"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, July 15, 2008

Sifat nak jugak...

Apa yang terjadi dengan masyarakat kita sekarang? sindrom nak jugak ni menular ke serata organisasi dan non organisasi (secara formal dan tak formal). Mungkin tuntutan kehidupan akibat daripada pertumbuhan ekonomi (ekonomi growth) yang membawa kepada pembangunan ekonomi (ekonomi development) dan akhirnya melahirkan sifat nak jugak pada masyarakat kita yang tidak terkawal.
Kehendak masyarakat terkini tidak sama seperti 20 atau 30 tahun lepas, sukar nak puaskan mereka, mereka pakar dalam bercakap mengenai hidup yang berkualiti. Contohnya dulu cukup dengan RTM TV1 dan TV2, lepas tu hadir TV3, dan kini dengan Astro (yang ramai kata dok ulang citer tula je). Kini Astro pun sudah tak dapat memenuhi kehendak masyarakat kita.
Memang terdapat perubahan pada masyarakat kita, kehendak mereka semakin pelbagai, semakin banyak. Mereka mahu bukan saja pilihan yang banyak malah mahu kesemuanya (pilihan tersebut).
Akhirnya mereka tidak tahu apa yang sebenarnya mereka nak, mereka perlu. Dan bila tiba masanya apabila lihat orang ada, dia nak juga. Contohnya, kawan beli rumah dia nak beli juga, adik dia beli tupperware dia nak beli juga, jiram beli kereta dia nak juga, kawan dia kawin lagi dia nak juga atau buat blog dia nak juga. he he he
Sekali pandang ia tidak menjadi masalah sebab ia boleh dipandukan kepada suatu yang positif iaitu meningkatkan pembangunan diri, bergantung kepada niat diri masing-masing. Yang salahnya jika sifat nak jugak ini semata-mata mahu diri menjadi dibanggakan, mahu bersaing, atau tidak mahu kalah atau nak menunjuk-nunjuk. Walaupun sebenarnya tiada pertandingan di sini, tak ada kalah menang, tidak ada apa yang harus ditunjukkan.
Dan bila tak ada apa yang orang lain ada, mereka akan mula rasa rendah diri, naif, dan ketinggalan. Ini ketara terjadi pada masyarakat kita, meliputi golongan remaja yang rapuh jati diri, iaitu merasa terpinggir jika tidak miliki apa yang kawan miliki. Sifat ini membawa kepada dua kemungkinan iaitu sikap suka meminggirkan diri atau terus ke depan untuk mendapatkan apa yang orang lain ada tersebut. Perlu diingat remaja tadi akan membesar, bersosial dan mungkin mereka adalah jiran anda, kawan anda atau bekas kekasih kawan lama anda. Maknanya mereka boleh berada di mana-mana, boleh terdiri dari sekecil orang atau pemimpin sesebuah negara.
Sifat inilah yang memualkan kerana semasa mereka hendak mendapatkan apa yang orang lain ada, aksinya memang membuatkan kawan-kawan atau kaum keluarga rasa malu. Malah ada yang sanggup menarik kepentingan orang lain agar masuk kepentingan sendiri. Sebaiknya kita mahu sesuatu perkara atau benda kerana ia keperluan kepada kita dan sesuai dengan kita, bukan kerana orang lain ada benda dan perkara tersebut. Bunyi ayat ini simple namun ramai yang tak pakai.
Oleh itu sifat nak jugak ini haruslah dipandu kepada perkara yang sesuai dengan diri dan keperluan sebenar kita. Sifat ini ada positifnya, ada juga negatifnya. Memang benar masyarakat telah berubah tapi masyarakt juga perlu tahu apa yang paling perlu bagi mereka sebagai individu tersendiri dalam masyarakat mereka.

1 comment:

madier said...

Nak jugakkkk....heehhehe

.