Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, March 23, 2014

Mengurus takdir hidup... (SSM: Siri Seribu Mawar)

Tidak perlu kita berbohong dan menafikan bahawa hidup kita tidak ada cacat cela dan hidup orang lainlah kononnya bermasalah. Semakin kita galak lari semakin kita sukar untuk menghadapinya. Sedangkan takdir itu terus menyimpuh comel di hadapan kita.
 
Emak saya beritahu, sepatutnya kita tahu banyak takdir sudah tertulis pada hari pertama kelahiran kita. Dan kita kena positif menghadapinya. Itulah kata-kata emak saya (walaupun sebenarnya saya yakin emak saya akan jadi singa jika ayah saya kawin lain, he he he).
 
Saya tidak mampu mengawal takdir yang ditentukan tuhan. Saya tidak mampu mengawalnya walau sedetik, seinci dan secubit. Saya hanya mampu mengawal cara saya menanganinya. Selalunya saya pilih untuk bersedih dan tidak reda atas segalanya. Saya jadi pendendam tegar. Setiap hari bersumpah dalam hati. Saya nampak tenang di muara tetapi gelora di dasarnya. Saya nampak naïf tetapi mesen kerja gila saya jahat juga.
 
Saya sudah letih berlari dan berlakon. Ya, saya amat berduka dalam diam. Namun saya berpositif untuk tidak mempamirkannya kerana hidup mesti diteruskan. Kalau saya sangat sedih, saya akan menyindir diri saya dengan kata-kata "Bukan awak yang paling menderita, ada orang jauh lebih jahanam hidupnya". dan saya terus membilang kelebihan diri saya berbanding dengan kawan-kawan dan jiran-jiran saya. Dan buat seketika ia berhasil menurunkan bahang perasaan saya.
 
Sebenarnya saya boleh memilih untuk tidak bersedih dan redha atas segala-galanya.
 
 
Jan: teringat lagu `Ketentuan' oleh Ramlah Ram, lirik lagu tu hampir sebijik dengan apa yang telah saya lalui...
 
 
 

7 comments:

Nong Andy said...

Kalau saya mahu mengurangkan rasa rendah diri.. rasa sedih.. saya suka membandingkan diri dgn orang yg lebih susah hidupnya.. tak kira la zahir atau batin..

Tapi kalau saya nak motivasi kan diri kena la bandingkan dgn org yg berjaya n hidup senang.. tiba2 semangat nak maju kan diri..

Kadang2 diri kita ni adalah apa yg kita fikirkan. Tapi tentulah kita dan takdir.. tidak di pisahkan. Sebab takdir tuhan tu mana kan mampu kita halang..

sukiman said...

saya setuju sangat Nong

dari perkara kecil sampai perkara besar kita tidak dapat lari dari membuat perbandingan supaya lebih maju dan positif.

melewati usia 40an ini saya bukan muda lagi kekadang `letih' dgn peragai dan kehidupan, sekarang saya belajar berkompromi dengan banyak hal di sekeliling saya. termasuk ha-hal peribadi yang orang tak nampak.

Perkara yg sama mungkin terjadi pada org lain juga, yang saya tak nampak...

Vivacious O'light said...

Kalu sedih,sy nangis. Dah nangis sy smbung keje balik sambil ingatkan diri yg dunia belum kiamat. Life goes on.

sukiman said...

Vivacious O'light,

Saya rasa tidak salah menangis. Kdg2 saya juga tidak dapat menyeka air mata.

perasaan kitalah yang memperkayakan hidup kita...memberi semula semangat hidup untuk pandang dunia yg luas dan bangkit.

tahun ini saya masih tidak menangis, tapi saya percaya saya akan nangis bulan April nanti, bulan cinta saya...

Adie Achim said...

Saya juga mula belajar berkompromi. Saya selalu pertikai kenapa org tu begitu kenapa begini (selalunya bab -ve larr) tapi kini saya mula kurangkan. Sebab ramai juga org pelik dgn saya. Mmg gitu ko?

Adie Achim said...
This comment has been removed by the author.
sukiman said...

Adie,

Masa saya muda dulu saya melawan jugak `takdir' tetapi kalau saya tak berpuas hati saya akan `letih'lah sepanjang kehidupan.

Tak dapat lari dari berfikir negative kan, tetapi tulah kena pandukan negative ke positif.

Bila Adie berusia macam saya, lagilah akan selalu berfikir dan membanding, hehehe.

   

.

.

.