Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, August 15, 2008

Pipit terbang keseorangan...

Rasanya dua penulisan terakhir pasal perangai orang cerdik dan pasal panduan menulis blog tidak sesuai untuk pipit, mungkin sesuai untuk enggang. Bimbang pulak nanti pipit terbang keseorangan... (namun sekali sekala kena juga rasanya mengupas/selang-selikan dengan isu yang sedikit berat kan.) Secara peribadi memang saya terarah kepada penulisan yang simple, santai dan ringkas (mungkin pemalas kot, he he he). Tetapi kalau ada subjek-subjek yang besar-besar kita kena juga menulisnya, kalau tak kita siapa lagi?. Biar blog pelbagai rasa perasaan, macam menghidang makanan beraneka juadah (walaupun yang disentuh mungkin hanya satu dua je, he he he). Dan kalaupun kita suka kari, kalau tiap-tiap hari makan kari, rasa nak terbalikan meja pun ada kan? he he he.



Tapi penulisan kali ini nak tulis pasal mak saya. Dalam dunia ni mak sayalah perempuan yang paling saya sayangi. Tajuk penulisan ni ialah `Kasih sayang seorang ibu: Berpanjangan dan kekal abadi'. Sedih pulak tiba-tiba ni (he he he) nak tulis pasal mak.



Mak saya selalu ada dalam diri saya dan juga hadir secara fizikal. Selalu ada bila saya tak tahu arah hidup, bila saya resah, rasa gundah gulana, ada apabila saya tak reti nak buat keputusan. Dia sentiasa ada daripada zaman riang kanak-kanak hingga ke zaman tak berapa riang dewasa. Daripada zaman gerhana saya sampailah pada zaman bersinarnya pelangi petang, ribut petir dan gerimis mengundang, daripada dulu sampai kini.



Masa saya kecut perut nak bentang paper kat Sarawak, dalam talipon dia ada nak bagi `ayat ' biar saya baca supaya hati dan jiwa saya dapat dikawal dan tenang bila bentang. Dia kata baca masa melangkah kaki meninggalkan bilik hotel pada hari pembentangan. Tapi dalam talipon saya tanya `ayat pendek ke panjang?'. he he he bertuah betulkan. Bukan apa kalau ayat panjang masa mana nak hafal, masa mana pulak nak hafal slide prezentation? he he he.



Dan nak dijadikan cerita mak saya ada juga kat rumah adik perempuan saya kat Ulu Yam, Selangor, hari saya nak bertolak (masa mak call dia ada kat Kuantan). Dan pada pukul 4.30 pagi itu saya dikejutkan mak supaya bangun bersiap sebab kereta akan datang bawak ke KLIA. Mak duduk di kerusi menunggu saya bersiap, dan dia juga berdiri dekat grill melambai bila saya bertolak dgn kereta dalam kegelapan pagi tu...



Dalam perjalanan barulah saya teringat mak saya tak dapat tidor lena malam tadi sebab dia lelah (asma)..., adik perempuan saya yang tenggok-tengokkan (saya bangun sekejap tapi dinasihatkan tidor oleh mak saya, katanya saya nak berjalan jauh...). Dan dalam perjalanan itu saya terngiang-ngiang kata-kata ustad Othman (masa saya darjah 5). Syurga itu di bawah tapak kaki ibu... Dan dalam gelap pagi itu saya mengakuinya, sesungguh hati...







Jankaulu: Mawar putih untuk mama..., i love you mum.








1 comment:

Eja said...

tersentuh hati...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home