Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, March 4, 2014

10 minit RM150!

 
 
Malang tidak berbau, sudah kena baru tahu. Inilah yang saya alami apabila tertinggal kunci kereta dalam kereta. Ketika itu saya sudah bersiap nak ke Bandar Kuantan, saya meletakan barang saya di dalam kereta bersama kunci kereta saya. Kemudian kereta saya terkunci secara automatik. 
 
Namun saya rasa pelik kerana tidak panik. Mungkin kerana saya sudah berumur 40an atau mungkin saya sudah kehilangan kekasih hati maka saya rasa tidak akan ada lagi kejadian yang seteruk tersebut. Haaa...
 
Kejadian ini berlaku di Kuantan. Maka saya pergi ke rumah jiran saya untuk memberitahu hal tersebut. Dan beliau telah bersusah payah mencuba buka Myvi saya dengan menggunakan pembaris dan hanger. Tetapi tidak berjaya.
 
Adnan juga mencubanya tetapi tidak juga berjaya. Kata jiran saya mungkin kereta Myvi tidak semudah kereta Kancil dan sebagainya.
 
Lalu saya dan jiran saya ke bandar dan pergi ke beberapa buah bengkel, namun tiada pembengkel kereta yang tahu membuka pintu Myvi...
 
Akhirnya saya ke kedai kunci dan pekedai itu memberikan nombor talipon orang yang biasa membuka pintu kereta.
 
Saya menaliponnya, dia terus letak harga RM150. Pada masa itu saya tidak ada wang tunai sebanyak itu. Nak minta pinjam sekejap kat jiran tentu rasa malu. Tak kanlah pensyarah bujang (dan tak ada anak luar nikah) tak ada duit. Saya sendiri pun tak percaya.
 
Mujurlah Adnan datang menghulur duit RM200 kepada saya. Waktu kecemasan begini nasib baik Adnan ada duit dan meminjamkan kepada saya. Adnan seolah superman yang tiba-tiba memberikan pertolongan.
 
Saya terus kol pemuda Cina tersebut (selepas setuju membayar RM150 tersebut).
 
Saya dapati pemuda itu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk membuka pintu kereta saya. Tanpa pembaris dan hanger. Saya dapati dia ada kunci khas...
 
 
Jan: Saya harap saya akan berhati-hati di kemudian hari...

4 comments:

Nong Andy said...

Saya.. memang agak pelupa. Jadi kes kunci terkunci di dalam kereta sudah berlaku berulang kali.. sampaikan pernah satu kali tu.. saya double park kereta org dan bila org itu mahu keluar.. saya dengan muka macam mahu menangis meminta maaf tak mampu memindahkan kereta sebab kunci saya terkunci di dalam kereta.

Suami saya datang membawa kunci spare dengan muka ganas macam naga hingga saya kejut perut.. mujur la telefon saya tidak terkunci kerana ada di poket seluar..

Sekarang suami saya bekalkan saya dua kunci.. asalkan handbag saya tidak terkunci dalam kereta.. saya ada kunci spare dalam handbag saya..

sukiman said...

he he he, say ahari tu pertama kali. semoga ia menjadi yg terakhir.

pemuda cina yang korek kunci kereta saya beritahu saya kena buat satu spare juga...

amilia said...

Ya Allah lps bc crita en.sukiman ni terus sy terpikir mn sy smpn spare key kreta sy...ingat2 blik ....dlm pasu bunga pink kecil yang sy sudah alihkan kedudukannya dibawah shower di bilik mandi waaaaaaa dgn segeranya sy ke toilet dn ambil....dh rosak sbb berendam dlm air :((

sukiman said...

amilia,

Memang betul, kunci tertinggal di dalam kereta boleh terjadi kepada sesiapa pun...

   

.

.

.