Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, January 15, 2015

Atas meja saya sepuluh (10) tahun dulu

Semasa bekerja di Kolej Shahputra



1. Surat khabar
Saya suka baca surat khabar. Cara saya tahu apa yang terjadi dan akan terjadi...heheh.

2. Bekas air
Takut terhidrat kerana kerja saya guna air liur...

3. Telefon bimbit (Nokia)
Ayah paksa beli. Ayah kata kena ada handpon, senang nak berhubung. Orang lain semua dah ada...kata ayah. He he he

4. Balang kaca poppuri (hadiah pelajar)
Pelajar itu jatuh cinta dengan saya. Saya terpaksa menolak sebab dalam hati saya sudah dicuri...

5. Piala (pensyarah paling popular)
Tak sangka popular...ingatkan pensyarah paling mengada...he he

6. Kalendar
Kalender penting walaupun dia tak beritahu tarikh kita mati...

7. Mug berisi marker
Masa ni guna maker, tak guna slide...

8. Penyendal buku
Ambil kat rumah...

9. Disket
Dulu tak ada pen drive...ijot tak jual lagi masa tu...

10. Bekas letak pen, pencil dan stapler.
Kena ada...kalau tak, nak letak mana.

11. Buku cacatan hutang (dulu saya jual kain pasang).
Kawan-kawan selalu beli kain pasang...dan mereka upah tukang jahit. kena ada buku...bimbang terkutip hutang yang sebenarnya dah habis. he he he.

12. Bekas duit syiling (bawah piala)
Leceh duit syiling ada dalam poket seluar...keceng keceng

13. Pelubang biru
kertas A4 kena buat lubang untuk letajk dalam fail.

14. Kalendar dampar meja.
Tulis apa yang akan kena buat pada kemudian hari.

15. Kaset Lagu pujaan 80an
Masa ni tak gila beli CD lagi...

16.Album gambar dari kedai gambar
Masa ni aktiviti mencuci gambar masih dilakukan oleh bangsa Malaysia.

17. Surah Yassin
Digunakan waktu datang kerja pada waktu malam...seram...


Pada masa itu saya sangat bahagia...Titik...

3 comments:

Anonymous said...

I was happy too..back then.-trinitoo

Engku Artini said...

Oowhh.. moga terus mencipta bahagia en jan

sukiman said...

trinitoo, terima kasih kerana menjadi sahabat saya

thanks Engku

   

.

.

.