"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, August 31, 2008

Konvokesyen ke 11 UNITEN 2008

Bergaya dengan kereta ja, he he he

Pada 23 dan 24 Ogos lalu, UNITEN telah mengadakan konvokesyen kali ke 11 di UNITEN Putrajaya. Setiap jabatan menghantar beberapa wakil untuk majlis tersebut. Rasa gembira amat bila berpeluang menjadi salah seorang `mangsa' iaitu kakitangan akademik yang akan berarak di majlis tersebut.

Gembira sebab ni pertama kali dapat masuk kembali ke majlis konvokesyen setelah menghadirinya pada tahun 1998 kat UM. Tidak sangka sepuluh tahun kemudian dapat masuk lagi dan kali ini sebagai kakitangan akademik pulak, rasa bangga semacam je, sebab dulu kita student kini lecturer pulak.
Bila gema gamelan kedengaran, berdiri jugaklah bulu roma dan ... entahlah payah nak tulis kat sini. Kesimpulannya rasa terharu dalam gembira bagai janda yang lama dah keseorangan tapi tiba-tiba ada orang masuk meminang atau macam bila isteri tiba-tiba dengan redha, rela bermadu! (sedangkan dah lama nak mengutarakan hasrat bermadu tapi takut perang dunia ke 3 berlaku).
Gambar 1: Walaupun bukannya dapat PHD, namun kami gembira dapat hadir pada majlis tu.
Bila beritahu Ja tentang perarakan akademik tu, dia kata dia pun kena gi juga. Ja beritahu dia agak rungsing sebab banyak kerja. Kalau boleh dia nak tukar/ganti dengan pensyarah lain. Saya beritahu saya juga banyak kerja (nak jugak) tapi apa salahnya tinggalkan kerja sekejap dan bergembira. Kerja tak akan habis dan tak bawak ke mati. Saya berikan pelbagai alasan supaya dia pergi, dan alasan tu sendiri kadang-kadang tidak logik bila saya fikir kemudiannya, he he he.
Contoh alasan tak logik.`Duduk lama-lama dalam hutan pun tak best jugak, nanti jadi monyet, he he he.' Tambah saya cuba berjenaka. Saya nampak Ja senyum jugak sikit... Walaupun tak logik kan, kalau begitu tentu monyet-monyet di Muadzam ni berasal daripada manusia. Manusia yang duduk lama-lama dalam hutam Muadzam ni, he he he.
Gambar 2: Tersenyum, ni gambar pukul kat luar bangunan (Dewan Serbaguna (MPH), UNITEN)

Belakang tu nampak bangunan yang dipanggil Dewan Serbaguna. Apa-apa acara besar yang bersesuaian akan diadakan di sini. Saya dari Muadzam akan datang kalu ada majlis besar. Kami datang dari jauh tapi tulah kalau kerja kat universiti yang ada cawangan, kita tak dapat lari dari pergi ke kampus induk bila ada majlis. Kita kena selalu berulang alik sebagai tanda sokongan kepada organisasi.

Kadang-kadang malas jugak kan ulang alik ni. Rasanya dah banyak episod berulang alik dari Muadzam ke Putrajaya ni. Kalau jadi HOD (ketua jabatan) lagilah kena aktif berulang alik. Teringat pulak secara berseloroh seorang HOD kata kot-kot nanti mati terkangkang tengah jalan, he he he.
Gambar 3: Dipukul dalam bangunan tapi bukan dalam dewan konvo.
Seronok tak dapat dibayangkan sebab bagi saya entah bila lagi dapat merasainya. Peristiwa begini bukan dapat kita rasa/berlaku tiap-tiap hari kan.
Sebelum masuk perarakan kami diberi sarapan dulu oleh pihak UNITEN Putrajaya. Saya cuma jamah sepingan nasi lemak, sepinggan mee, 2 bijik karipap dan 2 biji ketayap je sebab takut mengantuk, maklumlah 3 jam dalam dewan.
Masa upacara sarapan seronok dapat jumpa kawan-kawan yang pernah sama-sama berkursus. Sempat juga mengehai-hai antara satu sama lain. Pukul gambar beramai-ramai.

Gambar 4: Muka ja `teduh' je...mungkin teringat buah hati yang tak dapat turut bersama, he he he.
Ja macam biasa, payah nak agak emosinya. Bimbang jugak kalau dia tidak gembira. Namun semahu mungkin saya cuba buat lawak agar dia tak kesepian. Dengan kehadiran Abang Joe, Kak Amali dan juga Nik, taklah bosan sangat kot.
Masa dalam dewan yang memboringkan tu, saya buat jugak lawak bila nampak Ja mengantuk. Lagipun Nik juga request lawak dari saya, katanya mengantuk. Saya buat lawak Simba dan Kelambu, mereka berdekah seketika tapi kawal balik sebab atas pentas nampak dekan sedang perhatikan kami, he he he.
Ada jugak dua tiga kali Ja tersenyum, secara purata Ja gembira jugak rasanya. Saya dah beritahu, maksimakan kegembiraan bila ada peluang. Dan selepas majlis itu kami gi shopping untuk memaksimakan apa yang minima, he he he.
Gambar 5: Ni gambar kat luar bangunan, tersengeh macamlah dapat PHD.
Gambar 6: Gaya sama (tersengeh) latar belakang berbeza...
Rasanya kalau tahun depan nama naik lagi, nak join lagi kalau tak ada projek besar. Seronok jugak berada di dunia baru ni. Ni first time, masa masuk dewan tu rasa semacam je, payah nak terangkan, dan kalau cuba terangkan mungkin gagal, he he he.

Jan: Bila la masuk untuk terima PHD pulak?...

No comments:

.