Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, November 27, 2012

Pulau memulau...

Saya pernah kena pulau semasa saya belajar di sekolah menengah dahulu. Tetapi pemulauan itu tidak lama kerana amat sukar menolak kehadiran saya di mana-mana sahaja. Saya ramai kawan, kalau segolongan tidak mahu berkawan dengan saya, saya ada ramai lagi kawan. Dan sebenarnya jika ada yang tak mahu berkawan dengan saya, 10 kali lagilah saya tidak mahu berkawan dengan mereka. Saya bukan berlagak sombong tetapi begitulah sebaikanya.

Dan mungkin ada juga pemulauan lain yang dilakukan kepada saya, yang saya tak sedari. He he.

Namun dalam berkawan, apabila dipulaukan kita akan terasa, rasa terkilan. Apa tah lagi jika kita sebenarnya tak tahu pun hujung pangkal sebab pemulauan tersebut terjadi. seorang kawan memberitahu dia dipulaukan. Saya menasihati supaya dia bersabar.

Saya ingat lagi pesan saya padanya yang pada akhirnya nanti orang yang benar selalu akan timbul kebenaran kerana pembohangan tidak selalu dapat ditutup. Saya beritahu juga orang yang paling sederhana adalah orang yang akan diingati. Bukannya kerana kelebihan banyak yang mereka ada.

Saya tidak nafi kuasa baik seseorang kawan yang seolah memberi tenaga untuk kita pulihkan kita, namun dalam pada masa yang sama memang ramai orang di sekeliling kita mementingkan diri, termasuklah kita.

Jan: Saya merenung diri....

4 comments:

Adie Achim said...

Tanpa sedar mungkin saya boleh tergolong dalam talam dua muka. Sebabnya ketika pemulauan berlaku saya sentiasa berada di kedua pihak. Biasanya akan berlaku perasaan tidak puas hati apabila kawan kita cakap 'napa ko masih kawan dengan dia'. Saya empati sebenarnya. Dan untuk menjaga hati kedua belah pihak saya terpaksa berbaik-baik sehingga menjurus kepada talam dua muka.

p.s: Baru saya sedar hal ini

Jankaulu said...

ya betul, saya juga pernah tersepit sebegini...\

Unknown said...

Saya mmg selalu hampir dengan talam dua muka dan sering kena pulau. Jadi dalam hati saya bersabar lah.. Sekolah xlama lagi nak habis. Lepas spm. Xnak jumpa pun xmengapa

Jankaulu said...

Idzwan,

apabila masa berlalu kita akan tahu siapa kawan benar kita. Dan siapa yang kita sebenarnya tidak perlu berkawan. selamat berspm.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home