"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, June 7, 2013

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


Kasih sayang yang paling tulus pernah tumbuh sesama manusia di atas mukabomi ini adalah dari ibubapa kita. Kasih sayang mereka tulus dan suci. Ibubapa kita adalah harta kita, tiket untuk kita ke sebelah sana. Jika kita tidak membeli tiket yang mahal maka duduklah kita di atas rumput di sebelah sana. Kalau kita beli tiket yang mahal kita boleh duduk kat grand stand gitu di sebelah sana...

Walaupun saya sudah tua dan kehandsuman kian luntur tetapi kasih sayang saya kepada ibubapa masih muda. Masih seperti kasih sayang kanak-kanak kepada ibubapanya. Ini mungkin bertambah jadi kerana dalam kehidupan saya, tiada sesiapa lagi orang lain yang saya sayang. Kalau saya sayangi orang di luar keluarga saya, ia akan berakhir dengan kebinasaan kebahagian saya jiwa raga saya. Adanya. Dan setiap kali saya mahu bangkit kembali dari kehancuran itu, hanya allah yang tahu.

(Tetapi posting ini adalah mengenai ibubapa kita, bukannya pasal kehancuran kebahagian saya yang berepisod banyak, sebanyak episod drama sintron Indonesia. Haaa.)




Ibubapa kita bukannya maksung, mereka ada buat silap. Mereka adalah manusia biasa di mana dalam membuat pertimbangan. Mereka macam kita juga yang ada membuat silap. Sama ada kecil atau besar, atau terlalu besar.

Tetapi dalam banyak hal kita tetap terhutang budi dan wajib berterima kasih. Malah dalam dunia yang semakin mencabar dan berubah ini, mereka semakin kompleks membuat perhitungan yang terbaik bagi diri kita.

Kita terhutang budi kerana kita tidak menjadi pencuri, pelacur kelas bawahan (dan kelas-kelas lain juga), pembunuh upahan (atau saja-saja jea membunuh tanpa upah), perompak, penipu duit bank, kasanova dan sejenayah sewaktu dengannya.

Kita berterima kasih kerana kita menjadi cikgu, nelayan, penari kebudayaan, pemain bola sepak, nelayan, petani, juru ukur bangunan, jurutera, askar, ahli politik, orang gaji, doktor, tukan kebun dan seangkatan kerja dengannya.

Bukan kereta kita yang patut kita paling sayang, bukan rumah kita, bukan almari jati, bukan baju mahal, bukan intan berliang, bukan saham di bank atau kerja kita...bukan, bukan dan bukan.

Jan: Bukang...!

No comments: