Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, July 28, 2015

Kisah Roti Berlauk saya yang banyak bawang...


Saya bercadang mahu buat roti berlauk untuk raya. Dan cadangan itu telah dirialisasikan pada raya nan lalu.

Saya suka roti berlauk berbanding roti murtabak sebab roti berlauk tidak `over' rasanya. Rasanya `plain' sangat tapi mendalam.

Pulak dah.

Saya hanya perlukan dulang Duralex mak saya untuk saya buat lapik kerja mengisi iti dalam roti. Kita kena buat macam orang nak buat roti murtabak.

Lepas letak inti kita buat bentuk empat segi. Nak buat bentuk diamong pun boleh.



Lenguh saya menghiris daging yang tidak diimpot ini. Daging `musir' ini ayah saya kata daging yang terbaik dan termahal pada sesekor lembu.

Saya dengar jea ayah saya bersyarah pasal daging dan lembu..namun ingatan saya tidak seratus peratus pada syarahan tersebut. he he he.

Daging inti ini dimasak oleh mak saya. Bahan-bahannya punyalah senang iaitu daging, garam, kunyit dan lada hitam. Gula secukup rasa. Tak ada rempah ratus segala.

Dan jangan lupa gaul inti tersebut dengan telur, sebelum dibubuh dalam roti dan di bakar...

Kata anak saudara saya (Sarah) roti yang saya buat ini biasa-biasa saja rasanya, dan terlalu banyak bawang....

Sarah suka mengkritik. Namun setahu saya dia telah makan 2 keping sekaligus bila saya bakar. Dan kemudian dia makan lagi 2 keping!

Keesokan harinya adik perempuan saya (Ina)  beritahu "Abang semalam Sarah kata roti abang buat sangaaat sedap!!!. Masa Sarah masuk bilik terus dia beritahu Ina".

Kesimpulannya roti berlauk itu sedap... he he









2 comments:

Anonymous said...

sukiman, roti canai blauk mak saya..berisi inti ikan yg diperisi,bwg, lada idup. no telur. sy pun tak panggil murtabak.hihi..sendakk- trinitoo

Sukiman Ishak said...

ooo best.

ni pun kalau tak nak telur boleh sebab telur tak dicampur sekaligus dengan iti..

kacau telur kalau nak bubuh telur.

best juga tu kalau buat inti ikan...

   

.

.

.