Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, January 28, 2015

Kesan rotan cikgu...

Rotan pertama (dan itulah rotan terakhir saya bagi katogeri meniru), saya terima masa darjah empat. `Anugerah' tersebut membuatkan saya tidak lagi membuat perbuatan meniru itu sampai kini dan insyallah sehingga saya mati.

 
Sejak itu saya tidak pernah meniru dalam Penilaian Darjah Lima, SRP, SPM, STPM, Ijazah dan juga peperiksaan master saya. Saya juga tidak meniru dalam kuiz dan kertas kerja. Dalam kertas kerja saya tidak meniru walau sepatah. Setiap yang saya kutip saya berikan rujukan yang lengkap.
 
Sebabnya apabila saya dirotan, barulah saya sedar akan perbuatan itu adalah berat. Perbuatan meniru adalah kesalahan besar. Pada masa itu saya meniru kerana ada latihan dan saya tak tahu jawapannya.
 
Saya ke depan kelas sambil menghulurkan tangan dengan muka yang perit. Batang rotan bulu ayam halus tu akhirnya hinggap di tangan saya. Semasa menuju ke bangku barulah terasa pedih dan panas. Sangat menyakitkan.
 
Balik rumah saya tidak beritahu ayah sebab takut akan `ditambah' lagi. Mati hidup balik ayah tak akan berpihak kepada saya... Ayah saya dan semua guru adalah krooni. Ayah saya kuat PIBG.
 
Nasib baik saya tidak meniru sebab kalau saya meniru dan dapat `result' yang baik. Result tu akan diguna untuk cari rezeki (cari kerja). Dan kita akan dapat rezeki dari perbuatan yang salah. Kita guna gaji tersebut untuk anak bini kita...(guna `result' yang sebenarnya kita tiru...).
 
Besar benar kesan psikologi rotan tersebut.
 
Walaupun sudah terlewat...saya ingin mengucapkan secara rasmi terima kasih kerana merotan saya...
 
 

1 comment:

Anonymous said...

sy kene public canning sbb SAP time trial spm..hmm..tak pndai pun kne rotan..bukan wat jahat pun. Bad exp mnybbkan sy tak moh g reunion skoloh.. trinitoo

   

.

.

.