"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, August 23, 2013

Mengapa kita kena memasak?

Ramai juga kawan-kawan perempuan saya bertanya "Kenapa laaa hidup ini mesti memasak? Termasuklah adik perempuan saya yang baru-baru ini menghantar pesanan ringkas menanyakan hal tersebut. Bertanyakan "Kenapa harus memasak?".

Aktiviti memasak adalah satu aktiviti yang menarik, namun jika dilakukan setiap hari tentulah ianya adakalanya meletihkan dan membebankan. Dan tidak semua orang boleh membahagikan masa untuk memasak. Maklumlah pukul berapa baru balik kerja? Selamat datang ke Malaysia.

Saya kembalikan persoalan memasak ini terhadap diri saya. Kini saya jarang sangat memasak, tetapi saya memasak bila saya rasa nak memasak. Saya memasak jika saya rasa nak makan sesuatu masakan dan saya memasak kerana nak berlakon. Maksud saya kononnya ada rakaman yang merakam kerja masak saya. Saya guna segala Teafel dan pinggang mangkuk Korell saya. Termasuk Vision jugak.  Selamat datang ke dunia saya.

Jawapan yang saya boleh terima ialah memang kita kena memasak sebab harga makanan adalah mahal, dan  makanan yang kita beli tidak terjamin kebersihan dan khasiatnya. Haaa.

Namun atas tuntutan waktu, kita beli jugak kan? Haaa (Haaa... sekali lagi). Kita sibuk maka kita `membayar' kesibukan tersebut dengan membeli makanan. Saya bukan nak mengata masyarakat, saya sendiri juga membeli makanan atau makan dikedai.

Bagi surirumah pula tentulah memasak adalah kewajipan yang tidak wajib yang menjadi kewajipan. Haaa.... Bila sama-sama balik dari kerja, sama-sama letih, sama-sama bersusah payah belajar di universiti...yang pastinya si isterilah yang akan tetap ke dapur walaupun baru balik kerja. Sebab itulah tak patut kera sangat kalau suami siap kompling bila masakan isteri tak sedap. Kecil hati dia bro.

Ya, dalam bab ini kita sebagai suri rumah akan memasak sampai mati. Terutama isteri-isteri yang mahu suaminya makan dari hasil air tangannya sendiri. Kita akan memasak, memasak dan memasak.

Dan apabila semakin tua, semakin cerewetlah masakan kita. Ketika ini pulak kita mula la peka terhadap kesihatan. Kita lihat ajinamoto seolah kita ngeri melihat lipas. Sayur mayur pun kita basuh dengan sabun dan rendam lama sebab nak buang racun. Kita mula peka setelah lama pekak.

Jan: Kita akan terus memasak...

X:  you nak makan apa i masak
Y: i nak makan you...he he he

3 comments:

Ummi Kami said...

Salam Syawal...

Nak masak untuk nak makan untuk nak hidup....^^,

Selamat Hari Raya 'Aidil Fitri maaf zahir dan batin ya ^^,

aima said...

nak makan kena masak la.....tak perlu berkira siapa yang kena masak sebab yang nak makan kita jugak....

Nong Andy said...

Ya... somi2 sekeliang...

Kalau isteri dah masak.. jgn kompling x sedap..

Kalau nak kompling juga..

Sila masak sendiri..

Hehehe...

.