Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 14, 2012

Tolong jangan komen hidup orang, hidup awak pun aneh dari pandangan hidup orang yang awak komen! Haaa...


Asalamualaikum, salam sejahtera untuk para pembaca setia Abang Jan yang disayangi. Semuga seperti biasa berada di dalam keadaan sihat walafiat, sejahtera seia sekata bersama keluarga tersayang dan apa-apa yang disayangi oleh pembaca blog Abang Jan ini.  

Kali ini Abang Jan mahu mengupas pasal komen orang. Oh terlebih dahulu Abang Jan minta maaf kalau terkadang Abang Jan akan membahasakan diri Abang Jan sebagai `saya'. Entah kenapa Abang Jan lebih selesa menggunakan kata pangilang pertama Abang Jan sebagai `saya', bukan nya `aku', `i' atau `hamba'. Pun begitu bukanlah Abang Jan tidak pernah menggunakan perkataan `aku'. Abang Jan guna juga perkataan `aku' bila bercakap dengan kawan baik dan juga bila urusan agama (berinteraksi dengan tuhan). Atau bila Abang Jan terlalu marah, contohnya " Sanggup kau buat aku macam ni!" dengan sura yang kuat, kasar dan tak bertamadun.

Kita kembali kepada tajuk posting. Memang kalau kita tak menerima komen orang, kita tak akan membangun sebab komen orang adalah panduan untuk kita berubah. Jadikan panduan pembangunan diri. Tapi tengok jenis komen pula lah kan. Janganlah komen tahap tenuk macam kita ni serba maknika sempurna.

Orang kata cakap siang pandang-pandang, rindu malam sms-sms (bagi yang tak berkahwinlah, bagi yang dah berkahwin sila tatap la muka pasangan masing-masing kerana dulu janji nak mati bersama, jangan buat lakonan nak ke bilik air konon tapi sms kekasih gelapnya, haaa). Atau kadang-kadang duduk dalam kereta lama-lama...tapi sms bini orang! Haaa...tak kan tak pernah dengar kes gini...

Tetapi ini bukan pasal suami yang miang tipu isteri yang kat handpon tulis nama Jamil padahal nama sebenar Jamilah, Zahar padahal Zahariah, atau Sukiman padahal Sakinah, haaa. Dia ingat bini dia tak tahu, hu hu hu... Perempuan ni otak dia ada satu sel khas anugerah tuhan dapat hidu suaminya makan luar (kata kawan Abang Jan la, dan Abang Jan tidak pernah uji sebab Abang Jan masih solo).

Dan posting ini juga bukanlah pasal Abang Jan nak serang orang berumahtangga atau dengki mereka ada bini, Abang Jan tidak ada. Tidak, tidak dan tidak. Cuma kalau dah ada bini buat la cara ada bini, he he he. Dan bukan saya nak mencara hal rumahtangga orang sebab saya tak ada kerja lain nak buat. Bukan, bukan dan bukan.

Ia cerita FB. Abang Jan berpendapat komunikasi dalam FB sama-samalah kita kawal. Nak komen pun biarlah bertempat dan berpada. Ceritanya ringkas. Seorang perempuan ditegur secara memalukan kerana dah lama kahwin tetapi tidak beranak pinak. Kalau gurau Abang Jan katogerikan gurauan tahap melampau. Pengomen tu pulak bangga sebab dia dah ada 7 orang anak (termasuk dalam perut 8!). Lalu perempuan yang tidak ada anak tu apa lagi semburlah dan basuhlah kepada pengomen tersebut (mungkin dia bertindak begitu kerana malu dia tak ada anak, entah)...

Abang Jan bersimpati kepada yang tak ada anak bukan sebab dia tidak ada anak (itu hal hidup dia) tetapi simpati sebab ada juga yang komen negatif hanya semata kerana dia tak ada anak. Dalam pada masa yang sama Abang Jan juga bersimpati kepada  kilang anak tersebut sebab disembur begitu...(bukan simpati kerana dia jadi kilang anak, sebab itu hal hidup dia, kalau dia nak beranak setiap kali kabinet negara nak bentang belanjawan pun, Abang Jan tak kisah gitu).

Bagi Abang Jan, kita tidak tahu bila kita mati, dan begitu jugalah kita tidak tahu bila kita dapat anak. Jika kita sihat, isteri sihat tak semestinya kita dapat melahirkan anak walaupun giat buat seks pelbagai posisi seolah esok tiada lagi. 

Tidak semestinya hidup orang lain macam kita. Huh! Ada juga jenis orang Melayu memang memalukan, fikiran tahap tenuk. Tenuk pun ada FB?

Abang Jan pun pun selalu dimalukan di tempat awan, pada hari raya wahima kat surau pun (sedih pulak rasa). Tetapi sekarang Abang Jan biarkan sahaja, sebab suatu hari nanti bila anak dia jadi bohsia, Abang Jan percaya dia akan kol atau sms meminta nasihat saya dari Abang Jan dan berkata " baik kau Mang tak ada anak Mang, aku malu sangat, ada anak, anak hantu!"

Dan pada masa itu Abang Jan akan berkata dialog seperti drama swasta kita iaitu " Bersabarlah..dugaan tuhan.". Abang Jan tak akan hentam balik sebab Abang Jan rasa itu mungkin sudah pembalasan sebab mengecop kemaluan Abang Jan berkarat 25 tahun lalu (kira kejadian akan berlaku pada 10 tahun akan datang, 10 hingga 15 kot). Ingat setiap pembalasan sezarah pun tuhan akan balas.

Dan pada masa itu Abang Jan mungkin sedang berada di Paris, bercuti sambil membeli belah (boleh lihat gambar menyohol dalam FB abang Jan nanti, he he he) untuk habiaskan duit KWSP, mungkin saya singgah ke tanah suci buat umrah ala baliknya (dalam perjalanan balik ke tanah air)...

Moralnya kita tak tahu apa yang akan terjadi, semuanya rahsia dan misteri tuhan, juga muslihat?. Sedap sangat mulut kita mengata kekurangan orang dari sudut pemikiran kita. Sebenarnya buruk/kurang hanya pada penilaian otak kita, kekurangan hanya pada penilaian otak kita yang dangkal jauh dari sempurna.

Abang Jan: Jangan mengomen orang terlampau ikut sedap mulut kecuali dia benar-benar jahanam dan puaka! He he he. Oh kejam...

3 comments:

Anonymous said...

saya paling tak suka org tanya pasal anak. walaupun saya dah ada anak, tapi kalau kawan2 yg dah berkawin tapi belum ada rezeki, ditnya terang2 kat FB, saya rasa melampau. Pernah juga saya backing seorang kawan yg diserang oleh ibu yg fikir kawan saya ni takmo beranak psl takut badan tak cantik, saya kata aje "eh ko ni salah saluran ni. ko takleh tanya dia ngapa dia tak beranak lagi. ko gi la tanya Allah, allah yg kasi rezeki, allah pun kasi ko anak. Ko tanya la allah. kawan aku ni segan nak tanya Allah sendiri. Ko gi tlg tanyakan kat allah utk pihak kawna aku ni, ngapa dia tak dapat2 anak lagi, boleh ye minta tlg". baru tahu senyap.

Jankaulu said...

ya betul kita tak tahu skrip hidup orang lain, kita tak tahu...

sya ada kenal pensyarah yg lama kawin tapi tak ada anak. Dia selalu kena perli sebab tak berusaha dan dituduh petingkan kerjaya.

Tapi saya tahu dia selalu berusaha dgm macam cara hingga ke Manila berubat.

Mereka tak sakit, cuma mereka tentulah sakit jiwa kalau orang selalu perli...

nak tutup mulut orang susah...

Nong Andy said...

berbisa juga n3 kali ini :)

tapi memang benar belaka..

* er.. aku selalu ber'aku' sebab dah terbiasa. bahasa ibuda susah nak buang...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home