"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, August 25, 2008

7 `JANGAN' dalam menulis blog...

Keterangan gambar: Kononnya sedang cari ilham nak tulis blog, he he he...

Atas permintaan seorang sahabat, saya menulis lagi mengenai cara penulisan blog. Pada mulanya permintaan tersebut ditolak kerana rasa tidak layak, tidak ada cukup ilmu. Saya tak ada jumpa dalam buku atau majalah setakat ni mengenai panduan menulis blog yang dapat membentuk pembangunan diri secara langsung. Apa yang ditulis adalah panduan diri sahaja.
Dan saya menambah alasan dengan menyatakan tidak mahu kelihatan mengajar kawan-kawan (yang mungkin lebih tahu berbanding saya tapi tak ada masa nak menulis). Saya tidak mahu kelihatan menunjuk hebat (merendah diri pulak dah, he he he). Tetapi dia terus bersungguh-sungguh dan menyatakan `apa salahnya bukan pasal hebat tak hebat, tulislah dengan ikhlas cara kita menulis...
Maka penulisan ni bertajuknya `7`JANGAN' dalam menulis blog...'. Perkara yang saya elak bila berblog, antaranya:


1) Jangan 5 dalam 1
Penulisan kita bukan seperti iklan syampo rambut dalam tv. Semasa menulis cuba hindari daripada terlalu banyak nak bercerita, jangan sampai 5 dalam 1. Kalau menulis kena tau mesejnya (kalau ada la...). Dan kita yang berada di dalam dunia akademik sedikit sebanyak tentulah mempunyai mesej secara langsung dan tak langsung.
Contohnya kita guna tajuk `Kemeriahan berkelah di Pantai Sepat', tetapi kita bercerita juga (berserta gambar lagi) semasa pergi berkelah di Teluk Cempedak, selepas itu sempat lagi kita bercerita pasal pantai-pantai yang indah di negeri Terengganu...he he he. Sepatutnya fokus Pantai Sepat kan?

Saya cuba hindarkan menulis dengan tak ada banyak sangat cerita di dalamnya tapi setiap cerita berdiri sendiri menyokong cerita utama yang hendak diceritakan. Tentu Adnan bawak banyak cerita daripada tour di di Kelate dan Teranu, tapi buat permulaan dia cerita pasal penginapan dulu kan...? (rujuk penulisan bertajuk `Ke Ganu dan Kelate...' Monday, August 25, 2008, Pangsenam.)


2)Jangan beri pemberat yang sama
Maksud saya dalam cerita kita tulis tu, tak dapat lari daripada wujudnya cerita-cerita kecil yang menyokong cerita besar tadi. Kehadiran cerita-cerita lain dalam cerita adalah penting tetapi jangan pula cerita-cerita tu diceritakan secara sama pentingnya. Macam lagu tak ada chorus, boleh dengar tapi tak sedap, mendatar je.

Contohnya kalau kita guna tajuk `Kemeriahan berkelah di Pantai Sepat' tadi tetapi ceritanya sama banyak mengenai kesedihan kita sebab hilang cincin pusaka masa berkelah tu, he he he. Pemberat cerita patut pada keceriaan masa berkelah. Boleh selit hilang cincin tu tapi sepintas lalu...sebab pemberat cerita harus difokus kepada `keceriaan' (rujuk tajuk).


3)Jangan cerita buruk orang
Kadang-kadang kita juga berasa bertanggungjawab terhadap masyarakat kita, kita mahu membuat kritikan sosial, kita nak mereka jangan berperangai macam sesetengah orang. So kita tulislah perangai buruk seseorang itu, sebagai contoh. Adakah ini betul? (betul kalau kita tahu menggunakan cara yang baik, salah jika kita beremosi dan pakai hentam sahaja). Janganlah letak nama dia, buat-buat la nama samaran atau tukar huruf vokalnya.

Secara umum kita boleh beri kritikan terhadap masyarakat di sekeliling (rujuk kepada penulisan `laki saya...' Sunday, 24 August, 2008, Jankaulu', mengenai ada orang suka kutuk laki sendiri). Kita boleh cerita mengenai keburukan orang tetapi jangan beri nama sebenar dan jangan salahkan individu secara terang-terangan dengan penuh emosi, sebab pembaca blog kita ada pemikiran mereka sendiri.


4)Jangan saja-saja nak menulis
Memang pada mulanya kebanyakan tulisan saya lahir apabila saya mengadap komputer. Pernah buka komputer lepas tu tak ada idea terus tutup balik komputer tersebut. Kita jangan saja-saja nak menulis kerana kita rasa setiap hari kita mesti postingkan sesuatu dalam blog kita. Penulisan juga sesuatu yang seni, ia tak boleh dipaksa-paksi.
Melalui masa, saya banyak simpan kat kepala je dulu kalau terlintas idea mengenai penulisan. Dan sekarang saya kerap bawak buku kecil bila ke mana-mana, he he he. Ada juga kawan cakap saya tulis dan fikir benda yang tak berfaedah. Saya tak berkecil hati, saya percaya lain orang lain pandangannya. Lagipun dia mana ada blog...hehehe.

Saya masih tidak sehebat mana untuk mendapatkan idea secara arus sungai yang datang tak henti-henti. Kalau ada idea sikit saya simpan bahan-bahannya, bila dah buka komputer bolehlah dimasak bahan-bahan tu secukup masa.

5) Jangan ulang cerita

Kecenderungan menulis mengenai sesuatu yang kita suka bukan merupakan satu kesalahan, tetapi mengulang cerita yang sama dengan nada yang sama, lagu yang sama satu kemerengan. Saya ada jugak buat begitu, heheh.

Maksud saya, saya suka pantai dan laut. Saya ada menulis mengenai Bukit Keluang (yang banyak bawak kenangan) sebanyak dua kali (pertama: Bukit Keluang, Besut, Terengganu, Wednesday, June 25, 2008, Jankaulu.), tetapi kali kedua saya banyakkan informasi dan gambar biar ada nilai tambah (rujuk: Bukit Keluang 2: Memunggah Rindu yang galak berbunyi...', Sunday, July 27, 2008, Jankaulu.). Kalau sama mesti something wrong je tak best dan boring. Orang kata kena up grade sikit.


6) Jangan jadi orang lain

Sebenarnya jika kita menulis dalam satu jangkamasa yang lama, kita akan dapat stail kita sendiri, tidak perlu sangat kita cari atau kita bina. Cara pemikiran kita dan gaya kita akan diwakili oleh penulisan kita (penulisan kita secara tidak langsung `bercerita' ataupun `memperkenalkan' diri kita (tanpa kita sedar) yang sebenarnya). Maka saya akhirnya mengaku apa gunanya nak jadi macam orang lain.

Memang benar dulu saya sering rasa malu dan bandingkan blog orang lain yang hebat belaka, ada blog tu tuanmiliknya mempunyai hobi kumpul model kapal terbang sedangkan hobi saya kumpul pokok bunga yang berdaun (tu pun sikit je he he he). Kagum benar bila buka blog orang lain...

Kalu kita cuba meniru stail orang, lama kelamaan tentulah kita `letih' ( jika asyik nak jadi orang lain, atau nak jadi macam blog orang lain). Akhirnya saya bertekad...penulisan saya gaya saya, dan saya bukan orang lain...setiap individu berbeza.

Ada blog kawan saya, saya rasa blog dia berpura, sebab dia yang saya kenali tok gitu...


7)Jangan jadi ahli kalau kita bukan `ahli'

Bagi diri saya, saya lebih senang hati membicarakan hal ekonomi berbanding dengan tiga perkara ini. Pada saya ianya isu sensitif dan saya tak mampu mengupasnya dengan baik. Saya bimbang bukan sahaja mengguris perasaan orang lain tapi lebih parah kalau tersalah fakta dan apa yang saya nyatakan itu sama-sekali tidak benar.


Kalau diperhatikan saya jarang (atau hampir tidak pernah kecuali atas permintaan ramai) membicarakan hal seks, agama dan politik secara terang-terangan. Bagi saya ianya sesuatu yang sensitif, dan saya memang berhajat mengelakannya. Saya tidak mampu mengupasnya dengan baik, saya bukan ahli.

Tujuh perkara tersebut seperti biasa ia adalah panduan bagi diri saya kerana saya percaya sedia perkara ada ilmunya. Tiada paksaan untuk digunapakai bagi individu lain, saya sendiri pun kerap terbabas dengan panduan yang saya cipta sendiri. Walaubagaimanapun adalah satu harapan yang besar ia dapat memberi sedikit panduan untuk kawan-kawan dalam berblog, macam jugalah penulisan saya mengenai blog sebelum ini (rujuk: `7 panduan menulis blog...', Thursday, August 14, 2008, Jankaulu.)

Jan: Payah jugak bagi saya menulis blog sebenarnya, makin lama rasa makin bertanggungjawab atas penulisan yang dibuat...

7 comments:

Eja said...

bagus..

danny said...

panduan utk aku jugak...

Mc Zue said...

untuk aku juga

danny said...

untuk aku la...

Eja said...

sesama la..jgn gaduh gtu..nanti mr jan tarik blk lak post dia tu..cam botak, kan dah xde..

Eja said...

hehheehhe...

jankaulu said...

dah letak balik dah, peminat ramai sangat. he he he

.