Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, August 14, 2008

7 panduan menulis blog...



SEMENJAK kehadiran blog ni, pantang waktu rehat atau waktu petang terus buka blog. Kalau ada kesempatan saya menulis, sambil cuba belajar melahirkan pandangan dan pemikiran melalui tulisan (mengenai beberapa perkara yang terlintas). Kadang-kadang tulis simple je, kadang-kadang sedikit berat isinya. Menulis rupanya bukan suatu hal yang senang, ia memerlukan kemahiran. Dan kemahiran itu akan hadir apabila kita rajin menulis dan berusaha memperbaikinya.

Menulis blog ni kira penulisan yang bukan berbentuk peribadi sepenuhnya sebab ia dipublishkan kepada umum. Maknanya ramai yang baca (bukan sahaja kawan-kawan kita, malah mungkin orang yang tak kita kenal langsung, he he he. Dan bila ramai dah baca taklah peribadi sangat sifatnya). Namun daripada segi pemikiran, pandangan dan gambar yang diletak misalnya, masih berbentuk peribadi daripada beberapa segi.

Dalam melahirkan penulisan, perkara yang paling saya khuatir adalah mengenai tahap emosi yang ada. Sifat emosi dan over akan mempengaruhi kesederhanaan atau menghilangkan kebenaran dan fakta, dan tidak boleh dipandukan menjadi ilmu. Maka penulisan saya sedaya upayanya dipagari oleh 7 perkara (yang saya sendiri buat, he he he) yang sebolehnya saya amalkan, antaranya:

Tulis dengan jujur
Seboleh mungkin saya akan menulis pandangan, pendapat, andaian mahu pun rasa ragu-ragu saya itu secara jujur, iaitu telus terus daripada rasa perasaan hati dan fikiran. Janganlah kita menulis untuk saja-saja mendapat persetujuan orang ramai, kononya bila orang ramai setuju akan pandangan kita tu makna betul la pendapat kita tu. (itu bangang rasanya, majority tidak menunjukkan kebenaran, he he he).

Tulis dengan benar
Selain perasaan dan rasa seangkatan dengannya, gambar atau fakta mestilah yang benar. Kalau gambar pasu bunga rumah jiran kita, kita mengaku kita punya itu penipu namanya, he he he. Begitu juga dengan tarikh-tarikh mesti betul dan tepat. Kalau tak sure, tulislah tak sure tarikhnya. Mengenai gambar boleh buat macam Adnan iaitu tulis sekadar hiasan kalau bukan kita yang pukul. Atau letak je tapi jangan mengaku kita punya atau kita yang pukul.

Tulis dengan bahasa kreatif
Bab ni sukar pada saya. Saya bukannya karangkraf punya orang, bukan orang bahasa. Saya cuba berkreatif tapi tak sampai..., selalu jugak saya nak mensyahdukan bahasa namun bahasa saya lemah, saya cuba jugak nak standarkan bahasa tapi loghat tetap ada terserlah. Kalau boleh menulis dengan kreatif ok jugak sebab bahasa itu seni.

Tulis dengan bebas
Saya mahu penulisan saya bebas, sebebas burung di awang. Maksud saya, saya menulis apa saja yang saya suka untuk dimuatkan dalam blog saya, ada masakan, petua, cerita ayam dan lain-lain. Namun saya tak nak blog saya jadi macam buku masakan atau album gambar. Namun kalau sapa-sapa minat mengenai masakan atau suka bergambar tidak ada hal (tidak menjadi kesalahan), itu citarasa sendiri, kegemaran sendiri.

Tulis dengan rela
Bila kita menulis kadang-kadang kawan-kawan kita akan beri respond. Ada yang sokong ada yang tak setuju. Di sini saya amalkan: Kita menulis bukan untuk memaksa orang lain menerima pakai pendapat/pandangan kita apatah lagi untuk suruh orang menilai kita. Kita menulis lahir daripada apa yang kita mahu, kita rasa, percaya dan juga apa yang kita ragui...so what?

Setakat ini saya menerima secara terbuka komen daripada pihak-pihak lain. Orang selalu kata lain belalang lain padangnya. Seharusnyalah manusia mempunyai perbezaan kalau semua sama dunia tak meriah, tak berwarna… tak ada suratkhabarlah.

Apa yang penting usaha untuk cuba berkompromi dengan emosi/pandangan pihak lain (jangan memaksa orang lain terima pendapat kita sebab mereka pun punyai pendapat sendiri yang dipegang kuat macam kita pegang pendapat kita juga). Perbezaan bukan merupakan kekurangan dan kecacatan, dan dalam banyak hal saya tak berniat langsung untuk mengajar org lain memahami hidup saya...atau pandangan saya.

Tulis dengan senyum
Ni pun payah saya nak ikut walaupun saya yang letak ciri-ciri ini. Paling sukar untuk saya amalkan kerana kadang-kadang penulisan juga sebenarnya lahir daripada rasa ketidakpuasan hati dan tidak selesanya jiwa. Maka apabila kita menulis ia bercampur dengan emosi, jadi terover. Pepatah orang Cina ada mengatakan iaitu jangan menulis apabila marah, ya la saya ingat tapi kadang-kadang saya beremosi jugak bukan saja kepada sekitaran tapi pada diri sendiri.

Tulis dengan pendek
Sebolehnya penulisan dalam bentuk pendek dan padat. Kalu tulis panjang-panjang jadi novel pulak kan, he he he. Pun begitu kalau beremosi atau subjeknya berat kadang saya terpanjang…. huh boring! Tapi ada yang suka panjang…

Tulah antara 7 panduan yang saya cuba ikut (kadang-kadang tak terikut jugak, he he he). Namun banyak lagi sebenarnya etika dalam berblog rasanya. Etika berbeza mungkin dipegang oleh orang yang berbeza. Namun memang kita boleh menulis terus apa yang kita fikir, atau kita boleh pakai hembus je ikut mulut apa yang ada kat kepala. Namun kalau ada masa berilah sedikit penapisan dan saringan agar ia terkawal dan membentuk imej kita.


Jan: Pernah dulu tulis surat cinta 18 helai, depan belakang. Tapi tetap ditolak. He he he. Sekarang malas nak tulis walau sebaris...emm

4 comments:

madier said...

Insyaallah akan ku turuti ape yg dicadangkan.....hehehe

madier said...

satu panduan yg menarik....sama2 kita perbaiki apa yg kurang....

danny said...

betul n bole difikirkan. waktu start blogging dulu maybe tak dapat lagi menjiwai penulisan. Nah! cuba lihat sekarang... setelah 4 bulan, penulisan sudah mempunyai jiwa. Gaya tersendiri sudah ada. Identiti telah hampir dijumpai.

"Rossak callar bole tukar... jangan patah jo... MERDEKA!!!"

Eja said...

Panduan yg baik... Akan diusaha guna panduan tu.tq..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home