"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, July 4, 2008

Nak sumat kat mana ya...

1hb, 2hb dan 3hb pergi ke Seremban buat marketing. Buat marketing ni letih juga...namun best juga g jalan kenal tempat orang.
Paling best menjejaki kaki ke kawasan sekolah, teringat masa ngajar di sekolah dulu, jadi cikgu bukan tugas yang ringan dan selamba. Melangkah saja ke dalam nampak cikgu-cikgu yang berpakaian kemas dan kelihatan tak cukup waktu. he he he. Mesti ada saja benda yang nak dibuat, nak difikir. Dan SPM lebih kurang 3 bulan lagi kan...cikgu-cikgu dok melatih tubi sekarang...
5 buah sekolah semuanya, sambutan yang diberi nyaman dan mesra. Malah siap bagi sijil dan hadiah pulak, baju T'shirt dan mug pun dapat.
Ramai ya budak ambik SPM kat Malaysia ni...Katanya tahun lepas seramai lebih kurang 447,000 pelajar. Tahun ni diramal setengah juta pelajar ambil SPM. Emmm nak sumat kat mana ya mereka tu? U kat IPTA ada lebih kurang 20 je... campur U kat IPTS pun, masih tak banyak...
Namun katanya hanya 5% je yang berjaya, 5% tu banyak mana? pelajar yang macam mana ya cikgu?
harapan seorang ayah: anak menjadi anak yang baik dan rajin-rajin belajar.
harapan seorang cikgu: menjadi manusia yang berguna dan rajin-rajin belajar (lebih kurang....)
Jan: ...tapi yang tercicir tu nak sumat kat mana ya?....

3 comments:

Eja said...

Pakcik, cemana nak masuk UNITEN yek. hehehehhehe

Mc Zue said...

aikkk..masa duk KSP nak pernah dengar jankaulu g markarting.. hehehe..dah berubah ker pakcik? hehehe

jankaulu said...

DULU masa kat KSP ada juga g sekali tapi low profile...g dengan z.

Pak cik sekarang dalam katogori swasta...setakat ni dah g kelantan, negeri sembilan dan peneng...hari tu kena g Terengganu (tapi tak g sbb ada kerja lain)

Ada pelajar tu dia panggil saya pakcik! nak pengsan luruh jantung rasa...kalau tak rebah depan dewan besar tu.

pagi tadi bilang janggut putih dah 15 helai, dulu lapan je...

tapi mungkin masanya dah sampai...tiada yang kekal melainkan allah.

.