"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, June 12, 2012

Senang ke kerja mengajar?

Siapa kata mengajar adalah suatu pekerjaan yang mudah? Suatu pekerjaan yang tidak mencabar. Saya sangat percaya setinggi mana ilmu seseorang itu, bukan suatu kepastian dia boleh mengajar ilmu yang dia miliki dengan baik, bijak dan ada pesona bintang. Haa...

" Awak tak apalah Man, kerja mudah gaji mahal. Kami ni kerja payah gaji kecil. Tak glamour. Betul tak? " Kata kawan saya yang berbau ayam, dia ternak ayam. Kami jumpa kat kedai masa saya balik kampung. Saya berbau avon (wild country).

" Eh tak begitu... aku pun susah jugak. Mung ingat kerja mengajar ni senang? Mana ada kerja senang?" Saya pula bertanya. Bertalu.

Kawan-kawan saya selalu membayangkan kerja saya adalah senang tetapi bergaji tuinggi. Secara peribadi saya tidaklah kata kerja saya sukar tetapi bukanlah pula suatu kerja yang senang untuk memberi inspirasi ke dalam jiwa orang, menarik minat dan kecintaan. Nak pastikan pelajar melekat kat kita selama 2 jam!

Rasa tidak cukup ilmu, rasa tidak diberi perhatian dan rasa tercabar selalu ada pada diri saya bila berhadapan dan ada di hadapan kelas. 


Kadang-kadang saya rasa gagal dan kadang-kadang saya rasa berjaya sangat. Kadang-kadang saya rasa puas, dan vice versa. 

Saya ada dengar pelajar masa kini menggunakan internate di kalangan mereka untuk melahirkan perasaan tidak puashati terhadap pensyarah mereka. Dulu kita mengumpat kat hostel jea tetapi mereka sekarang mengumpat secara lebih terorganise, dalam internet, dalam blog dan FB. Siap dengan beri nama yang tidak baik lagi di belakang pensyarah/guru. 

Maka saya ingin bertanya, glamour kah kerja ini? Tentu kita malu jika kita tahu dii nternate para pelajar boring, mengutuk dan menyampah kita dan gaya pengajaran kita di kelas.

Dan kita pula tidak buat apa-apa. Berpuluh tahun mengajar dok gitu jea. Tiada pembaharuan sedangkan generasi sekarang sudah sangat berbeza. Mereka bukan macam kita masa kita jadi pelajar dulu...

Jan: Pun begitu, apa-apa pun saya suka mengajar daripada diajar. Tetapi saya suka diurus daripada mengurus...(pulak dah)


2 comments:

Nong Andy said...

saya pernah di suruh mengajar tuisyen oleh jiran saya. ala ajar anak dia pada hujung minggu.. sudahnya aku angkat bendera putih. gila! aku rasa macam nak gila mengajar budak itu.. hahaha. bukan senang nak mengajar org tapi boleh kontrol emosi.. haha. jadi aku memang x di takdirkan menjadi pengajar hehehe..

sukiman said...

mungkin takdir saya mengajar...he he he.

tapi saya pun tak reti sangat mengajar ni...

.