Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, June 12, 2012

Sudah minggu ke tiga, harapan saya...

Dalam satu semester hanya ada 14 minggu. Dan minggu ini adalah minggu ke 3!. Wow pantasnya masa berlari. Larian pecut kot. 

Dalam minggu ketiga ini saya berharap para pelajar sudah miliki buku teks dan buku-buku rujukan lain. Kalau belajar hanya merujuk satu buku teks sahaja, tidak bagus. Namun saya tidak pula memaksa mereka membelinya. Kalau paksa kena pula pastikan adakah mereka semua sudah membelinya. Dan kalau mereka tidak membelinya kena denda ke? Haa... Saya kena fikir ke tu? Huh!

Saya bukan seorang penguatkuasa,  tetapi seorang tenaga pengajar. Sebenarnya cara saya berhadapan dengfan pelajar banyak dipengaruhi oleh cara para pensyarah saya sewaktu di Universiti Malaya. Mereka tidak ada banyak masa untuk perkara remeh dan tidak matang. Mereka percayakan kepada kematangan pelajar.

" Awak kena dapatkan buku ni, dan juga sumber dari internet. Ada belambak. Kena rajin la cari..." Saya leter dalam usaha cuba huraikan antara jalan untuk mencari ilmu pengetahuan. selain melopong tengok persembahan saya.

" Jangan setakat ingat apa yang saya ajar, kalau awak hafal semua slide saya, saya bagi paling pun bagus `C' sahaja. Haaa...awak kena tunjukan kepada saya dalam jawapan awak nanti yang awak memang buat kajian lain. Ada ilmu" Saya tambah lagi, he he he. Macam nada ugutan pun ada.

Tetapi saya memang anti kalau pelajar guna contoh yang saya beri. Seolah tidak ada cotoh lain lagi atas muka bomi ini. Padahal berlambak lagi contoh lain. Saya juga tidak suka pelajar selalu ada pemikiran macam saya. Saya mahu pelbagaian dalam pemikiran dan lihat dari banyak segi. Sesuatu yang baru. 

Pelajar muda mesti ada idea yang baru dan segar. Dan mesti la betul.




Jan: Saya suka para pelajar ada pandangannya sendiri, maksud saya pandangan yang betul, lahir dari ilmu dari mengkaji dan berfikir... Bukan berangan memanjang...

1 comment:

Nong Andy said...

yang berangan memanjang itu adalah saya hehehe

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home