Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, January 16, 2015

Sahabat adalah rezeki...

Antara sahabat baik saya, kami sudah berkawan lebih dari 10 tahun...

Keterangan gambar: Kami sedang `membina badan', hasilnya  2015 ini kami sudah `kembang' sedikit, he he he.

 
Saya percaya persahabatan yang dibina bukan di atas kepentingan diri akan berkekalan, mendamaikan dan subur pada perjalanan hidup kita. Ia akan menjadi kenangan manis yang tak terjual dan tak mampu dibeli di mana-mana bursa saham. Kemanisan dan harganya dapai kita rasa sampai kita mati. Insyallah (unsur agama).
 
Bila mengenang kisah lalu timbul gembira, terharu dan sedih. Kisah itu terjalin di hati dan terpahat di ingatan. Tuhan maha kuasa...(unsur agama).
 
Sepanjang hidup saya, saya rasa saya miliki ramai sahabat yang baik dan mengerti. Sahabat yang baik adalah rezeki. Oleh itu hargainya. Jangan buat sambil lewa... Ia tidak selalu datang. Ia tidak mudah.
 
Apabila saya dalam kekusutan dan kering semangat, saya selalu bertanya tuhan kenapa apa yang saya mahu, saya tidak dapat atau tuhan tidak mahu beri...? Namun apabila melihat apa yang saya miliki, saya rasa saya sangat bertuah...saya patut sangat bersyukur kerana miliki ramai sahabat walaupun tak banyak kawan...(lagi unsur agama)
 
Orang yang pentingkan diri tidak akan dapat sahabat. Orang yang pentingkan diri tidak mungkin imej dirinya akan tumbuh mewangi dalam hati dan ingatan orang lain... Sebab itulah kita kena ikhlas apabila berkawan dan tidak asyik mencari kekurangan dan kecacatan sahabat kita. Sebabnya? Sebabnya pastilah ada kekurangan mereka. Kita juga kekurangan...insan biasa.
 
Umur saya sudah 45, banyak cita-cita saya hancur dan harapan saya kering mendebu. Namun dalam beberapa perkara saya boleh berbangga dan boleh tersenyum. Antaranya sepanjang perjalanan ini, saya mempunyai ramai sahabat.
 
Itu adalah rezeki saya...
 
Terima kasih sahabat...

2 comments:

Lan LoloQ said...

ALHAMDULILLAH..REZEKI aLLAH TU KAN LUAS....SAHABAT TU SALAH SATUNYA....

sukiman said...

Thanks...

   

.

.

.