"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 20, 2013

Tip untuk `memukul' isteri?

Saya kerap mendengar bahawa seorang isteri boleh dipukul oleh si suaminya untuk mengajar atau menghukum.

Dalam sesebuah rumahtangga, selain si suami itu sendiri berkemungkinan melakukan kesalahan, sebegitulah juga si isteri berkemungkinan boleh melakukan kesalahan. Walaupun bagaimanapun dalam ertikata mahu mengajar, membelasah dan memukul adalah suatu kes penderaan.

Dan penderaan ke atas mana-mana pihak, adalah suatu jenayah. Satu penyakit psikologi masayarakat. Kata kawan saya bila kita ada masalah kita mesti merujuk kepada ajaran agama kita sebagai panduan.

Dan kawan saya yang agak islamik meminta saya rujuk kepada sebuah tulisan di laman internate. Panjang lebar penulisannya. Saya ambil sebahagian sahaja buat pedoman kita yea.

Sila baca petikan di bawah:



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pukul’?

Saya masih ingat ketika menghadiri kursus kahwin sekitar tahun 2003. Menurut ustaz yang memberi ceramah, suami boleh memukul isteri yang nusyuz. Walau bagaimanapun, ustaz ada beritahu pukulan yang dibenarkan, TIDAK BOLEH boleh menyakitkan isteri dan ‘alat’ yang dijadikan ‘senjata’ untuk memukul BUKANLAH tangan, tetapi hujung kain yang diikat/simpul. Jika inilah cara ‘pukul’ yang dibenarkan pada pendapat saya yang daif ini, istilah ‘pukul’ mungkin tidak tepat.


Saya cuba juga belek-belek buku ‘Panduan Perkahwinan’ yang dibeli semasa kursus, bab ‘pukul’ tidak ditulis secara lebih mendalam, cuma dikatakan suami dibolehkan memukul isteri yang nusyuz. Hemm... Saya masih belum putus asa dan mencari maksud ‘pukul’ yang dibolehkan dan berikut hasilnya.

Terdapat beberapa hadis yang boleh kita gunakan bagi meneliti maksud ‘pukul’. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud, Nasar dan Ibn Majah, ‘pukul’ yang terdapat di dalam ayat tersebut adalah ‘pukul’ yang tidak boleh meninggalkan kesan (ghayr mubarrih). Tabari dan Razi pula meriwayatkan bahawa pukulan tersebut hanyalah satu ‘aksi simbolik’ dan hanya dilakukan dengan berus gigi atau sapu tangan. Imam Shafie juga berpendapat bahawa aksi memukul haruslah dijauhkan sama sekali.

Walau bagaimanapun, tiada satupun riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda.

Teladan daripada junjungan besar Rasulullah SAW

Kita boleh belajar daripada teladan rumahtangga Rasulullah SAW. Antaranya :
Nabi pernah jatuh tersungkur, ditolak isterinya. Isteri itu kemudiannya dimarahi ibunya (mertua Nabi), dengan dijawab Nabi, “Biarlah, dia akan berbuat lebih daripada itu.” Nabi tidak pula bertindak memukul isteri yang menolak Baginda hingga tersungkur.

Isteri Nabi pernah tepis pinggan madu yang menghantar makanan kepada Nabi, tapi Nabi tidak rotan tangan isteri yang menolak pinggan. Dendanya cuma menggantikan pinggan yang pecah.

Isteri-isteri Nabi pernah bertengkar (gaduh), berbalas-balas kata hingga keluar perkataan kotor, tapi Nabi tidak pula menampar muka isteri. Tidak pula Nabi tempelak isterinya sambil berkata, “Tak soleh guna perkataan kotor.”

Nabi pulang lewat dan pintu rumah berkunci dan Nabi tidur di luar rumah. Tidak pula Nabi menghempas-hempas pintu atau mengejutkan isteri supaya buka pintu.

Suatu hari Nabi tanya isteri, ada apa-apakah untuk dimakan pada hari itu, tetapi isterinya menjawab tiada apa-apa (untuk dimakan), lalu Nabi beritahu isteri yang baginda akan berpuasa saja. Tak adalah pula Nabi mengamuk-amuk marahkan isteri macam kes suami pukul isteri lambat masak mi maggi....

Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia.” “Aku tidak bertanyakan alasanmu,” sahut Nabi SAW. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

Baaaaanyak lagi kisah yang boleh dijadikan teladan. Carilah untuk bacaan sendiri.

Pokoknya, sepanjang pengetahuan saya, Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri-isteri Baginda. Tiada satupun riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX...






Bila kempen ini mahu dimulakan? Haaa...


No comments:

.