Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 12, 2009

Terima kasih atas segalanya, terima kasih!

Perkara yang telah hilang dan sukar untuk meraihnya kembali ialah kepercayaan... Kerana kepercayaan sukar kita berikan, juga sukar untuk diraih sesama manusia.
Jika ada manusia yang percayakan kita sepatutnyalah kita merasa bangga dan memelihara kepercayaan itu. Kerana kepercayaan itu nilai diri kita, nilai segalanya. Namun jauh di sudut hati manusia mereka cenderung untuk membunuh kepercayaan. Setelah mendapatkannya ia terbiar dan dipersia. Kerana seperti biasa perkara yang kita miliki kita akan cenderung untuk tidak hargainya. Kita galak menjadi pemburu untuk mandapatkan sesuatu tetapi apabila kita mendapatkannya kita jemu.
Selepas itu kita akan menyesal, kerana kepercayaan itu kita sendirilah yang hancurkan kerana kita pentingkan diri. Namun kita sendirilah yang mengizinkan ianya terjadi.
Melalui masa kita sedari semuanya berubah... Perasaan curiga akan lebih menebal, perasaan tidak percaya akan lebih hebat... maka kelopak mawar gugur daripada tangkainya.
Jankaulu: Kedua belah pihak mustahil akan jadi seperti dulu. Sesuatu kepercayaan yang punah pastilah merubah segala tanggapannya.

Bukan senang kan...

Sekarang saya sedang mengusahakan suatu kajian yang sudah lama juga berlegar difikiran saya. Oleh kerana kesibukan masa mengajar, kemalasan dan masalah peribadi ia banyak kali tertangguh.
Secara mudah kajian tersebut mengenai gelagat penggunaan (perbelanjaan terutamanya) di kalangan guru sekolah rendah. Saya mahu meneliti pembahagian pendapatan yang dibelanjakan oleh mereka dan juga adakah terdapat corak-corak tertentu. Dan saya juga mahu membandingkannya antara kawasan luar bandar dan kawasan urban. Itulah niat-niat kasar di fikiran saya.
Namun bukan mudah untuk mengusahakan suatu penulisan akademik. Ianya mempunyai peraturan dan langkah-langkah tertentu. Jika kita tertinggal suatu langkah ia mungkin sudah tidak dapat dikatogerikan kedalam penulisan akademik. Dan saya memanglah tidak berdaya untuk menghasilkannya seorang diri. Saya perlukan banyak pertolongan daripada banyak orang yang mempunyai kemahiran yang berlainan.
Sekarang saya masih giat membaca kajian orang lain yang ada persamaan dengan kajian yang saya akan buat. Ini juga suatu proses dalam penulisan akademik. Kita kena baca kajian orang lain yang ada menyentuh isu yang kita mahu kaji. Walaupun hanya sipi-sipi sahaja dengan apa yang kita mahu kaji ia memberikan iput yang penting. Ianya membuka minda kita untuk melihat isu yang kita kaji dengan lebih penting.
Teringat saya kepada seorang sahabat lama pensyarah di sebuah IPTA. Kajiannya sudah makan tahun demi tahun dan keprogresan hasil kajiannya sangat lambat. Agak lama juga untuk memulakan sesuatu kajian dan lebih lama masa diperlukan untuk menghasilkan kajian sepenuhnya (menyudahkannya). Tak naklah buat kajian ala mee segera kan, bimbang kualiti akademiknya luntur.
Dalam hati kecil saya memang saya tidak suka menulis secara akademik, iaitu membuat kajian. Kalau boleh saya ingin mengajar sahaja. Namun kata Ustad Ahmad tugas mengajar adalah tugas yang semua orang boleh buat (secara amnya), kemahiran lain perlu ada terutama melalui penulisan. Adnan pula pernah bertanya kepada saya (pertanyaan sinikal) `` Kalau kita yang tak menulis nak harap sapa menulis?''. Pendapat mereka memang benar, saya akui. Cuma saya mungkin pemalas dan tiada kemahiran, tiada dorongan yang kuat.
Bukan niat saya untuk membincangkan atau mengakademikan blog ini dengan terhasilnya penulisan ini. Cuma saya terpikir bukan senang hendak menulis secara akademik. Semuanya kena sandarkan kepada bukti konkrit, sah dan jitu. Tidak seperti penulisan bercorak simple (tetapi ada makna) yang saya selalu tulis dalam blog ini...
Jankaulu: Teringat seorang kawan seakademik (yang dia sendiri tiada blog) bertanya kenapa penulisan di dalam blog saya mengenai perkara remeh temeh sahaja...

Monday, May 11, 2009

berkereta dalam hujan...

Petang semalam sedang asyik layan DVD, hujan turun mencurah dengan lebatnya. Saya melompat bangun menuju ke dapur dan terus ke belakang rumah untuk angkat kain di ampaian. Bila tiba di belakang rumah saya lihat penghuni taman lain juga giat mengangkat kain mereka (kain di ampaian) di belakang rumah masing-masing. Cepat-cepat saya masuk semula sebab saya sadari (sebut ikut gaya Sheila Majid, sebutan huruf `S' nya tak jelas), saya hanya berseluar pendek.
Beberapa hari ni kala petang bermega mendung langitnya, semendung hati saya (pulak dah). Kemudiannya saya tutup dvd player dan terus capai kunci kereta. Saya cepat-cepat keluar daripada kawasan perumahan. Saya nak roung bandar Muadzam dalam hujan lebat. Biar saya ada kemahiran memandu dalam hujan lebat...

Saya berpendapat saya kena belajar semuanya, segalanya dengan cepat. Umur dah meningkat, saya harus lebih banyak belajar (banyak perkara). Rupanya sukar juga bawak kereta dalam hujan sebab jarak penglihatan kita minima sahaja. Saya hanya dapat mengesan kehadiran kereta berdasarkan lampu kereta sahaja. Mujurlah kereta tak banyak dan kala hujan kebanyakan kereta slow je. Saya ambil kesempatan dalam hujan lebat tersebut untuk belajar kereta, saya bawak slow je.
Tidak banyak kereta di jalanraya bandar Muadzam. Tapi tidak selamanya saya memandu di Muadzam saja kan? Sebab itulah saya cuba juga memandu dalam hujan, dalam ketakutan... saya harus cuba.
Bercakap pasal ketakutan, sekarang saya dah minima tahap takutnya. Bila pergi kerja dan balik kerja saya tidak lagi ketakutan tetapi saya tetap bawak slow dan berhati-hati. Kadang-kadang rasa suka pulak bawa kereta. Kadang-kadar rasa nak bawa diri...tapi ke mana arah?...
Saya sudah mula kenal jalan mana yang tidak sesak dan jalan mana yang sesak, jalan mana yang ada ciri bahaya (sebab saya tak cekap) dan jalan mana yang saya boleh lalu dengan aman. Namung kadang-kadang saya pilih jalan yang saya takut supaya saya dapat belajar dan menguasai jalan tersebut. Hidup ini begitu kan... kita tak boleh lari...
Bila hujan terdapat jalan-jalan yang di tepinya jadi banjir kilat. Bila kita lalu bersembur air terbang ke atas. Jadi saya perlulah daberkan (gandakan) rasa berhati-hati saya.
Dan saya sempat singah ke Sebelas Tujuh untuk beli roti dan sekaya, saya beli juga telur sepack. Balik nanti nak buat sandnuis. Sedap makan masa lapar-lapar.
Dalam perjalanan pulang, saya terima sms daripada kawan saya dan saya cuba balas tapi pendek je. Saya nak dapatkan kemahiran memandu sambil sms dalam hujan pulak. Tapi bahayakan... Tapi kalau bawak dalam 30 Km je sejam mungkin boleh kot.


Jankaulu: Antara hujan, air mata dan Myvi...

Kucari Damai di hati... - Gingerbread

Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh...

Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka

Jan: Untuk dia yang puaka!!!

`Bercakap' dalam hati...

Dalam sehari kita bercakap (menggunakan fikiran, bukannya mulut) dengan diri kita sendiri lebih banyak daripada kita menggunakan mulut kita untuk bercakap dengan orang di sekeliling...
Atau dengan kata lain bicara hati... Apa yang kita rasa, kita lalui tidak semua kita akan gunakan mulut kita untuk ceritakannya, melafazkannya. Apabila keadaan sudah terlalu menghimpit. Kita sudah tidak berani bercakap dengan diri kita kerana hakikatnya pahit. Kita buat-buat yang perkara itu remeh saja, kita simpankannya jauh di sudut hati di halaman fikiran... Dan kadang-kadang kita hanya mampu berharap akan jadi molek pada masa hadapan...Kita takut.
Kita teruskan hidup kita walaupun pahit, walaupun makan hati, walaupun orang tak tahu... Malah kadang-kadang ada kes di mana orang yang buat kita sedih tu tak tahu pun yang kita tengah bersedih atas perbuatannya...
Jankaulu: Emm...Kesian kan?

Emak saya...saya sayang.


Entah apa mak saya tengah fikirkan fikirkan? Entah-entah fikir bila saya nak kawin? he he he

Ni mak saya, dia datang ke Kuantan rumah kakak saya. Maka saya heret mak saya untuk tunjuk rumah yang saya beli (hutang). Saya pergi dengan Hanif dan Azlan (anak saudara), dan dengan Myvi.

Emak saya kini bersahaja sahaja orangnya, mungkin kerana dah berumur. Dulu masa muda siap dengan beg make up yang ada tingkat-tingkat dan rambut palsu lagi, he he he. Vouge dan seksi jugak dulu. Kalau tengok gambar-gambar lama, mak saya `berani mati' bila pose. Saya tak fikir adik dan kakak perempuan saya berani buat begitu, he he he. Zaman dulu lain kan...

Di sisinya ada beg berjenama Fendi, saya mampu beli beg itu tetapi tentulah yang tiruan, he he he. So saya tak beli beg sebagai hadiah kepadanya. tetapi suatu hari kalau ada duit saya nak hadiahkan beg berjenama.

Kalau saya ada duit saya nak beli hadiah yang mahal-mahal untuk mak saya. Tapi tu perkataan `kalu-kalu' kita tak boleh pakaikan. Perkataan `kalu-kalu' kadang-kadang jadi biasa sangat dah... So saya biasanya simpan duit untuk beli hadiah kepada mak saya.

Yang termahal pernah saya hadiahkan kepada mak saya rasanya ialah rantai tangan emas (reganya lebih RM3K). Saya fikir saya mampu beli set meja makan jati tak kan tak beli rantai emas untuk mak saya. Saya juga ada belikan set koning ware yang dari peti sejuk terus kita boleh letak atas api. Kalau kaca biasa meletup. Saya juga pernah belikan kasut scholl yang selesa untuknya...

Namun pemberian saya tu kalau nak banding dengan apa yang mak saya berikan pada saya tak boleh banding langsung. Ibarat nak banding Datuk Sharifah Aini dengan pen drive... Jasa mak saya tak dapat saya bayar dengan wang dan emas apalagi hadiah... saya tak mampu.


Huh siap cium pulak mak saya, padahal dah ada mak sendiri...!

Jasa ibu kita besar kan? Kita tak bolehlah kata memang tanggungjawab dia untuk menjaga kita (walaupun memang tanggungjawab kan). Susah payah semua untuk ayah kita dan untuk kita.

Dalam pangsenan.blogspot.com (Monday, May 11, 2009) dan asmadiabdulrahman.blogspot.com (May 10, 2009) juga ada menyentuh pasal ibu. Masing-masing mempunyai cara untuk menghargai jasa ibu, tak semestinya beri duit dan hadiah kan...

Saya pun `nok jugok' tulis pasal saya dan mak saya. Bukan nak menunjuk-nunjuk beri hadiah tetapi... bagi yang tahu dan faham mesej yang tersirat, fahamlah...


Jan: Selamat hari ibu untuk mak saya, untuk semua ibu-ibu kawan-kawan saya, dan khas juga untuk kawan-kawan saya yang dah jadi ibu.

Isu panas...

Fuzah dok beri penerangan macam mana nak selesaikan masalah tersebut mengikut undang-undang... Ja berpeluk tubuh sambil memerhatikan muka Fuzah yang serius. Saya pula nampak serius giler sampai tangan kedua-dua di belakang (walaupun bukannya faham sangat dari sudut implikasi undang-undang). Ridzuan (pensyarah akaunting) dok membetulkan tainya. Saya nampak dari pagi tadi dia asyek belek tainya....(Macam orang tak pernah pakai tai je...he he he, ampun).
Zamri (pensyarah Psikologi dan Kesukanan) pulak mendetailkan kesan psikologi dan seksologi dan berlogi-logi lagi. Sesekali dia mengurut rambutnya ke belakang dan misai ala datuk K nya dibela sedikit. Ja dah macam boring sambil membuka jaket muranya tu. Saya pulak tak berapa faham pasal penerangan Zamri (kecuali bahagian seksologi). Fuzah pula kelihatan bersedia untuk mencelah (lihat gaya tangannya). Si Riduan pulak tak habis-habis dengan membela (bukan ayam itik ya) tainya...

Saya dengan Ja terpegung dan terkedu, tak reti nak sampuk sebab tak berapa faham situasi. Malas lah nak guna konsep `nok jugok'. Kalau tak tahu diam lebih baik. Fuzah dapat memberikan butiran yang baik dalam hal tersebut. kelihatan Ridzuan dah mula `masuk' ke dalam perbincangan kami.


Tiba-tiba Zamri dah ternampak kamera rahsia dan mulai sedar segala perbincangan dirakam!!! So kami cepat-cepat tukar topik kepada topik yang lebih ringan. Kami bincang pasal kapas.



Jan: Tak reti nak beri idea, terutama kalau idea itu kena sampaikan pulak dalam bahasa inggeris, he he he.




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home