"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, August 15, 2013

Keseimbangan pembacaan saya yang tidak seimbang... (3.26 am)

Saya bukanlah pakar ekonomi, dan saya juga bukanlah ahli politik. Politik dan ekonomi saling berkaitan kerana ia berlandaskan pengagihan kuasa/sumber. Kalau kita amati definisi politik dan ekonomi, ia tidak banyak berbeza. Ia berkisarkan kepada keperluan manusia untuk mencapai objektif kecekapan dalam kehidupan.

Seringkali saya ditanya mengenai keadaan ekonomi negara Malaysia. Dan ada kalanya dapat saya rasai kebanyakannya seolah mahu mendengar cerita yang buruk. Mereka mempunyai agenda tersendiri yang saya percayai tidak lain tidak bukan adalah juga bermotifkan politik. Memang semenjak dahulu manusia mengunakan politik untuk mencapai ekonomi adakalanya manusia menggunakan ekonomi untuk mencapai tujuan politik. Selamat datang ke planet bumi.

Namun saya selalu menyokong dasar ekonomi yang dibentuk kerana saya berjaya melihat kerasionalan pada setiap dasar ekonomi yang dibentuk oleh kerajaan. Terutamanya yang berkaitan dengan usaha mahu meningkatkan kemajuan ekonomi kaum bumiputra. 

Dasar terbentuk daripada masalah yang muncul. Ia adalah suatu perkara yang lumrah kerana dalam mewujudkan sesuatu dasar maka langkah pertama ialah mengenalpasti masalah. Bukannya membesar-besarkan masalah tanpa mewujudkan tindakan khusus.

Kepada saya menjadi seorang pensyarah ekonomi hanyalah suatu kebetulan. Saya juga mungkin boleh berkerja dalam bidang lain, yang lebih saya minati. He he he. Sebagai seorang yang ada sedikit ilmu ekonomi, saya sering diajukan soalan yang berkaitan dengan ekonomi di mana terdapat juga soalan-soalan yang saya sendiri kurang pasti akan jawapan penyelesaiannya. tetapi mereka tetap menunggu jawapannya.

Seperti seorang pakar bahasa yang boleh mengesan percakapan kita sama ada mengikut nahu yang betul atau sebaliknya, begitulah saya terkadang terkejut dengan kedangkalan khalayak apabila membicarakan hal ekonomi. Contoh pertama ialah ekonomi bukannya bermakna jimat cermat dan modal tidak merujuk kepada duit semata-mata.

Teringat saya kepada suatu peristiwa serius dan akademik yang berlaku dalam hidup daya. Semasa makan tengahari bersama beberapa pensyarah lain (yang terdiri daripada bidang lain), saya terdengar satu konsep ekonomi yang diterangkan dengan salah sekali. Pensyarah teknologi maklumat tersebut berdegar-degar menerangkan konsep inflasi sambil makan di meja tersebut. Konsep inflasi yang diterangkan tersebut adalah salah 100% seolah menerangkan kegitan ekspot merujuk kepada aktivitti impot. Haaa... Atau nak tragis lagi ialah seolah kita ke kedai beritahu nak beli daging ekspot (padahal daging import).

Untuk mengelakan pensyarah tersebut terus berada di dalam kesesatan, saya dengan ala sopan membetulkan kefahaman beliau. Beliau masih lagi mahu memenangkan dirinya sehinggalah saya beritahu saya adalah pensyarah ekonomi. Ekonomi Malasyia. Barulah beliau bersetuju dan mengakui kesilapan beliau. Dan jam-jam seterusnya dipenuhi dengan syarahan saya mengenai keadaan ekonomi dan inflasi di Malasyia termasuk dengan jenis-jenisnya sekali.

Saya tidaklah pakar, saya hanya ada sedikit ilmu yang saya carigali dan ditunjuk ajar berpandukan silibus-silibus yang direka oleh profesor-profesor di Universiti Malaya. Sudah tentulah saya harus membaca dengan banyaknya, tuhan sahajalah tahu betapa boringnya saya ketika zaman remaja saya itu. saya penuhin zaman remaja saya dengan membaca, tidak seperti remaja sekarang yang dipenuhi gajet-gejet, he he he. 

Pembacaan seorang awam berbeza dengan pembacaan seorang siswazah universiti. Pendapat seorang awam juga berbeza dengan pendapat ahli atau seorang pakar bidang. Pembacaan dan pengetahuan siswazah adalah lebih seimbang. Macam mana yea saya mahu menerangkan konsep seimbang ini?

Saya cuba. Di sekolah kita banyak belajar mengenai asas subjek contohnya, ekonomi, sains, sejarah, ilmu hisap atau sastera. Tetapi di universiti kita akan belajar dengan lebih terperinci, meluas dan terkini. Saya tidak tahu mengenai cabang bidang lain. Maka saya cuba membawa pembaca blog saya kepada pengalaman saya. Manalah tahu boleh dijadikan rujukan kepada pihak yang mahu belajar ekonomi. Tidak kiralah anak kita ke atau sesiapa sahaja.

Di universiti saya belajar subjek mikroekonomi dan makroekonomi dengan lebih mendalam. Saya juga didedahkan dengan meluas dengan pelbagai cabang ilmu ekonomi yang lain. Saya belajar bukan sahaja teori-teori ekonomi, malah sejarah ekonomi  juga. Saya diajar dengan ekonomi pembangunan, sama ada di negara maju atau membangun. Saya juga belajar ekonomi antarabangsa, kewangan negara, wang dan bank (sekadar menyebut bebarpa nama subjek). Begitu juga tentang pentadbiran perniagaan bersama subjek-subjek ekonomi yang lain kerana ianya berkaitan dengan ekonomi.

Dalam masa empat tahun, dan tambah pula master selama dua tahun, saya banyak diajar mengenai bidang ekonomi yang saya rasa amat sukar tersebut (sebab saya bukannya jenis pandai, he he.). Ia meliputi banyak bidang yang disampingkan supaya pengetahuan mahasiswa itu adalah seimbang apabila membicarakan hal ekonomi. Supaya mereka akan mengemukakan pendapat setelah membuat pertimbangan yang saksama berdasarkan ilmu yang terkumpul...Haaa.

Orang awan pula membaca buku-buku yang mereka suka sahaha. Dan ini membawa mereka mengeluarkan pendapat yang tidak tepat, tidak seimbang, ada kepentingan dan beremosi.

Pun begitu saya tidaklah pula boleh mendabik dada mengaku bahawa pendapat saya atau saranan saya 100% betul dan tepat sebab ilmu ekonomi amat luas. Seperti juga cabang ilmu lain sebenarnya. dalam memberi jawapan saya tidak memaksa-maksa pendengar menerima jawapan saya. saya lebih suka memberi ilmu pengetahuan.

Apa yang pasti ilmu ekonomi saya masih sedikit, dan saya jauh ketinggalan dalam bidang lain contohnya agama dan teknologi maklumat. Sebab itulah apabila mereka buka mulut terus saya tadah telinga mencari ilmu mereka. Selain itu terdapat banyak buku yang kita boleh baca dan rujuk jika kita benar-benar mahu belajar. 



Buku-buku lain? Sejujurnya saya tidaklah merasa selesa dengan pembacaan buku-buku ekonomi kerana ia memenatkan minda saya. Saya lebih gembira membaca buku yang agak ringan dan mengembirakan jiwa. Sebab itulah saya berharap sangat 24 jam saya berlalu dengan perlahan supaya saya ada banyak masa untuk membaca buku di luar bidang saya. Saya percaya kita mesti membaca buku dari banyak bidang untuk membantu kita membuat keputusan dalam menjalani hidup yang terbaik. Kalu kita memfokuskan kepada satu bidang sahaja ia membawa kesan yang buruk. Contohnya jika kita asyik membaca buku atau novel berunsur cinta yang lucah tentu kita akan jadi stim memanjang sebab selalu memikirkannya. Mungkin akan sakit jiwa atau gila seks sekaligus, he he he. (saya tak cakap pula saya tak pernah baca buku sebegitu, he he he).

Kesimpulannya keseimbangan pembacaan seseorang hanya berlaku dalam bidang mereka sahaja dan dalam kes saya ia mungkin berlaku dalam bidang ekonomi sahaja. Maka tidak salahlah jika ada orang bertanya mengenai hal ekonomi kepada saya. Namun sekali lagi saya ingi ulangi bukan semua soalan ekonomi saya boleh selesaikannya, ilmu ekonomi bertambah setiap saat.

Saya mungkin hanya boleh memberi pendapat dan jawapan secara lebih seimbang dan teratur. Contohnya mengenai isu hutang negara. Ramai orang mengecam kerajaan berhutang. Malah fenomena ini berlaku di hampir ke semua buah negara yang membangun. Hutang memanglah tidak baik kalau tidak terkawal termasuk hutang isirumah kita juga, he he he. Tetapi kepada orang yang mempelajari ekonomi secara teratur dan dengan seimbang mereka tidak `takes side' kerana mereka tahu berhutang untuk pembangunan negara itu lebih banyak baik berbanding buruknya.

Akhir kata, saya tidaklah pula bermaksud untuk melahirkan pendapat dan idea yang baik kita mesti masuk universiti. Cuma apa yang saya nak terangkan kepentingan belajar secara formal, seimbang dan teratur adalah membentuk kita kepada keseimbangan subjek atau bidang yang mahu kita perkatakan.  Maksud saya ilmu pengetahuan kebanyakannya datang dari pembacaan yang teratur dan seimbang sama ada dalam bidang agama, geografi, kedaktoran dan sebagainya.

Dan sebenarnya bukan berapa jumlah buku yang penting kita baca. Yang penting ialah sejauhmana kita dapat menggunakan pengetahuan daripada buku-buku tersebut untuk menanfaatkan diri, keluarga dan masyarakat. Haaa...

Jan: i wish i have more time to read. i do love books...

4 comments:

Nong Andy said...

Fuh.... saya telah baca sampai habis.. dan srbenarnya microeconomi saya masa diploma memang cukup makan hahahaha..

Saya rasa belajar ekonomi best sebenarnya

sukiman said...

Nong, saya menulis posting ini pada pukul 3 pagi sebab tidak mengantuk.

Saya tergolek di atas katil sambil menulisnya di atas kertas A4. Saya berjaya siapkan pada pukul 3.26 pagi.

Idea lancar jea bila di sepertiga pagi... Ianya sedikit panjang, he he he.

Mungkin Nong mempunyai pensyarah yang bagus, he he he.





azr said...

mmg btl tu... kdg2 org tak blja ekon scra mndlm ingt mntdbir ekon negra sma mcm mentadbir ekon kluarga... kdg2 ekon kluarga pun tunggang langgang tp sbuk nk suh kjaan buat mcm die buat... kdg2 pndpt diorg ni bole buat kite gelak..hehehe.

Nong Andy said...

Encik pensyarah,

Sebenarnya cukup makan saja. C sebenarnya hahahahahaha...

Jam 3 pagi tulis kat A4. Wah.. itu memang byk idea tu..

.