"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 28, 2008

Bukit Keluang 2: Memunggah rindu yang galak berbunyi...

Foto 1: Daripada jauh nampak bukit ni di tepi pantai letaknya...

Haa... ni penulisan kedua mengenai Pantai Bukit Keluang yang kurang tersohor itu. Inilah sebuah bukit yang menghadap Laut China Selatan. Udara di sini segar (kalau nak banding dengan udara Lembah Kelang), udara ni telah menyeberangi lautan yang luas.


Dari jauh nampak gazebo kayu tu kan. Dan nampak juga orang yang tak berapa ramai tu... Tapi makin hala ke petang makin ramai berkunjung tiba. Ramai juga pelajar dari Maktab Perguruan Sultan Mizan datang bila waktu petang (maktab tu dekat pantai ni je boleh jalan kaki, tak jauh tapi berpeluh jugalah bagi sesetengah orang).


Kalau nak ambil gambar bukit ni secara keseluruhan kena jalan kaki jauh lagi. Buat masa ni setakat ni jelah. Yang penting nampak muka bukit tu dipukul pantai, cuba bayangkan bila monson tiba...muka bukit ni tak putus-putus dipukul ombak, ibarat rindu yang tak berkehabisan...


Foto 2: Ada gua-gua dan laluan-laluan misteri dan tak misteri.


Akibat dipukul ombak dan air pasang surut ratusan tahun maka di celah-celah bukit tu ada terhasil gua-gua. Ada gua yang kecil, ada gua yang besar, ada gua ketara nampak ada gua tersembunyi juga. Macam Maya Karim katalah `ada cinta yang terang, ada cinta yang samar-samar...' (rujuk filem Anak Halal, dialog masa atas bumbung flat atau tanya Kamal)


Kalau air surut bolehlah menerokai gua-gua tersebut. Tapi dalam gua gelap dan ada Keluang beranak pinak. Kalau nak masuk dua tiga meter tak ada hal kot. Boleh pukul gambar mana yang patut di dinding dinding gua yang cantik.


Kalau Mek Zue datang, nescaya habis bateri bila pukul gambar. Banyak tempat yang cantik disini boleh dicomelkan lagi dengan kehadirannya.



Foto 3: Jambatan kayu menghubungkan batu-batu menjadi laluan


Ni gambar jambatan-jambatan yang menghubungkan batu-batu sekaligus merupakan laluan, kalau dok atas jambatan ini boleh menghadap terus ke lautan yang luas. Melihat lautan yang membiru, membakar rindu (kalau ada).


Kalau air pasang adalah air kat bawah tu. Kat bawah ni la ada gua-gua tadi. Bila air surut boleh pakat jalan di bawah, tapi awas ada satu satu tempat tu yang slim je boleh memboloskan diri (tu pun dengan keadaan mengiring, kalau yang obess tu kenalah panjat tangga...)


Foto 4: Air pasang dalam surut pukul 5


Ni gambar sisi masa air mula nak pasang... kalu tak pasang boleh kita lalu kat celah-celah batu tu... macam rindulah, ada pasang surutnya. Kalu dok rindu 24 jam, nak buat macam mana? Tak leh wat kerja buat, produktiviti kurang maka pendapatan negara (KDNK) turun, so pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi merudum. So kontrollah rindu tu.


Foto 5: Ada air yang terkepung membentuk tasik kecil atau alur kecil.


Ni gambar laluan nak ke bukit tu. Dulu ada nampak sepasang orang baru kawin pukul gambar kat sini, nak buat album kenangan kot. Siap bersalin baju dan ada jurukamera profesional. Memang cantik dalam gambar nanti. Tapi kat luar pun lebih realiti. Sebenarnya ketenangan ada dalam hati, kalau tenang kat mana pun akan dirasai kecantikan tempat tu. (berfalsafah pulak).




Foto 6: Jalan tar bila dah nak sampai ke bukit tu (sisi bukit)


Ada juga gazebo ringkas disediakan menuju ke pantai tu. Gambar ni laluan ke bukit tulah, kira sisi tepi. Ada jambatan lagi. Hijau mata memandang kalu kita betul-betul menikmatinya.



Foto 7: Petang melepas layar...



Suasana petang, redup. Kenangan lalu menerpa di kotak fikiran. Soalan demi persoalan silih berganti. Mengapa ianya terjadi dan mengapa aku? Kucuba memunggah kenangan rindu yang galak berbunyi itu...namun tak daya kerana diriku ini adalah kenangan itu. Kucuba bunuh kenangan itu tapi tidak berdaya kerana akulah kenangan itu. Kucuba pulak bunuh diriku namun tak berjaya kerana diriku itu adalah kenangan...kenangan tidak boleh dibunuh...bla bla bla...



Foto 8: Awas batu-batu...


Nampak tak ada orang mandi tu, bila petang ramai jugak yang datang untuk mandi atau ramai jugak yang tunggu orang lain balik, baru nak mandi. Kat tepi-tepi pantai depan bukit ni banyak batu sikit, kalau nak mandi dengan nyaman dan bahagia (tanpa pijak batu) kena g tengah sikit. Akibat ombak, kedalaman pantainya tak tetap, kadang-kadang dalam, kadang-kadang tohor... so kena berhati-hati kalau mandi.



Foto 9: Gambar di ambil dari atas gazebo, suasana redup...




Foto 10: Menjemput malam...


Terpaksa tunggu lewat petang sikit nak ambik gambar ni (gambar-gambar ni dipukul khas dan disend dari kampung). Memang suruh ambil banyak sikit, buat promosi kat kawan-kawan. Kalau datang ke sini ada Keluang Beach Resort jika nak bermalam (kalau tak sudi bermalam kat rumah saya...). Kat resort tu ada banyak kemudahan. Ja pernah datang ke Keluang Beach Resort ni.




Kat sini ada juga mitosnya, ada yang kata di antara gua-gua tu ada tersimpan harta karun. Dulu ada orang kata ada Puteri Bunian kat Bukit Keluang ni, kononnya puteri tu marah kalau kita buat perkara yang tak senonoh di sini (cerita ni siap masuk Mastika). Tapi entahlah tak pernah jumpa pun secara peribadi...


Foto 11: Jika rindu dapat dilihat...


Kalau rindu tu dapat dilihat, mungkin macam gambar ni kut. Ni gambar ambik dari atas gazebo waktu hening petang yang sunyi...cuma pukulan ombak lesu je ada. Dan letih sinaran mentari membangkitkan perasaan semacam je, termasuk resah gelisah dalam mencari diri.


Entah mengapa bila datang ke sini, bagi sesetengah orang, kita boleh melihat rindu...melihat janji.

Nilah sedikit coretan kepada kawan2 yang nak tau Pantai Bukit Keluang ni, tapi di Besut ada lagi pantai yang tidak kurang juga hebatnya iaitu Pantai Air Tawar (tapi air pantai tu masin...). Lepas kita ke Bukit Keluang kita ke Pantai Air Tawar pulak nanti...

7 comments:

danny said...

jiwang la pulak..., penuh dengan falsafah.

Dalam tidur terasa jaga,
Dalam mimpi terasa realiti;
Hendak di ukur dengan kata-kata,
Namun tetap terpahat di dalam hati.

madier said...

pehhh...(nak jugak)

Eja said...

Mr danny..
boleh tahan gak jiwangnya mr danny ni yek... siap pantun bermadah helah lg tu....hehhehehe..

Mr Jan..
mmg jiwang tak terkata lah...menarik citer ni. rasa cm nk jln2 jer kat ctu.
eh, ni ke pantai yg mr jan mandi pakai gayung tu..hehehhe..

MINA said...

NAMPAK MACAM BEST TAPI NAPE TAK GLAMOUR YEK ....

Mc Zue said...

suki.. kalau pengganti lady d dah jumpa sekarang aku pun dah jumpa Mat Jiwa-jiwa.. hehehe..pandangan aku ngan d6..jangan marah ya..

Mc Zue said...

suki.. kalau pengganti lady d dah jumpa sekarang aku pun dah jumpa Mat Jiwa-jiwa.. hehehe..pandangan aku ngan d6..jangan marah ya..

Anonymous said...

Gazebo sekarang dah lama musnah.

.