"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, May 13, 2008

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini



DATUK SHARIFAH AINI SYED JAAFAR merupakan seorang penyanyi tersohor yang telah dianugerahkan gelaran Biduanita Negara Malaysia selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Sehingga ke hari ini beliau masih aktif dalam bidang seni suara, dan terus menghasilkan album demi album memandangkan beliau mempunyai peminat setia yang ramai.





Apabila membicarakan bidang seni suara Malaysia, nama beliau tidak dapat diketepikan memandangkan beliau telah berada lama di dalam perkembangan industri muzik Malaysia. Semenjak akhir tahun 60an, 70an, 80an, 90an sehingga sekarang beliau dapat menempatkan dirinya pada kedudukan tersendiri setelah banyak penyanyi baru datang dan pergi, bersilih ganti. Kehebatan beliau dapat bertahan lama merupakan aura penyanyi sejati. Beliau adalah artis yang terkenal semenjak era 1970-an lagi, sebelum kehadiran Sudirman Hj Arshad, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza (sekadar memberi beberapa nama…).







Di Malaysia penyanyi wanitanya lebih popular dan dapat bertahan lama berbanding dengan penyanyi lelaki. Malah dalam banyak keadaan penyanyi wanita ini juga muncul sebagai pelakon wanita yang berbakat hebat. Penyanyi wanita ini pula tidak semua bernasib baik dan dapat bertahan lama, namun berbanding dengan penyanyi lelaki, karier penyanyi wanita lebih panjang hayatnya. Lebih kelihatan glamour, lebih publisiti dan popular.










Untuk mencari penyanyi wanita yang popular tidak sukar kerana ramai penyanyi baru saban tahun muncul dengan penuh gimik, glamour dan popular. Namun untuk mereka bertahan lama adalah sukar, selepas satu-dua album mereka berhenti kerana kuantiti jualan semakin berkurangan dan syarikad rakaman tidak mahu meneruskan kontrak, maka penyanyi yang penuh glamour kemunculannya itu akan tenggelam.





Amat sukar mencari penyanyi yang dapat bertahan lama, album terus mendapat sambutan, dan memberikan sumbangan besar kepada bidang seni suara tanah air. Tidak sukar menyebutnya kerana bilangannya amat sedikit. Oleh itu nama Datuk Sharifah Aini akan terus disebut-sebut sebagai seorang penyanyi yang dapat bertahan lama (evergreen) dan tidak pernah membuat `come back’ dalam industri senisuara Malaysia.

1 comment:

danny said...

tulisan yg baguih

.