Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, January 5, 2015

Siri Bintang Pujaan: Uji & Hail

Saya membeli cakera padat ini di sebuah kedai di daerah Muadzam, Pahang. Kedai tersebut sederet dengan bank CIMB, kedai makan, kedai perabut dan kedai telefon.
Seperti yang saya pernah maklumkan, saya bukanlah kaki download, saya suka saja-saja je ke kedai Cd dan melihat kot-kot ada Cd-Cd terbaru di pasaran.

Sebaik sahaja tiba di rumah, saya terus mendengar lagu-lagu dari cakera padat ini.

Tajuk CD: Siri Bintang Pujaan: Hail & Uji
Tahun diterbitkan: 2014
Edaran: Universal Music Sdn Bhd
Dibeli: Bandar Muadzam Shah, Pahang
Banyak lagu-lagu bagus dalam album ini. Mereka berdua adalah bintang pujaan ramai pada zaman mereka. Pasangan duet ini sangat popular pada zaman 70an. Saya kira zaman ini merupakan zaman paling ramai lahirkan muzik dan penyanyi yang bagus-bagus. Maksud saya mereka ada suara, rupa dan imej yang tersendiri. Mereka akan terus terpeta di peta industry seni suara Malaysia.
Suara Uji sangat halus, manakala suara Hail lembut namun penuh kejantanan.Gandingan Uji Rasyid dan Hail Amir begitu serasi dan harmoni.
Saya suka muzik 70an, ia begitu asli. Sedap didengar dan membawa saya kepada satu zaman yang sangat seronok. Saya teringat zaman ayah saya mempunyai piring hitam.
Saya dengar muzik yang ayah saya dengar...
Album ini bukanlah album duet 100%, ada juga lagu solo dari Uji Rasyid dan Hail Amir seperti Semakin hari semakin sayang dan Wajah kesayangan hamba.
Lagu Wajah kesayangan hamba sangat 70an iramanya. Lagu ini akan selalu sedap didengar.
Saya tidak pasti ada berapa penyanyi yang terlibat dengan `projek' Siri Bintang Pujaan ini. Yang saya tahu ada CD Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sudirman, Datin Rafeah Buang dan beberapa penyanyi lain lagi.
Saya cuba dapatkan Siri Bintang Pujaan: Datuk Sharifah Aini, tetapi tiada... Mungkin masih lagi tidak sampai di negeri Pahang. Pelik.
Abang Jan: Kadang-kadang temanku hanyalah lagu-lagu...(pulak dah)

1 comment:

Lan LoloQ said...

suka irama 70an dan 80an...

   

.

.

.