Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, August 17, 2011

Lagi perihal FB (ucapan puasa dan raya)



Sekadar hiasan...hehehe



Jan: Saya jarang buka FB, bukan tiap-tiap hari. Entah mengapa... Mungkin saya tak berapa pandai bersosial dan menyampuk perbualan orang, he he he.
Pun begitu kalau ada masa sangat terluang saya buka FB biasanya pukul 5 petang ke atas.
Saya kira dalam FB belana (ramai) bekas pelajar saya berbanding dengan kawan-kawan saya. Namun ramai yang saya sudah tidak ingat, maka kalau ada masa saya buka FB mereka dan baca info mereka, lihat gambar-gambar. Pun begitu saya ada juga saya tetap terlupa mereka itu yang mana satu, he he he. Maklumlah saya sudah mengajar lebih 5 ribu pelajar dah, he he he.
Pun begitu saya ucapkan kepada semua rakan seFB saya, selamat berpuasa dan berhari raya, maaf zahir batin...

Tuesday, August 16, 2011

Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri








Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

( ulang dari korus )




Saya ulas yea...

Kalau kita perhatikan betul-betul, banyak lagu raya lebih kepada bernada sedih kerana mendukung cerita duka dalam menyambut suasana hari raya. Walaupun nabi kita menyarankan agar kita berbahagia pada hari raya, episod hidup kita berlainan.

Lihat lirik lagu Aisyah `Pulanglah' , `Dari jauh kupohon maaf'' oleh Sudir, atau lirik lagu Tan Sri P Ramlee yang bertajuk `Dengang Perantau'. Nak luruh bulu hidung kita bila mendengarnya, sayu, pilu, syahdu...kan?

Kali ini saya bawak pembaca-pembaca ke era 30 atau 40 tahun yang lalu iaitu ketika lagu `Bersabarlah Sayang' oleh Sanisah Huri meletup. Lagu ini ramai yang tak tahu tajuknya tetapi `kenal' dengan lagunya. lagunya selalu dikompilasikan dengan lagu-lagu pop raya yang klasikal.

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Perenggang pertama lirik di atas menceritakan ketika semua orang sedang bergembira berhari raya seorang insan masih berada di alam duka. Mungkin pukul 10 pagi baru dia bangun kerana baginya tak ada apa-apa yang perlu diraikan lagi. Kepemergian orang tersayang meragut segala ceria dan harapan hidup.

Perlu diingatkan bahawa lagu ini bukan kisah si penyanyi. Ia kisah kawan kepada si penyanyi atau kisah keluarga kepad asi penyanyi. Sebab kita dapati ada perkataan `marilah bersama berhari raya'. Ia menunjukan nada seruan kepada yang sedang berduka. Aaaaa... Kena faham betul-betul, duka yang terjadi bukan pada hidup si penyanyi.

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Rangkap kedua barulah jelas rayuan lagu ini adalah untuk insan yang berhati patah atau tak nak beraya. Insan tersebut mungkin tak beli baju raya kecuali kepada anak-anak saudaranya. Si penyanyi menasihatkan kawannya supaya barang yang lepas tak usah dikenang, dan bangkit untuk mulakan hidup baru. Cerita lama kena tipu, kena aniaya tu janganlah dikesalkan, jangan ditagisi lagi. Semuanya kehendak tuhan (kita libatkan tuhan biar tenang sikit). Mungkin kawan si penyanyi yang berduka itu bertembung dengan manusia yang muka syurga, hati neraka. Tapi ingat, tak ada sekuman pun terhindar dari keadilan allah di kemudian hari! Tuhan akan melaknat orang yang merosakan jiwa hambanya.. Maaf saya emo pulak dalam memprosakan lirik ni...

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Rangkap ke tiga menerangkan yang si penyanyi tersebut meluahkan perasaannya yang dia akan tetap bersama kawannya walaupun banyak tuduhan yang dibuat ke atas kawannya tersebut. Sebab dia percaya kawannya yang bersedih di hari raya tersebut tidaklah bersalah, rujuk ayat `Di jurang kesalahan sahaja'.

Dan sebenarnya si penyanyi tak sampai hati membiarkan kawannya tergolek atas tilam pada hari raya. Atau keseorangan di wakaf tepi pantai...

Tapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Dan rangkap terakhir tersebut si penyanyi menyakinkan temannya yang dia dan kawan-kawan yang tahu kisah sebenarnya akan selalu memberi sokongan dan talian hayat. Sebab dia dan teman-teman rapat tahu benar kisahnya `dikencing'.

Dan akhir sekali is penyanyi menasihatkan temannya supaya banyak-banyak bersabar dan bawa bertenang. Rujuk ayat `dan luka di dada hanya kuharapkan kau harus bersabar dan bertenang selalu".

Sekian sahaja. Sebenarnya ruang lingkup nak mencipta lagu raya tak besar mana. Lirik hanya berkisarkan kepada suasana hari raya. Contohnya, minta maaf, balik kampung, makan kueh, main mercun dan sewaktu dengannya. Namun lirik di atas yang bertajuk `Bersabarlah sayang' lari sedikit daripada kebiasaan. Malah saya memilih lirik ini kerana ianya ada mengenai semangat persahabatan dan menolong antara satu sama lain.

Pendek kata nilai mencara hal (mengambil tahu hidup orang lain) orang ni ada juga yang positif. Sanggup ke kita tengok kawan kita tergolek bernyawa tapi tak bermaya sedangkan kita beraya sakan?

Jan: Sedihnya lirik lagu ini...hanya tuhan yang amat tahu.

Monday, August 15, 2011

Pantun pinjam duit kawan...

Gulai sayur pucuk paku,
Basuh mulut kueh seraya;
Anak lapan bersusun paku,
Banyak belanja menjelang raya.


Basuh mulut kueh seraya,
Malam hari duduk bertasbih;
Banyak belanja menjelang raya,
Jangan belanja berlebih-lebih.


Malam hari duduk bertasbih,
Bulan mulia ingatlah tuhan;
Suka belanja berlebih-lebih,
Lepas raya meminjam kawan.


Bulan mulia ingatlah tuhan,
Cari pahala buat perisai;
Lepas raya meminjam kawan,
Hutang lama belum selesai.


Cari pahala buat perisai,
Sebagai pakaian kita pakai;
Hutang lama belum selesai,
Lepas raya kita pokai.




Kita prosa pantun di atas:

Gulai sayur pucuk paku,
Basuh mulut kueh seraya;
Anak lapan bersusun paku,
Banyak belanja menjelang raya.

Pantun yang saya cipta di atas adalah jenis pantun berkait di mana ada baris di pantun terdahulu akan muncul pula pada rangkap pantun seterusnya. Begitulah sehingga ke akhir pantun. Cuba perati kalau tak caya. Seperti biasa pantun Melayu akan menceritakan perihal peail perangai orang Melayu, bukannya orang Belanda atau orang New Zearland. Berkaitan pantun di atas menceritakan perihal orang Melayu yang diharamkan untuk merancang keluarga. Setiap anak memang dah ada rezeki, maka dia orang beranak non stop every yearslah. Dan mereka tak payah cari rezeki sebab setiap anak tuhan dah tentukan ada rezeki so pakai beranaklah kerjanya (kelakar kan? he he he). Anak `bersusun paku' adalah pepatah lama menunjukan bilangan anak yang ramai. Bila anak ramai tentulah perlu banyak duit nak buat persiapan raya. Bila kerajaan bagi bonus setengah gaji terus marah sebab sikit. He he he. Dia orang tak tahu kat Somalia dah 29,000 nyawa melayang setakat ni. Dia orang jauh nak ambik ikhtibar, dok pikir nak melantak apabila buka puasa, he he he.


Basuh mulut kueh seraya,
Malam hari duduk bertasbih;
Suka berbelanja menjelang raya,
Suka belanja berlebih-lebih.


Pantun di atas pula menceritakan perihal orang kita yang suka berbelanja sempena ramadhan dan menjelang raya seolah esok kiamat!. Juadah berbuka berlebihan, berbelanja untuk raya tidak apa tetapi berbelanja berlebih sampai membazir itulah yang sepatutnya ditegah. Senang-senang jadi kawan syaitan. He he he. Siapa yang syaitan sebanarnya kita ke? syaitan ke? he he he.


Malam hari duduk bertasbih,
Bulan mulia ingatlah tuhan;
Suka berbelanja berlebih-lebih,
Lepas raya meminjam kawan.


Kes lepas raya nak pinjam duit kawan seperti pantun berkaita di atas sudah menjadi lumrah. Dan biasanya jangan tak tahu, kawan yang bujanglah biasanya menjadi tempat meminjan dengan alasan tak ada komitmeng, tak ada anak bini. Siap dengan linangan air mata pulak tu semasa nak meminjam! Kita yang belas hati ni berilah seposen dua, takut beri pinjam RM50 kan, ke Pizza hunt pulak dia! Huh!.


Bulan mulia ingatlah tuhan,
Cari pahala buat perisai;
Lepas raya meminjam kawan,
Hutang lama belum selesai.



Ramadhan dan raya bukannya beri lesen untuk kita meminjam. Kita berayalah ala kadar ikut duit dalam poket. Tak perlulah kita nak kagumkan jiran kita yang sebenarnya kita bukanlah kenal sangat (pelik kan?), he he he. Lepas raya kita menambah hutang yang sedia ada, apa kata tuhan? Pernah tak kita fikir apa kata tuhan bila dia tengok gelagat kita? He he he.



Cari pahala buat perisai,
Sebagai pakaian kita pakai;
Hutang lama belum selesai,
Lepas raya kita pokai.



Dan pantun terakhir ni sama-samalah kita akui, saya pun (tukang tulis pantun) ni dua kali lima jugak. Pernah dulu lepas raya saya berhutang sampai beribu! He he he. Rasa nak tampar muka sendiri lapan kali. Namun tahun ini setakat ini saya tak berhutang dah dengan kawan-kawan. dengan bank tu biasalah beli rumah dan kereta. `Lepas raya kita pokai' ni kongsep lama, kini kita kena ala kadar jea beraya. Jangan pulak ramadhan dan raya jadi bebanan untuk kita. Agama kita tak sarankan begitu kan.



Jan: Pandai tulis jea, kadang-kadang terbabas jugak, hehehe (kira pesan untuk diri sendirilah ni kan...)

Perihal uban saya

Gambar-gambar di bawah ini saya pukul untuk merakamkan suasana misai dan janggut saya beruban. Tiba-tiba je mereka beruban dengan banyaknya.
Gambar di bawah bukannya gambar saya nak `cari makan'. Saya tak kisah kalau tak ada orang minat kat saya. saya pukul gambar ni masa lepas berbuka, sambil saya tergolek-golek.

Pelajar saya sudah ada menegurnya dan mencadangkan saya menghitamkan balik. Mereka bertanya kenapa tak hitamkan balik? Saya pula tak terlintas nak hitamkan semula. Cuma pada awal-awal kemunculan uban ni dulu, ada la saya cabut...he he he

Kelihatan juga lubang hidung saya yang besar tersebut. Sebenarnya bulu hidung saya pun ada yang sudah beruban!


Uban ni tanda saya tua ke? Saya ada terfikir jugak tetapi cepat-cepat saya alihkan pemikiran dan pertanyaan itu dengan menanam semat di hati yang uban tersebut uban penyakit.

Kat misai tak nampak sangat beruban sebab saya dah gunting jadikannya pendek. tapi kalau biar panjang nampak ubannya...








Saya tidak bercadang nak hitamkan uban-uban saya ini. Juga saya tak bercadang lagi hendak mencabutnya kerana dah semakin banyak. Tak apalah kalau beruban pun. Saya nak buat macam mana, saya terima je la...




Bila saya tatap gambar-gambar ni seorang diri, tiba-tiba saya rasa handsum jugak walaupun ada uban di misai dan janggut (kes perasan la ni). Walaupun setakat ini ada juga rakan pensyarah yang beritahu saya nampak tua, saya tetap merasa muda.



Jan: Tak ada orang hidup tongkat langit...

Ayam masak ala-ala pedas...

Emak saya deman, saya dah bawa ke hospital. Bila balik rumah saya suruh mak saya berehat. Jadi saya kena masak untuk berbuka puasa. Saya pergi pasar saya beli seekor ayam. Pak Cik tersebut beritahu RM18 seekor. Saya tak banyak soal saya terus bayar dan minta dia potong 20.


"Kalau saya, saya tak suka potong kecil-kecil, bila masak kering..." Kata seorang pelanggang lain pada saya. Pandai pulak dia sampuk. Saya tersengeh dan kata:


" Saya nak buat masak pedas, ada kuah sikit. Jadi tak keringlah" Saya memberi penerangan seikhlas hati...






Di dapur yang sempit, saya bersihkan ayam dan letak kunyit, dan goreng dengan kuali yang saya sayangi. Kuali tersebut berharga RM380, saya beli 6 tahun lalu semasa bekerja di Kolej Shahputra, Kuantan.


Saya tak menyesal beli kuali tersebut...







Saya belender bawang dan letak dalam bekas kemudian saya belendar lada kering. Lada kering tu saya rendam dalam air panas terlebih dahulu. Saya tengok mak saya buat begitu. Kalau kita masak untuk kita makan senang. Kita boleh ikut rasa lidah kita. Yang payahnya kalau kita masak untuk orang lain. Kalau mereka komplain, rasa nak hempuk dengan kuali (kuali murah...)





Saya nak buat kuah pedasnya dulu. Saya panaskan minyak, letak lada dan kacau biar berbau. Kemudian saya bubuh bawang yang telah diblander tersebut. Saya letak nisan dan cuka. Saya masak-masak dan masak.






Saya suka manis sebab itulah saya bubuh nisan. Dan saya bubuh cuka sikit biar masam. Saya rasa dengan lidah dan cepat-cepat kehek balik, takut tertelan.


Saya letakan ayam yang telah digoren. Rujuk gambar di atas.




Saya masak hingga jadi macam dalam gambar di atas.





Saya letak bawang dan lada sikit, biar ala-ala chef terkenal, he he he.





Saya masak dan terus masak. Inilah hasilnya.


Jan: Saya tak pandai memasak, hanya untuk makan diri sendiri sahaja...he he he.

Perihal mee

Bulan puasa ni kadang-kadang pelik. Saya tiba-tiba nak makan mee halus goreng. Maka petang semalam saya ke bazar. Saya beli RM1.

Bila waktu berbuka, mak saya yang makan dulu mee tersebut. Mak saya nak rasa sikit. Lepas rasa mak kata:

" Abang tok soh makan lah mee tu, masin sangat. Kalau nak makan perah air asam limau..."

Saya rasa hampa, terus saya tak makan walaupun sesudu. Saya teringat semasa membelinya tadi banyak mee tersebut diletak dalam bekas yang besar. Kalau habis mee tersebut terjual tentu ianya sesuatu yang tak patut. Tadi saya pergi awal ke bazar, tak nak bersesak.

Saya rasa kesian pulak kepada sapa-sapa yang beli mee masin tersebut. Sepatutnya suruhlah sapa-sapa yang tak puasa rasa makanan tersebut. Suruh anak ke. Atau sapa-sapa yang tak puasa. Barang nak dijual pastikan elok...

Jan: kerugian dan pembaziran di bulan puasa

Saya pernah ada badan yang menarik...

Bukan diet ni...



Umur saya sudah melebihi 40an (awal 40an), badan saya tidak sehebat semasa alam universiti atau pada awal-awal saya jejak dunia pekerjaan. Mungkin faktor umur, masa dan kemalasan saya untuk bersenam menyumbangkan kepada masalah berat badan.
Berbanding dengan sepupu saya yang tidak pernah kurus semenjak kecil, saya bersyukur kerana mempunyai waktu perdana untuk mempamirkan badan (walaupun bukanlah berketul-ketut otatnya). Semasa di universiti, apabila pergi rombongan mandi-manda, saya tidak segan silu membuka baju dan mempamirkan apa yang ada. Begitu juga semasa di Pulau Redang, saya mandi dengan sebebasnya untuk menunjukan segala yang saya ada!. Berlainan dengan sepupu saya, dia beritahu dia tidak pernah kurus sepanjang hidupnya, sekarang dia dah kahwin...semakinlah melebar, selebar pintu. Dia rasa sedih.
Pukul rata badan saya mencatitkan sehingga 85Kg semenjak duduk di Pahang. Semasa saya mula ijaki Pahang, berat badan saya lebih kurang 64Kg dan menderita... (saya tak kata sekarang saya sangat bahagia, he he he).
Saya bukanlah kisah sangat pasal berat badan cuma sudah berkali-kali doktor beritahu saya, saya harus kurangkan berat badan sebab saya ada darah tinggi. Dulu saya makan pil darah tinggi yang 2.5 mg sahaja, kini dah 5 mg. Maka saya kena jaga berat badan. Dan dalam bulan Ramadhan ini saya rasa sihat dan ringan sedikit. Semalam emak saya tegur buah dada saya nampak bulat sebab badan saya sudah kurus sikit. (sikit saja tau...)
Saya pernah dan masih mencemburui orang yang berbadan terbentuk. Dulu saya selalu lihat sahabat saya (seserumahsewa) iaitu Lokman Hakim mempunyai badan yang menarik. Perut yang berpetak-petak. Saya pernah beritahu dia kalau saya ada badan macam dia tentu saya tak perlu pakai baju setiap kali nak sidai kain kat belakang rumah. Kalau Diana dan Rojeha (pada masa itu masih anak dara) yang sewa di belakang rumah saya melihat saya, saya tidak malu...
Malah, saya pernah beritahu saya sanggup bayar RM15K untuk mendapatkan perut seperti Lokman Hakim...(walaupun masa tersebut bukannya saya ada banyak duit pun, he he he).
Sekarang perut saya buncit. Nasib baik saya lelaki, kalau perempuan tentu difitnah masyarakat. saya tinggal di dalam masyarakat Melayu, faham sajalah. Saya tak kahwin pun dikata konek berkarat atau berlumut...
Saya tidak boleh pakai baju yang bergaya (alasan, he he he). Dan bila berat badan saya turun, perut buncit saya semakin menonjol.
Saya sering menimbulkan topik berat badan sebab saya percaya rupa bentuk badan seseorang amat mempengaruhi perjalanan hidupnya. Saya tak lah kata orang yang gemuk akan hadapi kesukaran dan tidak aktif tetapi saya percaya sangat orang yang sihat tubuh badan dan mempunyai timbangan berat yang berpadanan akan melicinkan pencapaian hidupnya.
Walaupun bagai mimpi yang pulang pagi, saya masih berharap suatu masa nanti saya ada badan yang menarik. saya `kesiankan' cermin dalam bilik saya...
Jan: Walaupun saya tahu masa semakin suntuk...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home