Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, July 2, 2015

Tradisi memberi duit raya

Duit raya yang saya tukar

Salah satu tradisi untuk memeriahkan raya ialah kita bersedekah memberi duit. Oleh kerana duit tersebut diberikan masa suasana raya kita pangguil duit raya. Kita tak panggil duit puasa. 

Namun bukanlah bila hari raya sahaja kita harus bersedekah. Haaa...ingat. Nak bersedekah tak boleh tunggu raya atau bila kaya. Atau tunggu handsum?

Pada zaman kanak-kanak riang, saya dapat kumpul banyak duit raya sehingga beratus-ratus ringgit. Berbeza dengan sekarang apabila menjelang hari raya saya mengeluarkan sehingga ribu-ribu ringgit pula. Kehidupan ini adalah lingkaran...haaa.

Tengahari tadi, saya dan kawan kawan ke CIMB Cawangan Muadzam untuk tukar sedikit duit raya. Saya mahu tukar duit raya RM2 sebanyak RM200 tetapi tidak ada. Jadi saya tukar duit raya RM1 sebanyak RM200. Namun saya kecewa sebab iannya bukan note baru. Duit itu `dibersihkan'... Namun tak apalah nilainya sama. 

Saya juga sediakan duit RM10 dan RM5 serba sedikit.

Saya harap tradisi ini dapat diteruskan. Kanak-kanak akan gembira apabila dapat duit raya. Saya tahu benar hal ini sebab dulu saya kanak-kanak. Saya tidak tiba-tiba umur 45 tahun.

Kanak-kanak (mungkin juga orang tua) akan gembira apabila dapat duit raya. Kita harus buat orang gembira. biar kehidupan lebih bererti.

Adakah para pembaca blog saya ini sudah tukar duit raya?

Sekian.

2 comments:

Angah said...

uiii semangat nak bersedekah ni...baguih na...angah pun baru nak gi tukor

Lan LoloQ said...

x tukarpun...konsepnya start puasa atau sebelum puasa sy cuba simpan seringgit atau lebih sehari dalam sampul lebih raya tahun sudah..x kisahlah not baru atau lama janji ada nilai..duit tu mmg nak buat duit raya utk budak2...lepas raya kalau ada lebih saya gunalah utk buat beli topup,isi minyak motor atau beri saja pada anak2 buah...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home