"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, February 24, 2011

Kelebihan Tefal...


Perkataan perangcis susah nak sebut.... kalau orang pandai cakap perancis kira terorlah berbanding rata-rata pandai cakap orang putih.
Di sini saya ingin bercakap pasal Tefal. Walaupun kita mungkin tidak dapat menyebut perkataan `Tefal' dengan bunyi yang betul tetapi tidak semestinya kita tidak mampu membelinya, he he he. Sahabat saya iaitu Adibah (bekerja di Kolej Shahputra) amat bersetuju dengan cara pemikiran saya tersebut...he he he.

Keistimewaan Tefal:

1. Salah sebut pun tidak mengapa, ia barang bermutu, bijak untuk diperkatakan.

2. Tidak pandai memasak pun tidak mangapa jika kita mampu membelinya.

3. Kita akan rajin ke dapur (bukan untuk memasak tapi untuk melihat kuali tersebut, he he he).
4. Jiran kita akan terdetik di hatinya tapi tak mahu pula memuji secara direct, dengki kita bangga. Tetapi kita tahu dia terpegun… Dan jangan terkejut beberapa lama kemudian ada barangan Tefal di rumahnya juga (kes nak jugak...)
5. Ada induction technology, kalau kita terlupa tutup dapur gas ia tidak membakar rumah kita, makanan yang dimasak akan hangus secara perlahan-lahan… Contohnya (kisah benar) pada suatu tengahari sedang saya memasak tiba-tiba saya dapati cuka tiada lantas saya terus tergesa ke Tunas Manja (tanpa menutup dapur gas tersebut). Bila ke Tunas Manja saya terleka membelek barang, bukan sahaja saya membeli cuka tetapi juga kicap, maggie dan sebagainya. Bila saya balik ke rumah alhamdulilah (unsur agama) tiada apa-apa yang terbakar kecuali masakan dalam Tefal hangus.
6. Mak mertua akan puji sebab cantik berkilat (kepada yang berkawinlah, kepada yang tidak kawin boleh buat periuk Tefal tu tempat air mandi bunga, he he he jangan marah).
7. Menguji kesabaran kita…(suami perli periuk cantik tapi tak guna pun...)
8. Mencantik dinding dapur bila digantung, dan boleh memenuhkan rak atau almari pinggang mangkuk.

Sekian.

Jan: Mampu beli yang paling kecil jea, masa offer atau pembelian jenis redeem...

2 comments:

Eja said...

i suka...wpun x byk lg koleksi sedia ada, tp dah lebih 2... he3

wawadave said...

I also buy the ones yg offer.. sbb tu takde koleksi. Once, I found in Giant, sold under MAXIM, tp tgk jenama bwh, tefal.. pnghabisan stok: RM25.. berbunga perasaan. Kalau boleh nk bli 5?haha

.