"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, July 8, 2008

English is important BUT...he he he

Susah ya kalau kita nak bercakap pasal isu bahasa. Ada setengah pihak begitu patriotik (dan begitu sensitif) ada setengah pihak begitu selamba... Macam nak kupas pasal seks, politik atau agama, ia sensitif. Takut ada yang tersinggung...
Memang kepentingan bahasa inggeris tidak nafikan sama sekali, memang penting kerana ia bahasa antarabangsa, bahasa mencari ilmu (semua orang tahu...). Namun di sini ketaksuban penggunaan bahasa tersebutlah haruslah kita teliti dengan lebih mendalam....
Saya memang mengakui saya tidak berbahasa inggeris dengan baik, bahasa inggeris bukanlah bahasa ibunda saya, dan saya percaya bukan semua orang menggunakan bahasa inggeris untuk maju dan sama sekali saya menolak jika bahasa inggeris menjadi pengukuran kualiti kerja seseorang atau terpelajarnya seseorang itu.
Namun dalam bidang pekerjaan sekarang saya dituntut bekerja, berbahasa dalam bahasa inggeris. saya bertekad untuk menguasainya dengan lebih baik dari masa ke semasa. Saya menerimanya sebagai satu proses pembelajaran seumur hidup.
Didapati orang Malaysia (golongan pertengahan) gemar berbual bersama mereka di dalam bahasa inggeris. Di mana-mana bermula di pasar-pasar mega hinggalah dalam dewan persidangan, meeting (sama-ada antarabangsa atau dalam negeri), mereka menggunakan bahasa inggeris. Malah ada laporan bangsa kita masih berbual dalam bahasa inggeris semasa di lobi-lobi kat persidangan antarabangsa, masa rehat tu mereka bercakap menggunakan bahasa inggeris tidak seperti bangsa Jepun atau Korea.... Dan ini tidaklah memeranjatkan kita kan (yang ganjil adalah pada orang luar yang melihat tabiat kita berbual sesama sendiri dalam bahasa asing, iaitu bahasa inggeris.... pernahkah kita fikir? he he he `cuba masuk dalam kasut mereka')
Bangsa Cina, Indonesia, Pakistan, negara Eropah ataupun Arab berbual dan berbincang sesama sendiri dalam bahasa mereka. Malah secara peribadi pernah melihat orang cina berbahasa mandering tanpa sepatah pun menyelit bahasa inggeris. Malaslah nak tulis pasal kekuatan kedudukan dan kedaulatan bahasa inggeris di negara Melayu ni. Memang penting dan membudayakan komunikasi.
Tulisan ini ditulis untuk menyatakan walaupun begitu, adalah salah jika kita mengukur kehebatan seseorang itu dengan melihat penguasaan bahasa inggerisnya, dan ini pun semua orang tahu...he he he.
Saya tidak anti bahasa inggeris tetapi tidak juga mencintai bahasa inggeris. Walaupun tak cinta setiap kali balik kampung selalu mengingatkan anak-anak saudara supaya belajar bahasa inggeris rajin-rajin kerana nanti ilmu dicari ada dalam bahasa inggeris dengan banyaknya, saya akui kepentingan bahasa inggeris dalam mencari ilmu, sesaat pun tak nafi...
Bagi orang Jerman, Francis, Korea dan lain-lain, bahasa inggeris berguna sebagai bahasa antarabangsa tetapi tidak penting dalam negara mereka (mereka memberi peluang sama rata), malah kalu melihat kemajuan mereka tidaklah serendah kemajuan negara berbahasa inggeris, he he he.
Kalu kita tengok bangsa yang pernah dijajah contoh India dan Pakistan (juga bangsa kita dan lain-lain) inilah yang menganggap bahasa inggeris penting. Namun berapa banyak negara bekas komenwell ini maju dan membangun? he he he, kalau adapun bukan sebab guna bahasa inggeris tapi atas faktor-faktor lain...
Bangsa Thai tidak dijajah, mereka tidak mementingkan bahasa inggeris dalam urusan perniagaan dan ekonomi negaranya, pun begitu mereka mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan (adakala mcapai 12% berbanding dengan negara-negara bekas tanah jajahan inggeris yang mendaulatkan bahasa inggeris).
Maaflah bila bercakap pasal bahasa ni asyik nak tergelak je, hairan dan lucu... he he he.
Jan: Pernah hadiri persidangan yang semuanya orang Melayu tapi semuanya guna bahasa inggeris...he he he he.

3 comments:

danny said...

sepatutnya semua org harus kuasai bahasa inggeris untuk mengambil ilmu2 dalam bahasa inggeris untuk ditranslate ke bahasa melayu. Macam orag barat masa dulu yang belajar bahasa arab bagi mencedok ilmu dan diguna dalam bahasa inggeris, maka diorag pun maju.

masalah org melayu ni, bila bercakap bahasa inggeris nak slang inggeris jugak. Berbeza dengan bangsa lain bila bercakap bahasa inggeris, mesti ada slang bahasa sendiri contohnya gaya org peancis, cina, india dan negro bila bercakap bahasa inggeris.

madier said...

emmm..penah gak berangan nak jadi ahli sukan yg berjaya didunia..cam pelumba F1,pemain tenis...dll..masa temubual lepas menang satu2 pertandingan tu..nak cakap jer bahasa Melayu...biar diaorg sediakan jurubahasa...hehehe..maklumlah..kita dah terkenal kan?heheehe...

Yg peliknya..ngape pemimpin negara lain cthnya Iran blh plak ckp bahasa ibunda diaorg kat persidangan antarabangsa...ngape pemimpin kita cam malu nak berbahasa Melayu?sepatutnya pemimpin yg mulakan..diikuti oleh pengikut....hehehe

danny said...

tu la masalahnya. Pemimpin kita ni puncanya. Pandang sangat pada kepentingan bahasa untuk maju. Bagi aku bahasa bukan faktor utama untuk maju.

Kadang2 menyampah tengok berita bila ada temuramah ngan syed hamid albar... cakap english sokmo. Sian org melayu yang tak reti english.

Jepun, iran, korea, perancis antara negara yang menggunakan bahasa ibunda tetapi masih maju negaranya.

kalau pemimpin yang ada sekarang masih lagi memimpin dan masih lagi berfikiran macam sekarang maka aku rasa Malaysia akan still macam ni.

Tujuan kita belajar bahasa inggeris sekarang adalah supaya kita dapat membawa ilmu bahasa inggeris tu ke bahasa melayu. Kemudian, ilmu itu akan dibaca dan dikembangkan oleh anak2 kita dan orang2 kampung. dari situ, rakyat Malaysia akan maju lagi.

.