Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 13, 2015

Isu pekerja asing: Kita bukan sahaja malas tetapi dengki

"Rajinnya mereka bekerja. Pandai berjimat dan tidak berangan-angan besar. Selalu hantar duit ke kampong... Bersungguh-sungguh benar mereka mencari rezeki. Kalah orang kita!"


Dialog di atas hanyalah sebuah mimpi di mana orang kita telah `celek' dan `cerdik' menilai nilai kehidupan seseorang. Dan mati hidup balik pun tak akan jadi tajuk di media massa kita. Yang menjadi tajuk adalah sebaliknya. Adanya.

Dan kita terus malas, bodoh dan pendengki.

Kalau rezeki tu tak masuk ke dalam mulut kita dan kaum keluarga kita, kita terus menyalak. Kita bukannya mahu melihat itu sebagai hukuman. Bukan. Maksud saya hukuman sebab kita tamak tetapi malas. Kita malas bekerja, kuat berangan. Muka hodoh.

Ibubapa lahirkan anak pemalas, bodoh dan kuat berangan. Jangan lupa satu lagi...kuat meminta-minta dan orang lain semuanya salah!
 
Mereka berani. Mereka tinggalkan anak bini, hatta suami. Berhijrah ke laman orang kerana rumput di laman orang lebih hijau. Tidak sedikit yang mati tergolek apabila boat mereka terbalik. Tidak sedikit menghakis harapan mereka walaupun ada yang disterika oleh majikan. Mereka cekal sebab tahu nilai sebuah `harapan'. Tak macam orang kita. Tak tahu diuntung, hanya pandai merengek meminta-minta kononnya susah sangat.
 
Mereka rela kerja dengan gaji yang lebih rendah dalam masa yang sama mereka dituduh perampas hak kerja warga tempatan. Pihak media pun sama bongok mencanangkan keburukan mereka walhal merekalah tiang seri ekonomi negara dalam bidang pertanian, perindustriaan dan juga sector pembinaan.

Kita lupa mereka datang mengisi lompang yang kita wujudkan sebab belia kita (walaupun bodoh dalam pelajaran dan kemahiran) malas nak bekerja kerana gaji yang rendah. Dengan muka buruk, bodoh dan pemalas bangat mereka mereka mahu gaji yang mahal. Saya rasa nak terguling. Tolong sediakan tilam.
 
Dan di pihak sana, mereka bekerja dengan rajin dan disiplin...dan ada yang jadi taukeh sebab sangat amanah dan berdikari.
 
Dan tiba-tiba kita dengki dengan mereka...
 
Sekali lagi saya nak terguling...lawak.

Bangunlah awal, kita sama-sama bekerja...(gambar hanya hiasan)
 
 
 

No comments:

   

.

.

.