"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 27, 2013

The `Notebook’, air mata dan kisah cinta saya….*



Saya tidak percaya yang cinta sejati pasti akan membawa kita ke jinjang pelamin. Saya juga percaya berkahwin dan beranak pinak bukannya bukti kita memiliki cinta sejati dalam hidup kita. Banyak bukti juga memperlihatkan cinta yang tak sejati dan murahan juga membawa manusia ke pelamin. Ya, banyak perkara yang membawa kita kejinjang pelamin termasuk `kita kena kahwin sebab orang lain kahwin’ atau `hidup sorang tidak normal’ (hanya memaparkan beberapa sebab).

Sehingga ke hari ini saya masih lagi mengingati kata-kata Lokman Hakim (bekasrakan serumah saya) di Pekan. Beliau berkata `banyak cinta sejati yang tidak sampai ke jinjang pelamin, ia akan kekal di hati…” Syahdu kan?

Sambil makan rojak, saya menangis sedih semasa menonton  filem The `Notebook’ di kaca televisyen. Air mata masin saya yang bercampur dengan Nutrimatics Skin Clean (cleasing milk with sesame oil) di wajah saya memedihkan mata saya. Namun saya menangis juga sambil sekali sekala menyuap rojak yang saya beli khas untuk berbuka puasa… Saya beli dekat kedai tepi cabang masjid. Dekat cabang jalan, susahnya nak pakir kereta...

Realiti masa kini, cerita cinta kasih sayang sebegitu itu hampir menjadi dongeng atau mitos. Adakah kasih sayang sebegitu besar? Cerita-cerita seperti Nang Nak, Titanic dan The Notebook antara cerita cinta yang luar biasa. Tentulah cinta sejati dan luarbiasa amatlah jaraaaaang sehingga kalau ada terus dibuat filem gitu.  Haaa…pernah terfikir tak.

Pernah terfikir tak kisah cinta kita boleh dibuat filem? Jangan harap kan? He he he.

Saya tidak suka menonton cerita cinta. Kerana kebanyakan cerita cinta yang dihasilkan tidak menceritakan cinta kasih sayang pada tahap yang gaban. Cerita cinta yang sangat typical atau biasa-biasa sahaja. Namun cerita cinta seperti Nang Nak, Titanic dan The Notebook saya menontonnya atas cadangan kawan dan pelajar saya. 

Contohnya pelajar saya yang di USM menyuruh saya melihat filem Nang Nak. Kata beliau cerita itu menyeramkan. Namun saya menitiskan air mata apabila melihat besarnya kuasa kasih sayang. Cinta tidak akan mati.

Titanic adalah cerita cinta yang tak sampai… dan membuktikan cinta tidak akan tua. Tiada saat, hari dalam cinta… Waktu jadi luntur dan tak berkuasa...Wah syahdunya.

The Notebook sangat sangat menentang arus. Tidak semua lelaki sama. Ada lelaki yang jujur walaupun payah untuk dicari bak mencari bara dalam air atau mencari remaja tanpa handpone. Kisah cinta ini membenarkan rangkap kata `sehidup dan semati’. Sayangnya ia bukan sebuah filem Melayu. Filem Melayu pula jika dihasilkan dalam bentuk cinta akan jadi cinta murahan dan cinta geli-geli… Huh!

Mengapakah engkau jua yang kuteringat di kala malam…?

Kalau boleh saya mahu memilemkan kisah cinta saya...(pulak dah...!) Tentu ia akan sangat terkesan…(perasan betul saya kan?). Cerita filem saya akan membuktikan adanya cinta sejati dan kerinduan yang dalam akhirnya membawa maut...

Masih segar dalam ingatan saya pertama kali mata saya melihatnya. Dia sedang menyusun buku. Pertama kali melihatnya saya terus berkata `tiada apa yang istimewa’… dan seperti kisah-kisah cinta lain kami akhirnya jatuh cinta… (saya mengambil masa dua tahun untuk jatuh cinta kepadanya, dan dia sabar menunggu saya…) kami amat mengasihani… namun ia adalah sebuah kisah cinta yang tidak sampai. Kali terakhir saya melihat ke dalam kelopak matanya, saya melihat kasih sayang yang besar bukan lagi untuk saya... dan hari berganti hari, minggu berganti minggu bulan berganti bulan tahun berganti tahun… tiadak ada sehari pun dalam hidup saya dimana saya lupakannya. Demi allah.

Saya adalah bukti. Bukti cinta dan kasih sayang sejati....masih wujud!


Jan: Penulisan ini dilahirkan dari perasaan seorang pemuda yang sedang menitiskan air mata…. Waaaa....


2 comments:

azr said...

bersbrla... mgkin die bknlah insan yg terbaik bg drimu....

dq said...

N3 ini buat saya jatuh cinta pd blog ini..dan terus jd peminat tegar...

.