"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, August 28, 2008

Kau harung segalanya...

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana dia menghadapinya. Pernah terfikir, jika saya menjadi dia, bagaimana saya nak handle segalanya? Terkena hujan sedikit saya sudah selsema dan lemah badan, dan terbaru kawan-kawan sekerja ketawakan saya bila mengetahui saya terus jumpa doctor sebaik sahaja selepas jatuh daripada tangga.

Apabila saya ada meeting memanjang atau projek, rumah saya seolah kapal Titanic pecah. Pinggang mangkuk dalam sink bertimbum dan pokok-pokok layu tanpa bersiram menandakan kegagalan saya untuk menguruskan masa, (bukan tak cukup masa…).

Namun kawan saya nan satu ini melalui kehidupannya dengan penuh kekebalan, kecekapan dan kesungguhan, penuh keikhlasan dan keredhaan. Dia mengatur hidupnya secantik mungkin, secermat mungkin.
Tidak semua manusia boleh bertahan hidup secara berterusan berjuang dengan keras dan tidak semua manusia boleh bertanggungjawab seperti dia, walaupun manusia itu bernama lelaki…(he he he).

Masih mampu tersenyum…
Daripada pengalaman saya, lebih banyak apa yang terjadi dalam kehidupan kita adalah sesuatu yang kita tidak menjangkannya. Dan kerapkali sangat saya tidak bersedia menghadapinya. Tergesa-gesa dan kelam kabut saya terpaksa lakukan banyak penyesuaian terhadapnya supaya saya boleh sesuaikan diri dengan apa yang terjadi/berlaku. Kadang-kadang rasa sangat tension bila dunia tidak berputar seperti yang kita harapkan, seperti yang kita impikan.

Segalanya atas kepala dia, bermula daripada perkara semudah menghantar kueh ke kedai, sehinggalah kepada tanggungjawab yang besar menjaga keselamatan keluarga. Keselamatan keluarga adalah agenda dirinya yang paling utama. Saya perhatikan setiap kali selesai sesuatu majlis atau kalau ada apa-apa projek, dia akan bergegas balik untuk berada di samping keluarganya. Banyak lagi perkara yang harus dia lakukan demi keluarganya, dia adalah ketua keluarga.

Namun segalanya dia harungi, dia tidak pernah mengeluh…dan dalam keadaan yang paling payah, dia masih mampu tersenyum dalam keletihan...

Teman bicara…
Skrip kehidupannya tidak semudah yang kita selalu `baca’ pada kehidupan kawan-kawan lain (sekurangnya pada yang kita nampak), Tidak selicin kehidupan kebanyakan kawan-kawan kita yang lain, plotnya berbeza. Syukur, sesetengah kawan-kawan kita selepas keluar u, terus dapat kerja yang baik dan lepas tu terus dapat laki/bini, seterusnya terus dapat anak, seterusnya terus dapat adik (kepada anak pertama) dan seterusnya mengikut skrip…)

Namun dia redha, walaupun pastilah jauh di sudut hatinya sebagai seorang perempuan yang normal dia perlukan seorang lelaki hadir dalam jiwanya. Seorang lelaki yang boleh memberi semangat dalam hidupnya, seorang lelaki yang menjadi tempat luahkan segala kegetiran cabaran kehidupan ini, kepayahaan dan sesekali kekecewaan yang sesekala dilaluinya. Seorang yang boleh menerimanya seadanya…teman bicara.

Keluarga adalah segalanya…
Seluruh rasa kasih sayang dan seluruh jumlah cintanya ditumpukan kepada keluarganya. Dalam dunia ini ibunyalah orang yang paling disayanginya. Semenjak ayahnya telah tiada, dia merasakan dialah yang bertanggungjawab membawak kebahagiaan pada ibunya. Dia tidak mahu ibunya keseorangan bertemankan kesunyian. Kerana dia tahu ertinya sunyi dalam kamus kehidupan seorang perempuan… Dia mengerti apabila seseorang perempuan itu kehilangan suami tercinta, seolah-olah sebahagian daripada diri dibawak bersama turut pergi…. Dan dia mahu mengisi kekosongan itu, dia anak yang baik…

Dialah abang, dialah kakak nan satu kepada adiknya. Menjaga anak remaja sedang membesar tidak semudah buat kueh Chara (kueh yang warna hijau ada gula di tengah, kadang kadang ada Chara berlauk, yang warna kuning dan ada lauk di tengah). Namun dia terus juga berusaha, tentulah dia mengalami kepayahan, dan kesabaran seringkali berada di paras hidung.

Tetapi saya percaya dia lakukan yang terbaik supaya emaknya gembira tidak terasa sunyi sangat, dan adik lelakinya supaya menjadi seorang lelaki yang baik dan matang, seorang lelaki yang amat bertanggungjawab seperti ayahnya kerana baginya keluarga adalah segalanya.

Control ayu…
Pada mulanya saya tidak baik dan kenal sangat dengannya. Namun dia popular diantara kami kerana ramai sukakannya, dia ceria dan selalu menolong orang dalam diam.

Dia bukanlah species perempuan yang control ayu, dia adalah dia. Dia akan lakukan apa yang dia percaya, dia akan bertegas bila dia rasa perlu. Kehidupan yang dia lalui memerlukan dia tangkas dan cepat. Kalau dia lemah gemalai atau control ayu, nescaya banyaklah kerja tak jadi buat (kerja tidak dapat diselasaikan).

Dia bukanlah jenis perempuan yang suka menunjuk-nunjuk akan kelebihannya atau jenis yang mahu kehadirannya sentiasa dinampak atau diketahui umum (stail mak datin), dia jenis berfail rendah.
Penampilannya sederhana kerana dia tahu tubuh badannya bukan seperti Aleeza Kasim atau Nasha Aziz. Dia ikhlas terhadap apa yang dia ada, dia menerimanya. Walaupun dia pernah beberapa kali berdiet, namun tetap gagal, he he he (samalah macam saya...). Namun saya percaya dia akan terus mencuba, tidak kah perjalanan hidup ini agak panjang? Manusia akan selalu boleh terus mencuba...
Sebagai bekas penjual kain (pernah jugak rasa nak kembali berjual kain balik kat tempat kerja baru ni, tapi teringat pulak amaran Kamal), saya dapati pemilihan corak dan warna adalah segar dan menarik, tetapi tidak keterlaluan. Ia ceria di mata saya, sesuai dengan bentuk badan dan penampilan. Serba sederhana, walaupun begitu tidaklah sampai macam corak `makcik-makcik’ adanya. Tetap menarik dalam kesederhanaan.

Suasana yang diciptanya…
Untuk rekod, sebenarnya dialah orangnya yang memperkenalkan dan mengaktifkan dunia perlosyenan saya. Saya masih ingat lagi masa kami sama-sama di Pekan, dia menghulurkan sejenis loysen yang mahal (tak ingat jenama apa) untuk saya cuba. Saya colek sikit, wow wanginya, bau perempuan! Saya suka, he he he.
Sekarang rindu pulak suasana berloysen tersebut. Memang seronok berlosyen beramai-ramai, susah nak kata seronoknya kecuali yang terlibat je. Ada ke tempat lain di dunia ni buat acara macam ni? Kami spontan berloysen beramai-ramai sebelum pergi ke kelas, dan kadang-kadang disertai juga oleh D6, Azniza dan P. Dan sesungguhnya saya merinduinya (suasana berloysen tu).

Dia tidak lupa…
Dia antara kawan-kawan saya yang agak `senang'. Namun dia tidaklah kisah untuk jadi tidak senang atau tidak glamour. Saya masih ingat lagi dulu bila masing-masing nak berglamour (di suatu majlis kat Pekan) dia selamba je glamour dengan pinggang magkuk kat belakang majlis (basuh pinggan). Dia seasing lengang baju dan tidak kekok-kekok membasuh pinggang mangkuk, dia buat kerja dengan ceria tak mecok, dia ceria sahaja. Dia tiada sindrom `diva' atau `mak datin'.

Dua minggu lepas, dia menalipon saya semata-mata untuk memaklumkan yang ada kawasan perumahan baru nak dibuka, dia tahu saya sedang mencari rumah kat Kuantan. Walaupun sudah bertahun lebih saya tidak menjadi teman sekerjanya, dia masih lagi tahu apa yang saya paling mahu pada ketika ini.

Akhir kata…
Penulisan yang sedikit ini masih tidak dapat menggambarkan segalanya (dibandingkan dengan lautan luas kehidupan yang dilaluinya, saya hanya membuat setitik coretan sahaja...)

Sebenarnya saya mengakuinya, saya tidak berhak menulis sesuatu mengenai dirinya. Dan sebenarnya memang saya tak mampu… Dia adalah lebih daripada apa yang saya tulis. Jika saya menulis tentang kesabarannya, kesabaran sebenarnya yang ada pada dia adalah lebih besar daripada gambaran dalam penulisan saya. Dan jika saya menulis mengenai kesedihan rasa hati nuraninya tentulah kesedihan yang sebenar yang dialaminya lebih mengigit...


Jankaulu: Ketabahan dan kesusahan hidup yang dia harungi, dia tak pernah cerita kat sapa-sapa, tetapi kita akan ketahuinya jua jika kita melihat menggunakan (melalui) hati…

3 comments:

Mc Zue said...

suki...kalau tak silap post ni ditujukan untuk aku kan?? sedihnya la aku rasa bila baca.... terima kasih banyak2..tak sangka dalam diam ada orang menilai aku..thanx sekali lagi..aku betul2 menghargainya..

jankaulu said...

Zue, sila baca sambil dengar lagu `Aku tanpa cintamu' daripada kumpulan nasyid Mirwana...

Eja said...

Tuhan menciptanya dgn kekuatan dan ketabahan seiring dgn apa yg akan dilaluinya...(dugaan, cabaran mahupun kegembiraan...)
X semua insan hidupnya indah, x semua insan hidupnya derita. mgkn kini hidupnya agak payah(x sebagaimana mudahnya dan teratur bagai dirancang-insan lain) mgkn suatu hari nanti hidupnya lebih hebat dan hebat indah dr org lain...
biarpun dia bergaya bersahaja (x mcm mak datin) tp body dia pun dh mcm mak datin..hehehehee (ampun mc..)

.