"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, June 29, 2012

Perempuan gemuk tidak menarik?

Kegemukan akan menghilangkan bukan sahaja kejelitaan seseorang perempuan malah lebih bahaya daripada itu ia juga boleh mencambahkan rasa bimbang di hati nurani akan ketrampilan dirinya di khalayak ramai.


Malah ada yang berani mengatakan tidak kira sama ada kita perempuan atau lelaki, kegemukan akan merampas masa depan kita yang sepatuknya licin dan ceria. Dan ada juga doktor menyatakan kegemukan akan memendekan bukan sahaja jangkahayat (umur) kita tetapi klimaks seks kita. Saya tidak tahulah sejauh mana benarnya pernyataan doktor tersebut, walaupun saya gemuk, saya masih suci.


Namun saya agak setuju dengan pernyataan-peryataan tersebut berdasarkan satu kejadian peribadi. Dahulu bila saya berjumpa dengan rakan sekelas (yang sudah lama tidak berjumpa, saya terkejut)... dia berkelakuan aneh. Saya pula hampir tidak mengenalinya sebab dia seolah sedang bersiap sedia untuk satu pertandingan... (pertandingan gusti sumo).


Aneh perangainya kerana dia seolah tidak ramah. |Dulu di U dia juara ketawa sampai seblok boleh dengar (blok perempuan di sebelahan blok lelaki). Dan dia juga cuba melarikan diri daripada kelompok kami dan mahu cepat pulang. Sekarang barulah saya faham akan perasaan beratus juta orang di planet bumi ini yang rasa ngeri apabila dengar ada majlis reunion. Mereka malu.  

Dan sekarang barulah saya faham mengapa industri pelangsingan badan melibatkan aliran wang sejumlah ratusan bilion setahun. Ramai perempuan mahu kurus (mahu kurus dan dalam masa yang sama mahu makan banyak, he he he)

Maaf cakaplah, segala kejelitaan dia semasa di sekolah seolah diragut oleh ahli sihir tua (yang datang bersama burung geruda sambil pegang tongkat sakti). Namun tidaklah pula saya kata orang gemuk tidak menarik. Malah ada bangsa-bangsa di dunia mensukai perempuan yang gemuk, malah mereka menghormati golongan ini lebih dari perempuan kurus.

Ada perempuan gemuk yang cantik, contohnya...emmm contohnya... Payah jugak nak cari contohnya... he he he. Tapi tentu ada tu, cuma saya tidak kenal kot (alasan la ni)...


Gambar 1

Gambar 2

Kedua-dua gambar tersebut di atas adalah Gwyneth Paltrow, antara  selebirity barat yang saya suka tengok. Gambarnya semasa gemuk (gambar di atas sekali, gambar 1) bukan sahaja menghilangkan rupa jelita dia tetapi juga mengundang kesian di hati saya (padahal buat apa kesian?, kesianlah pada diri sendiri). 

Gambar gemuk tersebut saya ambik semasa dia berlakon menjadi gemuk dalam filem Shallow Hall. Bila gemuk pakwe tiada...hidup sunyi... Bagus juga cerita ini sebab ada moral mengenainya iaitu jangan lihat luaran seseorang tetapi kalau nak rasa penampar cuba la berani melihat dalamannya, haaa. He he he. (Sebenarnya moral dia lain, sengaja saya buat mengada. Tak kanlah saya selalu nak menulis dengan nada sedih memanjang sebab semua pembaca blog ini pun sudah tahu kisah cinta saya yang tragis, bagaimana saya kena kencing, kena hina seolah saya tak berjasa).

Ya, kata anak saudara saya yang kurus kering (semasa kami di Megamoll), dia akan rasa kesian setiapkali melihat orang gemuk. Alhamdulilahlah dia ada rasa begitu, jangan rasa nak tergelak sudah! Nanti sekelip mata kita boleh jadi gemuk...bila kita mengata orang, lambat laun tuhan balas kat kita (kata ustad Othman).

Apa-apa pun, saya sangat yakin dan percaya, lelaki juga begitu. Maksud saya kalau lelaki gemuk ia sesuatu yang tidak menarik juga. Orang yang gemuk juga harus berusaha untuk nampak kemas dan menarik tidak mengira jantina.

Namun kawan saya beritahu pula orang gemuk cepat nampak selekeh kalau tidak mengemaskan diri. Saya tak tahulah apa maksud dia. Mungkin kalau kurus tetapi selekeh lebih menarik daripada gemuk tetapi selekeh?. Entahlah.

Gemuk pun ada positifnya, selain melakukan jualan penimbang berat di pasaran, ia juga menjana ekonomi  negara dengan lahirnya banyak kedai khas untuk menjual pakaian bersaiz XXXL. Silap haribulan, orang gemuk tampil lebih bergaya daripada orang yang kurus. Maka saya rasa tidak semestinya bila kita gemuk kita tidak menarik...(pulak dah). Bukan sebab saya gemuk saya berkata begitu, tetapi kadang-kadang bila saya lihat cermin saya nampak diri saya menarik juga, handsum juga...(kelakar, perasan he he he).

Namun kalau kurus tetapi boroi lagi nampak aneh. Sebab itulah saya cuba tambahkan berat badan sebab perut saya sudah makin boroi (alasan ni, he he he).

Jan: dulu pernah juga kurus dan menarik...disayangi...dikasihi. Kini? 

4 comments:

LilYLiZ@ said...

huhu...saya kena turunkan berat badan ni

sukiman said...

Lilyliza,

Awak memang sudah sedia cantik, kulit putih dan sopan.Dan nanti bila kurus mesti menawan pulak dah. Tapi jangan kurus sangat nanti orang kata kita menderita.

Saya ni gemuk... pun menderita...he he he.

Xora said...

lagi satu, org berisi (pakai istilah lembut sikit hehe) sensitif kalau ada org kurus yang kata "aku dah gemok sekarang", nnt mereka yg berisi ni akan terlintas "kalau ko gemok, aku ni apa? badak berendam??" so kalau org kurus, tapi belum capai BMI yg sepatutnya, cakap la, aku tak gemok, cuma belum fit lagi"

Nong Andy said...

a... bila dulu muda-muda kurus dan langsing.. rasa sungguh hilang compiden diri bila dah mula meningat usia ni berat asik naik x nak turun!!

.