biarlah negara tersebut menjalankan undang-undangnya sendiri. Lagipun apa yang berlaku di sana, pihak sanalah yang lebih maha mengetahui. Dan negara tersebut juga bukanlah sebuah negara sobrono tetapi negara yang terkenal dengan keamanan dan kebajikan. Dan jika kita ikhlas mencari maklumat, kita akan mengakui mereka jauh lebih bertamadum berbanding dalam kehidupan. banyak yang kita boleh pelajari... Haaa...

PENYAKIT KITA
 
Penyakit orang kita begitulah. Negara luar selalu kononnya tidak sebagus kita. Jiran terdekat kita pun kita selalu prasangka. Kita mengata Indonesia padahal kita juga membakar padang bola, kita mengata pulau Singapura tetapi kita juga ada pulau yang bodoh dan pentingkan diri, kita mengata orang Filipina, Bangla dan Pakistan malas bekerja walaupun ternyata masyarakat kita lebih ramai yang bukan saja malas tetapi tidak tahu buat kerja tahap nak mampus.
 
Biarlah negara tersebut mengendalikan kes penderaan tersebut tanpa campurtangan kita. Termasuklah tanpa campurtangan orang politik atau orang kenamaan kita. Bila kita duduk menetap di sesebuah negara, tertakluklah kita akan undang-undang negaranya.

KITA SEBENARNYA TIDAK TAHU AKAN CERITA SEBENAR
 
Mati hidup balik pun kita di sini tidak tahu akan kebenaran dan apa yang berlaku di sana. Namun ternyata di negara tersebut kesalahan penderaan kanak-kanak amat tegas dan bersungguh-sungguh makanismanya. Contohnya setiap anak ditanya oleh pihak tertentu (terutamanya guru) sama ada di dera atau tidak oleh ibubapa. Sedangkan cikgu-cikgu kita sibuk nak habiskan silibus dan guru besar sibuk meeting nak ramai pelajar  score banyak A, nak naikan nama sekolah. Selamat datang ke Malaysia. Negara yang `tak ada' kes penderaan...(baca dengan nada sinis)
 
Dan mereka (negera mereka)  sebenarnya sudah ada pengetahuan dan mekanisma untuk mengesan penderaan pada tahap awal. bukannya bila budak-budak sudah berbirat, sudah patah, diperkosa dan sebagainya. Mereka sudah membuat penyiasatan awal sama ada pelajar itu bercakap benar atau sebaliknya. Bukannya bila kanak-kanak mengaku didera terus ibubapa disabitkan dengan kesalahan dan diheret ke mahkamah. Ibubapa telah beberapa kali dipanggil dan dinasihati, dikaunseling dan sebagainya. Ringkasnya sudah ada mekanisma yang teratur dan tidak berat sebelah. tetapi orang kita buta mata dan tumpul fikiran untuk berfikir. Tahniah untuk kita.

BIARLAH MAHKAMAH MEREKA MEMBUAT KEPUTUSAN

Berilah ruang yang selesa untuk mahkamah mereka membicarakan dan menghakimi kes tersebut. Adakah ia menjadi satu kes penderaan atau sebaliknya. Dan kita terimalah apa-apa pun keputusan dengan hati yang terbuka kerana...tak kanlah kita tak ada kemungkinan buat salah. Haa...

kalau orang kita boleh mendera anak-anak mereka di dalam negara sendiri tidaklah mustahil orang-orang kita JUGA boleh mendera anak-anak mereka di luar negara... Haa... Kita kena berfikiran rasional.
 
Tetapi orang kita macam biasalah, jakun tak habis-habis. Semua pihak lain buat tak standard, tak betul dan tidak  menepati nilai kita dan sebagainya... (nilai jakun kita la tu..., he he)
 
Saya terpaksa berhenti menulis di sini sebelum saya mencarut!.
 
Jan: atau sebelum saya dicarut...Huh!

5 comments:

Angah said...

betui le tu!...setuju..

sukiman said...

Salam Angah,

he he he, saya teremosi sikit...

Nong Andy said...

Hahaha... ada kala saya pun membebel juga masa tengok berita tentang isu tu..

Pada mulanya saya mahu memihak juga ibu bapa itu bila kononnya di katakan memukul anaknya sebab tidak sembahyang... tapi bila media pula gembar gembur siap menyelongkar kisah2 lain ttg hukuman n ketegasan peraturan negara org.. dan nampak sgt menyokong ibu bapa itu dan seolah olah negara itu pula yang terlalu mengada ngada.. tiba2 saya rasa media kita ni yang terlebih mengada ada.. pandangan asal saya berubah kerana kesungguhan media memburukkan undang2 / pendakwaraya negara tu.

Sudahnya bila keluar kes tu di kaca tv,. Membebel la saya seorang diri haha..

sukiman said...

Saya pun masih membebel juga sebab masyarakat kita tidak melihat isu dengan adil. Selalu berat sebelah...

testemoni kawan-kawan yang menceritakan hal yang mungkin sebenar tidak pulak media kita keluarkan...

Mama4Aqil said...

" kita sebenarnya tidak tahu cerita sebenar, sebab itu kita anggap 'dia' sahaja yang betul"

kan?

   

.

.

.