Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 7, 2008

Kaki formal

Dulu masa kat UM ada seorang profesor tu punyalah pelik perangai. Pelik dari segi penyampaian kuliahnya. Sebulan dengar kuliahnya masih tak tahu lagi apa butir isi temanya. Jangan haraplah nak dapat student outcomes darinya. Selalu bercakap dengan dinding, jarang sekali melihat melihat ke arah depan, huh pelik. Tak pernah tengok dia senyum.
Punyalah ketar nak mengetuk pintu biliknya first time, bawak teman takut pengsang kat dalam bilik tu. Tapi punyalah baik bila ke biliknya, disambut dengan mesra. Biliknya penuh buku dan fail-fail (yang tentunya tak tersusun rapi, he he he). Atas mejanya kalau kucing beranak pun ibu kucing tu tak dapat cari anaknya.
Bila saja kita sebut tajuk kertas kerja kita, cepat je tangannya mengambil dari timbunan kertas dan buku-buku tu (mengalahkan libriang kat library) dan sempat pulak capai buku yang bersesuaian dengan tajuk yang kita buat untuk diberi dijadikan rujukan.
Dan mata terpandang ada jurnal antarabangsa. Eh ada paper dia kat situ! wow hebatnya lecturer aku...barulah sedar dia hebat. Siap tulis buku-buku lagi, ada atas lantai...he he he

Sejak hari tu memang respek habis kat dia, dan mengakui pensyarah ada mempunyai cara tersendiri bila nak menyampaikan kuliah. Contohnya ada yang menggalakkan perbincangan, asyik nak bincang je, pasal makanan kafe yang mahal pun nak bincang (tapi memang ada kaitan dengan kos sara hidup dan inflasi). Pensyarah jenis ni memang suka berinteraksi dan gemar melayan soalan-soalan daripada pelajar. Mungkin mereka mahu mengembangkan minda pelajar supaya melihat sesuatu perkara dari sudut lain, melatih mereka berfikir secara merentasi kebiasaan...
Ada jugak yang kaki formal, menjauhkan diri daripada pelajar dan tidak menggalakkan pertanyaan semasa dia sedang bercakap. Kalu dah dapat mikrofon terus macam itik dapat air. Terus menerus menyampaikan kuliah sambil buat lawak yang ternyata mesti dipertingkatkan dari masa ke semasa (kadang-kadang dok buat lawak yang dah banyak kali digunakan untuk sem-sem yang lepas dan student terus gelak sebab bukan kerana lucu tapi atas kapasiti status sebagai lecturer. He he he)
Jadi pelajar terpaksalah menyesuaikan diri dengan stail pensyarah. Kalau nak suruh pensyarah mengajar ikut kemahuan diri, buatlah universiti atau kolej sendiri dalam kain mak. Kebanyakan pensyarah tak ada diploma pendidikan, maka kemungkinan besar mereka mengajar dibayangi pesonaliti masing-masing. Apa yang penting mereka ada ilmu yang diiktiraf dan menyampaikannya dengan cara masing masing. Rambut ada yang perang dan hitang ada yang free dan tertutup, tapi cara penyampaian lain-lain. Kalau pensyarah kaki formal besar kemungkinan pelajar kena banyak menulis. Kalau yang suka berbincang pelajar pulak kena pasang telinga.
Begitu juga dengan dunia nyata selepas belajar, kita tak boleh nak suruh boss kita ikut kemahuan kita...
Sebelum keluar dari biliknya sempat juga dia buat lawak, katanya `bila-bila sebelum ke kuliah baca dulu banyak-banyak, taklah melopong...'. sambil tersenyum (senyuman pertamanya setelah 6 bulan*).
Kami pun senyum juga tapi cepat-cepat menutupkan pintu...
*Dulu sistem penggal bukan semester.




1 comment:

danny said...

En. Anan : kadang2 malu nak ngaku kije pensyaroh...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home