Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, March 6, 2014

1,600 orang dilahirkan di Malaysia setiap hari (purata)

Saya buat-buat mesra mencubit pipi anak kawan saya yang terbaru yang masih bayi. Walaupun taklah comel sangat tetapi saya mahu mengambil hati. Saya orang Melayu.
 
Kawan saya tersebut sudah mempunyai empat orang anak dan beliau mahu lagi menambah bilangan anaknya seramai mungkin. Saya naik ngeri namun saya tetap tersenyum. Itu adalah cita-cita dan kemahuan individu, kita tidak boleh menghalang mereka nak beranak pinak sampai sedozen pun. Mempunyai anak-anak yang ramai tentu seronok jika anak-anak tersebut membesar `menjadi orang'.
 
Ada orang suka saiz keluarga yang besar, dan ada orang suka saiz keluarga yang kecil. Kawan-kawan saya beritahu anak adalah rezeki, bagi saya semua dari tuhan adalah rezeki dan kebaikan. Yang pasti anak adalah tanggungjawab.  
 
Bercakap dari segi ekonomi rumahtangga, semakin ramai anak, semakin tinggi perbelanjaan isirumah. Dan juga pengurangan mutu barangan dan perkhidmatan (dengan andaian kenaikan gaji/pendapatan tahunan tidak dapat melepasi kadar inflasi). Contohnya kalau anak sorang dua dapatlah kita beli baju Kiki Lala di supermarket namun kalau anak-anak kita bersusun paku (anak ramai), kita beli baju mereka di pasar malam sajalah... wang harus diperuntukan kepada keperluan lain.
 
Saya bukan anti anak ramai namun jika sebuah negara berterusan mempunyai kadar kelahiran yang tinggi, ia akan mendatangkan masalah jika tidak disusuli dengan perkembangan ekonomi yang pesat. Keluaran Dalam Negara Kasar haruslah sentiasa meningkat, jika tidak pendapatan perkapital kita menurun. Kita mahu situasi di mana setiap orang (yang berada di dalam pasaran buruh) adalah menyumbang kepada pengeluaran barabng-barang atau bekerja di sektor ketiga negara.
 
 
 
 
Dari segi ekonomi Negara pula, pasaran barang akan lebih besar, begitu juga rakyat yang ramai akan menaikan imej sesebuah negara dari segi pertahanan negara. Namun banyak juga negara yang mempunyai bilangan penduduk yang besar tetapi tidak maju-maju, menghadapi masalah tempat tinggal, masalah bekalan makanan, masalah penyakit dan kadar jenayah yang tinggi.
 
Rasanya tidak salah merangcang keluarga mengikut kemampuan kita. Untuk memperlahankan kadar kelahiran adalah sesuatu yang mustahil kerana sebab setiap hari manusia bertembung, setiap hari manusia berkawan,setiap hari ada saja yang jatuh cinta dan berkahwin...dan beranak...pinak
 
Jan: Kadar kematian kita pula lebih kurang 300 sahaja sehari...emmm



 

2 comments:

Nong Andy said...

Kakak saya ada 8 orang anak susun paku..

Akibat dari itu saya jadi pobia beranak ramai dan shinta masih seorang diri buat masa ini.. :P

sukiman said...

Insyallah nanti shinta ada adik, he he he.

Saya adik beradik empat orang...

   

.

.

.