Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, February 24, 2011

2 jenis jiran...

Jiran adalah `keluarga' terdekat kita. Maksud saya pertolongan mereka mendahului sanak saudara kita pada waktu menghadapi kecemasan. Namun jiran juga boleh menjadi musuh terdekat dan terketat kita... he he he.

Di kalangan anak-anak saudara, saya dikenali sebagai seorang yang tidak suka berjiran/bergaul. Sebenarnya saya tidak menentang konsep kejiranan cuma daripada pengalaman saya ianya tidak selalunya berjalan dengan lancar, riang dan betul.
Agama kita menuntut memuliakan jiran. Saya tidaklah sampai taraf memuliakan jiran. Setakat ini tak ada langsung. Namun saya memang menghargai hak jiran. Contohnya ketika saya mahu menanam pokok di tepi pagar, saya sudah mengira kemungkinan pokok tersebut membesar dan kemungkinan daunnya akan jatuh berterbangan ke halaman jiran saya. Tidak mahulah saya menyusahkan orang kalau pun saya tak menyenangkan orang.
Hujung minggu lepas jiran di hadapan rumah hubungi saya dan beritahu rumput di halaman saya kering dan pokok manggis saya layu. Katanya sekarang panas terik dan kemarau, di Kuantan tidak hujan. Dia beritahu juga pintu pagar saya berkunci kalau tidak boleh dia suruh anak-anaknya siram pokok dan rumput saya... baik sungguh hati jiran di hadapan rumah saya, terdetik hati saya. saya hampir tidak percaya!
Sebaik sahaja saya sampai di rumah saya, terus saya siram pokok-pokok dan rumput di laman sampai malam... Pasti bil air mencanak naik.
Petang sebelumnya seperti selalunya saya membersihkan rumput di tepi pagar saya supaya tidak merayap menjalar masuk ke laman jiran. Di bahagian belakang rumah saya ternampak ada tanah yang basah. Oleh kerana tanah tersebut basah, subur pula rumput liar tumbuh di situ. Saya lihat saluran air basuhan daripada mesen basuh jiran dihalakan ke dalam kawasan tanah saya. Saya terdiam seketika... Apa ya perasaan kita apabila air basuhan daripada mesen basuh jiran kita di halakan kepada kawasan rumah kita?
Ya memang saya tidak tinggal di rumah tersebut, saya singgah sahaja. Namun cukupkan alasan tersebut untuk menghalalkan tindakan tersebut?
Jan: saya faham, semua orang nak senangkan diri masing-masing, tak nak susahkan diri sendiri tapi...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home