Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, January 26, 2015

Perkaitan isu rotan dengan isu hipokritnya kita...

Sebenarnya memang majoriti kita sudah tidak merotan anak-anak kita, teapi apabila aktiviti merotan akan menjadi sesuatu yang dihalang kita melompat macam beruk. Macam Chimpa (Chimpazie).
 
Kita kononnya mahu hukuman rotan dikekalkan! Hipokrit betul kan?
 
Selamat datang ke Malaysia.
 
Sebenarnya lagi, bukan kita sahaja yang tidak merotan anak-anak kita, majoriti cikgu juga tidak `galak' merotan anak-anak kita sebab tidak mahu masuk surat khabar/Astro atau bersalam mesra dengan Tok Hakim. Budaya rotan sudah jarang sangat digunakan untuk membentuk jatidiri dan perilaku. Kecuali dalam dunia sarkas...he he he. Kalau tak percaya tanya singa.
 
Dalam suatu kes, apabila seorang cikgu memberitahu kepada ibubapa pelajar yang anaknya selalu sangat selak tudung pelajar perempuan, dah banyak kali larang tapi degil. Ibubapanya pelajar tersebut beritahu `Anak saya memang nakal..." Sambil tersenyum ketawa tidak mengambarkan kebimbangan terhadap perkembangan pemikiran anaknya tersebut. Cikgu tu pulak bimbang anak muridnya bila besar selak `benda' lain...nak rotan sebagai pengajaran takut pulak jadi siu nasional...Haa...
 
Anaknya tersebut tidak dirotan. Malah ibubapanya tidak menghukum apa-apa kepada anaknya. Maka tergambarlah dalam fikiran si pelajar tadi bahawa perbuatan menyelak tudung pelajar perempuan tersebut bukanlah apa sangat daa...
 
Tahniah kepada pihak berkenaan...mereka telah gagal membentuk satu benda hidup kepada kehidupan yang sepatutnya bagi pelajar tersebut.
 
Abang Jan: Mula kena rotan bila darjah 4.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

   

.

.

.