Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, January 30, 2015

Saya di COBA Red Carpet 2015



Saya bersama Encik Wan Taufik


Saya tidak pandai bergaya. Perkara ini saya sedari semenjak saya darjah satu. Walaubagaimana pun saya tetap katogerikan diri saya sebagai seorang yang ada personaliti dan unik untuk didampingi.
 
Saya tidak kelihatan segak bergaya di dalam gambar. Orang kampong saya panggil `tok makan gambar', maknanya tidak kelihatan menarik di dalam gambar. Pun begitu di luar gambar pun saya tidak seorang yang bergaya. He he he.
 
Jadi saya rasa gerun untuk `pose' di COBA Red Carpet 2015. Di Red Carpet kita tidak boleh bergaya macam biasa sebab di sini kita ada tanggungjawab pada diri kita untuk menyerikan majlis ke ke tahap yang berprestage. Saya tidak suka kepada orang yang terlalu mementingkan diri dan anggap semua perkara di sekelilingnya adalah `biasa' sahaja dan konon dirinyalah yang lebih real. Huh!. Kita mestilah hormati majlis orang...
 
Saya cuba untuk menjadikan majlis sebagai suatu majlis yang diinginkan.
 
Jadi saya buat gaya klasik di mana nescaya saya rasa selalu dibuat oleh lelaki yang tak mahu tanggung banyak risiko. Saya cuma tahan nafas, tersengeh dan letak satu tangan ibu jari ke dalam poket seluar. Jangan lupa kangkang sedikit kaki. Kita bukan penyanyi kumpulan nasyid.
 
Saya paling suka pose En Sharif, beliau bergaya bintang. Dengan melihat gaya beliau yang simple kita sudah tahu dia adalah bintang, bukan orang sembarangan.
 
Encik Sharif...
 
  

No comments:

   

.

.

.