"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, June 26, 2012

Lukisan-lukisan di rumah kakak

Salam ceria untuk pembaca blog jankaulu. Kali ini sekali lagi saya akan bawa kalian ke rumah kakak saya. Kalau tidak silap saya pernah bawa para pembaca blog ke rumahnya untuk melihat kolam dan dapurnya. Haaa, kali ini kita menikmati lukisan-lukisannya pulak. Menikmati? Yup!

Mungkin ada yang minat dengan lukisan-lukisan. Yang tak minat tu, duduk diam-diam dan boleh baca juga, he.


Tajuk Lukisan 1: Mawar Sepi Silam

Lukisan pertama ini saya namakan `Mawar Sepi Silam". Sengaja saya memandai menamakannya di belakang kakak saya sedemikian rupa sebab mawar ni berwarna hitam. Warna hitam lambang kesuraman, ditinggalkan dan kelainan. Dan ada sekuntum jea mawar tersebut mewakili simbolisme kesunyian, kesepian dan kepiluan...haaa...(pulak dah). 

Kalau saya nak kupas makna di sebalik lukisan ini nescaya kupasannya berpanjangan seperti kisah kasih saya yang tak kesampaian, (dan boleh buat sebuah buku). Namun saya kupas pendek sahaja sebab ada banyak lukisan lain lagi nak dikupas. Haaa.



Besar juga saiz lukisan ini. Cuba bandingkan dengan saiz anak saudara saya (yang berdiri itu). Kelihatan juga yang tergolek (disepak oleh abangnya) itu adalah Amar. Anak saudara saya yang manja kededek (sangat manja) itu bernama Amar, Abangnya yang tinggi macam galah namanya Azlan. 

Mereka hanya ada dua beradik sahaja. Dan permainan yang dipilih ada ala-ala dari game kat komputer mereka.


Lukisan tersebut tidak disangkut di dinding tetapi disandarkan begitu sahaja di atas sepapan kayu yang panjang. Namun kesannya besar, nampak prezentable je (betul ke ejaan ni).



Tajuk Lukisan 2: Wahai jiranku tolong hantarkan barang yang dipinjam

Tajuk lukisan 2 ini agak panjang tetapi bertepatan dengan kekalutan warna dan perasaan yang ingin disampaikan oleh pelukisnya. Mungkin pelukisnya teringatkan tupperwarenya yang masih tidak dipulangkan oleh jiran/kawan semasa melukis lukisan ini.


Lukisan ini bentuk memanjang dan digantung di sebelah ruang tamu. Kelihatan juga pada gambar di atas `model' di sebelahnya mengayakan muka tidak puashati. Mungkin kerana barang yang dipinjam tidak dihantar balik. Isu jiran pinjam barang tak hantar balik ini sudah bersifat universal iaitu berlaku di seluruh dunia dalam pelbagai bangsa dan agama. Elok rasanya diadakan suatu persidangan di peringkat dunia untuk mencari penyelesaian, agar tidak berpanjangan dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Kelihatan dalam gambar di atas lampu syiling dihalakan kepada almari dan lukisan. Bolehlah jiran tengok dengan terang sikit. Keadaan ruang tamu ini nampak kosong apabila tiada lukisan. Bila sahaja dibubuh lukisan, impaknya ternyata dramatik dan kadang-kala amat menyeramkan bagi peminat filem seram.


Tajuk lukisan 3: Mata Hantu

Kalau dilihat betul-betul lukisan tersebut (di atas), nampak macam mata. Sebab itulah saya memandai menamakannya dengan `mata hantu'. Kalau tidak perati tidak perasan.

Lukisan inilah yang buat saya tak lena tidor malam di rumah kakak saya, atau cepat-cepat berlari bila melintasi lukisan ini. Mungkin misteri lukisan ini ada 1001 misteri yang tidak perlu kita ungkaikan kerana kita banyak lagi kerja lain yang nak dibuat.

Kelihatan juga anak saudara saya yang separuh bogel (hanya berseluar) memegang kertas majung seolah jurutera memegang plan bangunan. Persis jurutera muda (yang tak bayar duit PTPTN dan giat melawan kerajaan Malaysia).


Lukisan ini diletakan begitu saja (disandarkan) antara palang pintu tingkap. Terletak juga sebuah kerusi kulit dan karpet  putih krem jenis berbulu panjang (saya suka). Dan di belakangnya ada almari manakala di hadapannya ada meja yang dihias dengan barang antik (tak nampak dalam gambar ini). Nampak simple sahaja kehadiran sebuah kerusi tersebut. Tapi impak besar.

Yalah kan tidak semestinya kalau beli kerusi kena satu set sekaligus gitu. Nanti nampak kerauded (berserabut/penuh). Rumah kena nampak kemas dan simple sahaja sebab kalau banyak barang malas nak berkemas kot, he he he. Namun baik begini daripada banyak barang sehingga nak hulur kaki pun tak boleh. Haaa...

Tajuk lukisan 4:2D

Lukisan ini saya namakan 2D sebagai simbol `Dua Duyung'. Lukisan ini jelas menunjukan dua duyung sedang bertengek di atas batu. Mungkin kawan baik, atau adik beradik. Lukisan ini juga ada unsur menyeramkan...

Namun warna lukisan ini bukan kebiruan tetapi kekokoan (kecoklatan), melambangkan kemodenan dan kelaianan. Lukisan ini sebenarnya berada di luar rumah di dinding ruang yang menghala ke kolam.

 Lukisan ini juga di simbah cahaya, supaya impaknya menyeramkan (bergantung kepada individu, mungkin ada yang tak seram pun)

 Diletak pulak kesan khas iaitu batu (mungkin sisa batu dari dalam gambar?). Dan ada sepiring buah yang tidak boleh dimakan.

Saya tidak pernah menanyakan berapa RM harga sesebuah lukisan di rumah kakak saya ini. Namun saya percaya ia akan memakan separuh daripada gaji saya jika mahu membelinya. Tentu ribu riban jumlahnya. 

 Buah apa yea?

Buat garu belakang badan best!

Tajuk lukisan 5: Biru sel saraf otak jiran sebelah

Lukisan 5 ini juga tidak digantung tetapi disandarkan sahaja di atas kabinet putih. Kelihatan juga objek-objek yang ganjil diletakan di atas kabinet tersebut. Lukisan ini menghadap ruang makan yang menghadap kolam yang keseluruhan dinding menghala ke kolam adalah kaca perappadu (solid glass).

Lukisan 5 ini mengisahkan gelagat jiran sebelah yang mengintai dari langsir (atau buat-buat siram pokok bunga) apabila melihat lori menghantar perabut ke rumah sebelahnya. Dan terus otak jiran tersebut mahu memiliki barang seperti jirannya. Kompleks kan? Haaa sebab itulah lukisan tersebut mengambarkan sel otak yang berselirat birunya. Haaa.

Sebenarnya tidak perlulah kita obses dengan meniru jiran kita sebab kita tidak sama. Contohnya bini/laki dia cantik/handsum. Bini/laki kita? Haaa. Gaji bini/laki jiran besar, gaji bini/laki kita? Haaa...

Semua benda janganlah nak disamakan, kalau gitu mana identitinya? Tak kanlah sampai alas kaki nak masuk rumah pun kita wajib/harus sama dengan jiran sebelah. Kalau sama segala, sila la jumpa doktor. Manalah tau kot-kot kita berpeluang jadi pesakit jiwa? Haaa...

Sekian sahaja ulasan saya kali ini. Ada lagi lukisan kecil dan aneh di rumah kakak saya ini tetapi buat masa ini saya hanya paparkan/pengkisahan tentang lukisan yang besar-besar sahaja.

Jan: Terlukis rindu di kanvas hati, rindu yang membuatku menjadi LMTT...oh... (LMTT = Lelaki Melayu Terlara Terakhir)

2 comments:

Nong Andy said...

ah.. cantik sungguh lukisan2 itu. macam galari lukisan pun ada.

buah yg pelik...

sukiman said...

Nong,

saya juga berniat nak beli lukisan yang murah-murah... tapi tak tahu nak gantung kat mana...

buah tu macam buah pokok pain, tapi bukan pain apple

.