"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 26, 2010

Pergi...


AWAL pagi tadi saya menerima SMS daripada sahabat saya yang berada di Kuantan. Saya sudah dapat menduga ada sesuatu yang penting kerana SMS itu tibanya pada awal-awal pagi. Namun saya telah bersedia daripada semalam...
Kehilangan orang yang kita sayang (dan orang itu sayangi kita...) membuatkan kita rasa sangat dukacita. Lebih-lebih lagi seseorang itu sayangi kita kerana kelebihan dan kekurangan kita. Dia terima semuanya sekaligus dan menyanyangi... Namun seperti yang kita selalu diberitahu, tiada yang kekal di dunia ini. Tiada. Pemergian yang tak kembali adalah lumrah. Saya cuba tempatkan diri saya dalam dirinya, dan air mata saya menitis, saya sangat sayangkan mak saya. Dan tiada di dalam dunia cinta semurni mak kita... percayalah.
Eja adalah sahabat saya yang saya tidak akan lupakan seumur hidup saya, seluruh sepanjang perjalanan. Kalau boleh selepas alam ini pun saya masih mahu mengingatinya. Ke mana saya pergi dan di mana saya berada ingatan doa untuknya tak pernah putus... Saya ingatinya tiap-tiap hari... Erti persahabatan dan maksudnya kami pelajari dengan tekun dan bersungguh. Sebab itulah saya rasa seperti ingin terus terbang kepadanya, mahu bersamanya pada waktu kesedihan bertamu, mahu memberikan semangat. Itulah yang hanya mampu saya lakukan kan...
Namun kerana cuti telah dibekukan, saya hanya sempat menghantar SMS memberitahunya bahawa dia lebih tabah dan kuat berbanding diri saya. Saya tahu benar... dialah biasanya bahu yang saya nangiskan. Saya tak menulis SMS yang panjang kerana saya rasa tentu dia berada di dalam kesedihan dan mahu bersendirian. Kami juga tidak galak berbalas SMS, kami saling memahami.
Sekarang dia sudah tidak berayah dan beribu... Tinggallah dia seorang diri. Namun alhamdulilah sekarang dia sudah ada teman hidup yang akan bersamanya selamanya. Saya berdoa agar dia selalu dibahagiai, disetiai, dijujuri dan dihargai...
Jan: Semoga dia tabah, semuga roh ibunya dicucuri rahmatNya...

2 comments:

LilYLiZ@ said...

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi

sukiman said...

Asalnya baju daripada benang,
Benang dibeli di Kuala Sedeli;
Sejarah lalu tinggal kenangang,
Kasih ibu dibawa ke mati.

Benang dibeli di Kuala Sedeli,
Dibawa jauh menggunakan sampan;
Kasih ibu dibawa ke mati,
Tertanam kejap dalam ingatan.

Dibawa jauh menggunakan sampan,
Singgah pula di pantai Sibu;
Tertanam kejap dalam ingatan
Tiada cinta semurni ibu..

Singgah pula di pantai sibu,
Mahu membeli santan berlada;
Tiada cinta semurni ibu
kasih saudara semasa berada...

.